21 Resipi Berasaskan Udang Pelbagai Rasa Gerenti Sedap Nikmat

Koleksi resipi masakan Udang yang menyelerakan seisi keluarga memikat selera. Udang mahal sekarang ini jadi hidangan udang sememangnya menjadi suatu yang istimewa apabila dihidangkan sebagai hidangan.


Jadi jom kita selongkar koleksi masakan udang pelbagai jenis dan gaya boleh dicuba. Dah beli udang mahal-mahal jadi kena la masak sedap-sedap.

1. Resepi Udang Blackpepper



 
350gm udang ~ saiz sederhana
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional

Cara penyediaan :

1. Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
3. Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat.
4. Susun atur brokoli dlm pinggan.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
6. Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
7. Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang.
8. Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
9. K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
10. Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
11. Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
12. Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

2. Resepi Udang Mentega Thai



 BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz XL | bersih dan toskan
100gm mentega
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang
200gm susu cair
1 sudu teh tepung jagung
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan udang goreng, gaulkan udang dengan sedikit tepung dan garam.
2. Panaskan minyak, kemudian goreng udang hingga garing. Ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang putih hingga wangi.
4. Masukkan pula daun kari, diikuti susu cair dan tepung jagung. Kacau hingga mendidih.
5. Perasakan dengan garam.
6. Tutup api dan tuangkan di atas udang goreng tadi.
7. Sedia dihidangkan.

3. Resepi Sambal Udang Petai


 

Sambal Udang Goreng Petai ...
Sy ikut cara mak saya ...Udang tu goreng dulu sebelum dimasak bersama sambal. Ada yg masak mcm tu tak ...
RESEPI SAMBAL UDANG GORENG PETAI
#homemadeByRoselyza
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAHAN:
Bawang putih/merah kisar
Cili kisar
Air Asam
Udang goreng (half cooked)
Petai
Garam/Gula
CARA CARA :
Tumis bawang sampi kuning dan naik bau ...
Masukkn cili kisar...
tumis smpi pecah mnyk ...
masukkn air asam sikit ..
tumis lagi, lepas tu msukkan petai/bawang hiris bulat, last sekali masukkan udang goreng ..rasakan dgn garam n gula ...

Kredit : Tengku Roselyza Raja Muhammad
4. Resepi Sambal Udang Masam Manis




Udang Stgh kilo (Gaul Garam kunyit Goreng ketepikan)
Cili merah 2 biji
Cili Padi 6 biji
Bwg kecik 4 ulas
Bwg Putih 2 ulas
Sedikit belacan ( Semua di atas tumbuk ya)
Stgh ketul pati ayam knoss
Sedikit Garam dgn gula
Air Asam Stgh cwn
Santan 1 sudu besar
Hiasan Daun Bwg ,Bwg besar , Cilipadi & Sebiji Cili Merah

Cara-cara
Panaskan minyak ,tumiskan bhn² yg di tumbuk xd...masak Sampai garing... kemudian masukkan Air asam, Santan...Gula ,pati ayam dgn Sedikit garam...Masak sampai kering kuah... kemudian masukkan Udg...masak dlm 5 min lgg , kemudian masukkan.. Hiasan Xd...
Dh siap...blh di hidangkan

Kredit Resepi : Siti Fatimah

5. Resepi Udang Kari Mamak



Bahan A
3 ulas bawang merah (dimayang nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1/2 sudu besar halba campur
1 inci halia (dimayang nipis)
6 biji cili kering
3 tangkai daun kari

Bahan B(Disatukan dan dijadikan pes)
3 sudu besar penuh 'Rempah Kari Udang (Boleh digantikan dengan Rempah Kari Ikan)
2 keping asam gelugor
6 ulas bawang merah (dimayang nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 sudu teh lada hitam serbuk
1/2 sudu teh jintan manis serbuk
1/2 sudu teh jintan putih serbuk
Sedikit air

Bahan C
1 mangkuk air biasa (menggantikan santan)
2 biji ubi kentang (dibelah 2 atau 4 mengikut saiz ubi)

Bahan D
1 kilo Udang besar (dikeluarkan tahi/pasir yang terletak dibahagian kepala udang).
2 biji bawang besar (dibelah 4)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kesemua bahan A kecuali daun kari sehingga bawang bertukar hampir keperangan.
2. Masukkan daun kari dan kacau seketika sehingga daun sedikit layu dan terbit aroma daun kari.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak.
4. Masukkan bahan C dan masak sehingga ubi 3/4 empok.
5. Akhir sekali masukkan udang dan bawang besar (bahan D). Perlahankan api dan masak sehingga kuah hampir mendidih terus diangkat untuk mengelakkan udang terlebih masak.

