Senarai Calon Top 5 Anugerah Gempak Most Wanted 2023

Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23) kembali di bawah jenama Gempak Astro platform hiburan digital tergempak di Malaysia.

 
Menerusi satu sidang media yang telah diadakan pada 17 Januari 2024, sebanyak 9 kategori utama yang dipertandingkan

1. Video Muzik Tergempak 2023
– Video muzik rasmi yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.


2. Drama Tergempak 2023
– Drama TV atau siri drama digital yang sohor kini merentasi semua platform digital dan memperoleh sekurang-kurangnya 1 juta tontonan di dalam tempoh sah.



3. Lagu/Audio Tergempak 2023
– Lagu/Audio yang sohor kini kecuali audio siar (podcast) yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital dan memiliki sekurang-kurangnya 10,000 penggunaan di TikTok di dalam tempoh sah.



4. Video Tergempak 2023
– Video sohor kini merentas semua platform digital yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan dalam tempoh sah.


5. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak 2023
– Personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan hiburan seperti Komedi, Ulasan/Reaksi bagi Filem/Drama/Lagu, Meme, Sketsa dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.



6. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023
– Personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan Gaya Hidup seperti Fesyen, Masakan/Makanan, Pelancongan, Kecantikan, Teknologi, Automotif dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.



7. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak 2023
- Personaliti dan individu berbakat yang menerbitkan kandungan positif atau kerohanian dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.



8. Gamer Tergempak 2023
Personaliti dan individu berbakat yang bermain permainan video elektronik dan memiliki sekurang-kurangnya 50,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.


9. Selebriti Digital Tergempak 2023
Selebriti hiburan sama ada penyanyi, pelakon, pelawak atau pemain muzik berdasarkan tanda pagar yang sohor kini dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
 



Cara Undi GMWA23

Undian bagi pemilihan calon Top 5 pula boleh dilakukan di laman rasmi GMW bermula 30 November, jam 8.00 pagi sehingga 30 Disember 2023, jam 11.59 malam.

Undian terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia.

Anda boleh mengundi calon-calon yang disenaraikan di atas melalui laman web rasmi GMWA23 di alamat https://voting.astro.com.my/gempak-most-wanted-awards-2023

Pemenang utama di setiap kategori akan diumumkan pada acara kemuncak GMWA 2023 pada Februari tahun depan.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post