Fenomena Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming, 80,000 Pek Terjual Dalam Masa 3 Minit 39 Saat

Khairul Aming & fenomena Dendeng Nyet Berapi. Macam mana 80,000 pek terjual dlm masa 3 minit?
Aku adalah salah seorang di antara 3.8 juta followers Instagram Khairul Aming yang tertunggu-tunggu nak beli produk kedua Khairul Aming selepas 3 tahun - Dendeng Nyet Berapi.
 
Kalau dulu, 10,000 botol Sambal Nyet Berapi dilancarkan 6 Januari 2021, pukul 12.30pm di Shopee licin dalam masa 54 minit.



Kali ni, 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi dilancarkan pada 2 Februari 2024, pukul 9pm dekat live Tiktok Khairul Aming licin dalam masa 3 minit 39 saat.
Aku dah buat kira-kira, dengan jumlah followers 7.9 juta :
• 3.8 juta di Instagram
• 4.1 juta followers di Tiktok

belum termasuk followers social media @KhairulAmingBrand , kalau yang beli Dendeng Nyet Berapi cuma 1% daripada follower tersebut, jumlah pembeli adalah 79,000 orang.
Jadi, pelancaran hari pertama dengan stok awal 80,000 pek adalah relevan. Tak terlalu banyak, tak terlalu sedikit. Just nice.

Marketing untuk Dendeng Nyet Berapi dekat media sosial hanya bermula 4 hari sebelum hari pelancaran. In just 4 days, fuh!

Dan Dendeng Nyet dihasilkan untuk melengkapi produk pertama, iaitu Sambal Nyet. Maksudnya produk kedua ni adalah produk untuk compliment produk pertama, bukan produk yang dihasilkan untuk bersaing dengan product pertama tu. Smart kan?

4 hari sebelum hari pelancaran, dalam video 1 minit 45 saat, Khairul Aming mulakan video marketing dengan :
• Step 1 :
Aerial view kilang Rasapop, lokasi Dendeng Nyet dihasilkan.
• Step 2 :
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat Dendeng Nyet Berapi - bawang, halia, cili, daun limau purut. Dan dinyatakan jugak R&D Dendeng Nyet ambil masa selama setahun sebab bukan R&D resepi semata-mata tapi jugak R&D mesin, packaging dan jugak cara penyimpanan.
• Step 3 :
Cara penyediaan Dendeng Nyet Berapi.
Dari proses kisar, rebus, goreng dan pemilihan packaging untuk menjadikan Dendeng Nyet ni produk yang sedia dimakan (ready to eat).
• Step 4 :
Update progress Sambal Nyet selepas 3 tahun dalam pasaran. Tahun 2023, sales Sambal Nyet Berapi adalah RM20 juta, meningkat 40% dari tahun 2022. Total keseluruhan Sambal Nyet dah terjual sebanyak 3 juta botol dan Khairul Aming cerita jugak macam mana hasil keuntungan penjualan Sambal Nyet ni dilaburkan semula ke kilang untuk tingkatkan fasiliti sedia ada termasuklah modal lebih dari RM 2 juta yang digunakan untuk membeli mesin, packaging dan bahan-bahan untuk penghasilan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi.
Dan video diakhiri dengan pengenalan produk baru, tarikh, masa dan jumlah stok yang akan dilancarkan pada hari pertama.


3 hari sebelum pelancaran, dalam video 1 minit 25 saat, Khairul Aming share pulak cara makan dan cara simpan :
• Cara makan :
1) Koyak je dan boleh terus makan atau rebus
dulu packaging tu untuk makan panas-panas
2) Sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi
goreng dan sebagainya.
Nak makan dengan apa ni semua orang tahu, tapi Khairul Aming bijak, dia selitkan sikit macam mana Dendeng Nyet ni boleh bantu untuk mudahkan kita pada bulan puasa baik sahur atau berbuka.
Smart move!
• Cara simpan :
- Ada expiry date belakang packaging.
- Produk tahan 1 tahun walaupun pada suhu bilik
- Kalau dah bukak tapi tak habis, packaging tu boleh lipat je dan simpan dalam bekas, masukkan dalam freezer, nak makan nanti panaskan balik.
Ni pun benda yang kita dah tahu, tapi dihighlight jugak supaya pembeli tak payah ragu-ragu kalau nak beli banyak-banyak buat stock.
Dan video diakhiri dengan reminder sekali lagi tarikh dan masa pelancaran.