Resepi udang khamped (resepi dari Thailand)



1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkn dan goreng sekejap

Bahan blend halus
2 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan

Bahan perasa
Garam
Gula
Gula merah

Bahan hiasan
Daun limau purut

Cara2
Panaskan myk bks goreng udang, tumis bahan2 blend hingga naik bau, masukkn cili kisar masak smpai pecah myk, masuk sos tiram, sos cili & sos ikan masak hingga mendidih.. Jika kering masukkan air.. Masuk udang gaul2 hingga sebati.. Perasakan

Kredit Resepi : mami mirza

Resepi Udang Masak Bali



Bahan :
1 kilo udang (size besar, lumur kunyit, garam dan goreng kejap)
7-8 batang serai (ketuk)
3labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap manis/kicap lemak masin (Enaq)
Cili kisar (agak2 aje)
Gula
Garam
Daun kari

Panaskan minyak, tumis serai dan daun kari sampai layu sikit, masukkan bawang blend, tumis sampai kekuningan, masukkan cili kisar.. Tumis sampai pecah minyak ...tuang kicap ...tumis lagi, baru masukkan udang yg dh digoreng tadi...gaul sekata masukkan sedikit garam dan sedikit gula secukp rasa ..tabur lg ngn daun kari ...siap ..

Kredit : Roselyza

Resepi Udang Masak Kerisik



Bahan-bahan 
-1- udang galah basuh bersih
2-kerisik 3sdu besar
3-cili kering blend
4-bawang besar 3labu "bwng putih 4ulas
5-halia sebesar ibu jari"
6- 2sdu kecil serbuk kari
7- aji" garam " gula " asam keping 2keping.. daun kari 3tangkai..

Caranya 
- goreng udang yg d bersih tadi lumur sedkit kunyit n garam" goreng half cook" kemudian toskan, tumiskan bahan blend no - 2 sampai no -5,tumis sampai naik bau.. masukan daun kari tadi asam keping dan serbuk kari" masukan air sedikit saja.. kemudian masukan udang tadi kacau2.. masukan bahan2 perasa.. perasa kan dengan secukup nyaa... selamat mencuba...

kredit resepi : ariel juffry‎

Resepi Gulai Udang



Bahan-bahan :
500 gm udang segar
500 gm santan segar
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili kering
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 keping asam gelugor
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa

Persediaan bahan-bahan
1. Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
3. Bersihkan udang dan potong dua cili hijau.

Cara memasak
1. Masukkan santan, bahan kisar, asam keping dan air ke dalam periuk. Kuantiti air bergantung kepada berapa banyak kuah yang dikehendaki.
2.
3. Masak dengan api kecil sehingga mendidih. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
4. Masukkan udang dan cili hijau. Masak sehingga warna udang kemerahan (sekitar 4 minit untuk udang saiz sederhana)*.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Padamkan api dan angkat.

Kredit : Aneka Resipi

Resepi Udang Masala


 
Atas permintaan kawan kita zaiton abd rahman minta resepi.selamat mencuba awak..saya halal kan menu resepi nie..

BAHAN :
1kg udang saiz sederhana
3 pek cabai serbuk
3 labu bawang besar
1 inci halia
3 tangkai daun kari
1 kulit kayu manis
3 bunga cengkih
1 bunga lawang
½ tin tomato puree
¼ cawan susu cair
Garam
Gula

Caranya :
1. Siang udang dan gaulkan dgn garam kunyit. Panaskan minyak goreng udang hingga kekuningan dan angkat.

2. Tumiskan bawang besar dan halia yg dihiris halus serta daun kari sehingga layu kemudian masukkan serbuk cabai. Tambahkan sedikit air masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan tomato puree, garam dan gula. Masukkan udang goreng tadi gaul hingga rata kemudian masukkan susu cair biar sehingga mendidih sekejap dan ttup api.

Resepi Udang Nestum



Bahan-bahan :
20 ekor udang
10 helai daun kari
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar butter
3 biji cili api dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1/2 cawan nestum
minyak untuk menggoreng udang

Cara penyediaan :
1. Udang digaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
2. Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.
3. Masukkan pula nestum dan gaul sehingga nestum nampak garing. Matikan api. Masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati. Angkat dan hidangkan panas

Udang Masak Telur Masin(Salted Egg)



BAHAN-BAHAN :
Udang 8-10 Ekor
1 Cawan Susu Cair
Cili Padi Merah 4biji yang dihiris (kalau nak pedas, lebihkan. Kalau nak kurang pedas, kurangkan)
1sb/sk gula (bergantung kepada tahap kepedasan)
1 Biji Telur Masin (direbus dan diramaskan)
1-2 Tangkai Daun Kari
2sb Mentega / Marjerin dan 1sb minyak masak
2Biji Bawang Putih (dicincang halus)
Sedikit lada sulah
Sedikit Geram / Serbuk Pati Ayam (lagi sedap)

CARA-CARA :
1. Goreng sekejap udang tersebut.
2. Biarkan lebihan minyak bekas goreng, masukkan mentega/marjerin.
3. Masukkan bawang putih, tumiskan sekejap. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.
4. Sebelum bawang putih menjadi terlalu garing, masukkan susu cair.
5. Masukkan telur masin yang telah diramas dengan penuh nafsu, amarah, dendam dan kebencian
6. Bila susu sudah mula memekat, masukkan gula, garam/serbuk pati ayam (sedikit sahaja).h
7. Kemudian, masukkan udang. Taburkan sedikit lada sulah. Masak dengan api kuat sekejap. Bila keadaan kuah sudah menepati citarasa, tutup api dan hidangkan.

*tips, andai terlebih susu dan kuah lambat untuk pekat, masukkan sedikit tepung gandum dan kacau. Ia berfungsi sebagai agen pemekat. Ingat, kuah buttermilk mesti creamy dan pekat2 sikit tau. Kalau cair tu bukan buttermilk, tu kokokrunch. Heheh

Sekian. Tamat. Selamat mencuba,

Kredit Resepi : wan luqman

Resepi Udang Masak Merah



Bahan-bahan :
Udang basah
Bawang merah 2 ulas*,
Bawang putih 2 ulas*,
Halis sedikit (1 hiris)*,
Kunyit hidup sedikit (1 hiris)*,
Cili boh @ cili kering,
Sos tiram 1 sudu,
Sos tomato 1 sudu,
Sos cili 1 sudu

Cara-cara :
1. Mula-mula bersihkan dan kopek kulit udang. Tidak kopek tidak mengapa mengikut selera.
2. Semua bahan bertanda *ditumbuk atau diblend.
3. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda *.
4. Jika bahan tumis sudah kering sedikit, masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Jangan letak sos banyak-banyak nanti tidak sedap.
5. Tumis sampai pecah minyak gunakan api perlahankan, kalau kuat nanti terhangit, sambal jadi pahit.
6. Jika sudah garing, masukkan air sedikit.
7. Agak-agak sudah pekat, masukkan garam, penyedap rasa sedikit untuk menstabilkan rasa.
8. Untuk cantikkan sambal, titikkan kicap sedikit supaya Nampak gelap sedikit.
9. Seterusnya masukkan udang.
10. Jika udang sudah masak, tutup api. Hias dengan hirisan bawang.

Kredit : Noorainy Ramly

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi + Nenas



Bahan-Bahan
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Sikit kunyit serbuk
Garam
Santan
Nenas sikit
.
Cara Memasak:
Tumbuk cili, bawang merah n putih..
Serai dititik saje..
Tumis bhn tumbuk sampai pecah minyak.. Masuk serai. Masuk santan, udang, nenas, serbuk kunyit dan garam. Kacau.
.
Selamat Mencuba
.
Kredit : Norazizah Hasbolah

Resepi Udang Kam Heong




Bahan²:
-10 ekor udang (gaul rata dgn serbuk kunyit, garam & gula) tujuan letak gula supaya bila goreng warna udang jadi cantik gitew ..
-1 biji bawang merah besar (potong dadu)
-4 ulas bawang putih (potong dadu)
-1 tangkai daun kari
-5 biji cili padi (nak pedas letak lebih)

Bahan² sos:
-2sb serbuk kari ikan/udang
-4 sb cili sos cili thai
-2 sb sos tiram
-2 sb kicap manis
-sedikit air
*semua bahan² nie di kacau rata dalam mangkuk ..