2 hari sebelum pelancaran, dalam video 5 minit lebih, Khairul Aming explain tentang soalan-soalan yang orang tanya tentang Dendeng Nyet.
* Harga : RM 14.99
* Berat : 180g
* Level pedas : 4/10
* Texture daging dendeng
* Platform launching : Tiktok (2 Feb 2024,9pm)
* Purchase Limit : Maksimum 6 pek dalam 1 order
Selain tu Khairul Aming explain jugak rasionalisasi kenapa maksimum 6 peket dalam 1 order :
• Kekangan masa sebagai online seller yang terikat dengan time frame postage sebab kalau lambat postage, seller akan kena penalti
• CNY dah dekat, jadi parcel kena clear cepat sebelum courier cuti sebab kalau tak nanti akan ada overload parcel dekat warehouse courier.
Dan akhir sekali Khairul Aming explain yang packaging Daging Dendeng ni 95% lebih ringan daripada botol kaca Sambal Nyet. Semua penjelasan dan penerangan sangatlah telus.

 
Sehari sebelum hari pelancaran, dalam video 3 minit lebih, Khairul Aming share pulak :
1) Macam mana pemilihan produk dan resepi dibuat. Mula-mula testing resepi dekat video 30 hari bulan puasa tahun 2023, bila feedback bagus, team Khairul Aming improvised lagi resepi untuk hasilkan produk.
2) Beli mesin custom untuk kilang yang makan masa berbulan-bulan sebab proses filling, packaging semua mesin yang buat supaya production Dendeng Nyet lebih efficient.
3) Pemilihan packaging - Warna kuning dan simple supaya dari jauh orang dah tau tu produk Dendeng Khairul Aming.
4) Renovate kilang yang menelan kos paling tinggi untuk pastikan proses penghasilan produk kedua ni dapat dilakukan dengan baik. Dia tunjuk jugak video-video kegagalan R&D Dendeng Nyet di peringkat awal. Stok meleleh, isi tak masuk etc.
5) Meeting dengan team untuk tetapkan SOP penghasilan Dendeng Nyet dari A-Z.
6) Shooting produk untuk marketing. Dari dalam studio sampailah ke New Zealand.
7) Behind the scene staff dah siap pack 30,000 parcel Dendeng Nyet Berapi, tinggal nak post je, walaupun order belum bukak lagi. Power kan?


4 jam sebelum waktu pelancaran, keluar 1 lagi video santai as a reminder untuk live malam ni. Pukul 9.00 malam, Khairul Aming dah standby untuk live Tiktok dari Kelantan. Aku pulak dah standby depan henpon dari Uzbekistan.
Yes, I am currently in Uzbek menunggu nak beli Dendeng Nyet. Sini baru pukul 6.00 petang 
Dalam masa 3 minit lebih, licin semua 80,000 pek! Walaupun ramai yang komen sedih tak dapat tapi aku percaya ramai jugak yang gembira tengok kejayaan produk kedua Khairul Aming.


Khairul Aming adalah seorang content creator paling berjaya, lulusan universiti luar negara tapi langsung tak pernah keluarkan statement tak sekolah pun tak apa, gagal SPM pun tak apa. Tak.
Masa menang anugerah Creator of The Year, dalam ucapan Khairul Aming siap pesan —

“Kepada anak muda yang nak jadi content creator, teruskan pembelajaran walaupun nak jadi content creator. Kena ingat, jadi content creator bukan sekadar untuk viral. Untuk relevan lama dalam industri, perlu banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense. Habiskan pelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia.”
Khairul Aming is one in a million.
 
Tahniah Khairul Aming untuk kejayaan hari ini dan tahniah juga sebab selalu bagi nasihat betapa pentingnya kena jadi content creator yang berkualiti.
 
We have enough content creator yang kata sekolah tak penting, gagal SPM pun takpe. Semua orang boleh buat bisnes, semua orang boleh viral, semua orang boleh buat duit. Tapi tanpa adab dan pelajaran, tak semua orang boleh jadi seperti Khairul Aming!

Kredit : She Nursyahirah

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post