Cara masak:
1. Goreng udang dengan minyak panas , jangan lama² goreng hingga udang bertukar warna je .. Kemudian angkat dan ketepikan .
2. Tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari ,
Masukkan bahan sos dan ajinamoto , gaul rata .
3. Masukkan udang goreng gaul rata . Hias dengan cili padi dan lebihan daun kari . Siap !
*Masakan nie saya tak letak garam .. Sebab sos tiram dan kicap dah masin .
Selamat Mencuba 

Kredit resepi : Nurul Syakila via group Mahn

Resepi Rendang Udang




Bahan-bahan :
Udang galah
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut
Kerisik
Santan
Bunga lawang
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Rempah rendang (mak siti / rempah rendang faizah)
Garam
Perasa/gula
Minyak

Bumbu rendang.( pes rendang)
Cili kering( rebus dahulu)
Cili padi
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Halia
Lengkuas

Cara-cara :
1. Bersihkan udang
2. Kisar semua bahan bumbu/bahan tumisan.
3. Panaskan minyak dan masukkan serai,kulit kayu mnis,bunga lawang, buah pelaga biarkan naik bau.
4. Masukkan bahan bumbu dan rempah rendang, masak pes hingga naik bau dan pecah minyak. Ini penting agar cili cukup masak dan rendang tahan lama.
5. Kemudian, masukkan santan,daun limau purut,daun kunyit dan kerisik ,kacau hingga sebati.
6. Masukkan udang dan perasakan rendang secukupnya. Masak hingga udang cukup masak.
7. Hiaskan dan hidang apabila siap di masak.

Resepi Udang Goreng Kunyit



BAHAN2
10 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah - hiasan
1 ulas bawang besar - potong nipis
1 sudu makan sos tiram
daun bawang - hiasan
garam, gula
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng

Caranya:
Udang dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan. Bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Masukkan udang tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan sos tiram dan kacau. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Masukkan cili merah dan daun bawang yg telah dipotong..sedia untuk dimakan bersama nasi panas.

Resepi Udang Masak Berlada



Resepi :
- 200g udang (boleh tambah lg kalau nak)
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 10 biji cili api
- 1/2 biji tomato
- 2 sudu makan sos tiram
- 1/4 cawan air
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh kunyit serbuk

Cara masak :
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili api dan tomata separa hancur.
2. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan satu sudu teh kunyit serbuk dan kacau sekata.
4. Masukkan sos tiram dan kacau lagi.
5. Masukkan garam dan tambah air sedikit.
6. Kacau dan biarkan seketika sehingga pecah minyak.
7. Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.
8. Siap untuk dihidang!

Kredit : limau nipis

Resepi Udang Kunyit Sos Cili



Resepi mudah, moga bermanfaat 
Goreng udang yang digaul dengan kunyit dan perisa Maggi Cukup Rasa
Agak-agak separuh masak, angkat letak tepi
Tumis bawang merah n putih (yang dikisar/tumbuk) dan cili kering kisar
Naik bau, masuk sos tiram dan sos cili
Masukkan udang semula, masukkan hirisan bawang besar n cili hijau
Siap!!
(Sukatan main agak-agak dengan kuantiti udang)

Kredit Resepi : Jaja Rosli‎

Resepi Udang Petai Tempoyak



 Bahan-bahan :
20 ekor udang sederhana besar
1-2 papan petai(kopek dan ambil isinya)
4 ulas bawang merah
3-5 sudu besar tempoyak (ikut selera masing-masing)
5-10 biji cili padi (anggaran ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
Air mengikut tahap kepekatan kuah yang dikehendaki
1 inci kunyit hidup atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Kupas kulit udang, basuh dan toskan.
2. Tumbuk atau kisar bawang merah, cili padi dan juga kunyit hidup.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.
4. Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja.
5. Tambahkan garam,serbuk perasa dan gula jika perlu.

Resepi Udang Masak Diraja



Bahan-bahan :
600g udang
*2 ulas bawang merah besar
*6 ulas bawang putih
*1 ½ inci halia
*1 ½ inci kunyit
*1 ½ inci lengkuas (tapi bahan takda)
*1 batang lengkuas
*3 tangkai cili api (nak lagi pedas tambah cili api)
Sedikit santan
1 keping asam gelugor
Garam
Ajinamoto
Tomato potong 6 (optional)
Pegaga (optional)

Cara memasak :
1. Blend bahan bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend.
3. Dah pecah minyak masukkan udang.
4. Agak-agak udang dah sebati dengan bahan tumis masukkan asam gelugor, garam, ajinamoto dan santan.
5. Optional masukkan tomato dan pegaga. Versi derhaka sebab nak habiskan bahan nak mereput. Baik ler masukkan je tak payah masak sayur lagi. 
6. Udang ni masak seketika je tak payah lama-lama nanti kecut dan kenyal isi udang. Nak kuah lebih tambah sedikit air. Nak kering tak payah tambah air.

Masa memasak 30 minit sahaja. Mudah dan cepat sikit resepi ni. Try la.

Masalahnya sekarang aku masak je tapi tak selera makan masakan sendiri. Hari-hari masak gitu la perangai. Suka masak je. 

Kredit : Mitta Arfita Mokhtar

Resepi Udang Goreng Butter



Bahan-bahan:
20 ekor udang sederhana besar
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan butter@planta
20 helai daun kari
4 biji cili Padi
5 biji kuning telur

Cara2nya:-
1. Udang dibersihkan, digaram dan digoreng separuh masak, dituskan minyak dan diketepikan dahulu.
2. Panaskan minyak dan butter di dalam kuali.
3. Curahkan kuning telur secara halus sedikit2 sambil di kacau tanpa berhenti dengan senduk bulat sehingga nampak berbuih2.
3. Masukkan daun kari, cili padi, gula pasir, garam halus dan Ajinomoto ( jika suka ) dan kacau hingga rata.
4. Akhir sekali baru masukkan udang dan dikacau sebentar.
5. Angkat semua bahan dan tuskan minyaknya di dalam penapis barulah dihidangkan.

Kredit: Fauziah Ali

Resepi Udang Masak Kicap Pedas



Bahan-bahan :

1 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
3 sudu cili kering - dikisar
1 biji cili merah
4 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
1 sudu gula
Secukup rasa
1/4 cawan air
udang

Cara-cara penyediaannya:
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Akhir sekali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

 Foto & Air Tangan : Noor Baini Bakar
Sumber : Pak Cik Google

Selamat Mencuba

Resepi Udang Masak Berempah



Bahan-bahan :
Udang setengh kg
2sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan
2sudu besar serbuk Cili
2sudu besar sos cili
1sudu besar sos tiram
1sudu besar Kicap ABC
1sudu kecik lada hitam

Sedikit garam&perencah secukup rasa
Daun kari 1@2 pelepah
Bawang putih&bawang merah potong.
Sedikit air kosong
Minyak untuk menumis

Cara-masak :
Panaskan minyak dan masuk semua bahan2, rempah & sos kat atas tu
masak sampai pecah minyak dan tambah air sikit2 je.
Bila dah pecah minyak, baru masuk Udang, garam & serbuk secukup rasa.
Masak sampai kering sikit & tutup api.
Kalau suka berkuah boleh tambah lebih air.

Kredit : Natasha qalisha

Resepi udang buttermilk



Bahan-bahan :

Udang
Buttercup (lagi banyak lagi sedap)
Susu cair setengah tin (nak berkuah letak lebih)
Bawang putih 7 ulas (kisar halus)
Cili api (tumbuk atau kisar halus bersama bawang putih)

Cara-cara :

1. Cairkan mentega. Goreng udang sehingga agak garing. Angkat dan asingkan.
2. Guna mentega bekas udang tadi, tumis bawang putih dan cili api yang sudah dikisar halus.
3. Bila dah agak garing, masukkan susu dan garam.
4. Kacau sebati. Masukkan pula udang.
5. Masak sehingga pekat dan siap!

Kredit : Fairuz Abu Hassan
Sedap memang menyelerakan tapi ingat mereka yang ada elergy udang tu boleh ignore la resipi ini.

Kredit : Lubuk Resepi Viral

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post