Roxy Ixzy Pemenang Bintang RTM 2024, Semak Keputusan Penuh Di Sini

Seramai 14 bakat muda terbaik dipilih pihak penerbitan Bintang RTM 2024 untuk bertarung menonjolkan bakat yang terdiri daripada peserta berusia antara 15 hingga 25 tahun. 

6 peserta berjaya melayakkan diri ke pentas akhir bintang RTM 2024. Berkat keunikan suara yang lunak dan merdu ketika mendendangkan lagu “A Woman's Worth” (Alicia Keys) melayakkan Roxy Ixzy diangkat sebagai Juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan itu di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri.

Manakala untuk segmen kedua duet bersama artis jemputan, Hariz Fayahet pula menyampaikan lagu berjudul Percayalah nyanyian asal Afgan dan Raisa.

 

Naib juara pula menjadi milik gadis berusia 15 tahun iaitu Dhania yang membawa pulang wang sebanyak RM35,000, manakala tempat ketiga diraih Hady Huv yang menerima RM20,000.

Tempat keempat menjadi milik Feka manakala tempat kelima jatuh kepada Eylia Guntabid dan Joy terpaksa akur di tempat kelima.

Pemenang tempat keempat hingga keenam masing-masing menerima RM5,000.

Kesemua persembahan peserta diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, LY dan Ernie Zakri manakala penampilan istimewa Aina Abdul sebagai juri jemputan.

Bagi kategori Anugerah Juri Jemputan, tuah berpihak kepada Hady Huv apabila diumumkan sebagai pemenang, sekali gus membawa pulang RM1,000 serta pakej tajaan spa.

Bagi kategori Bintang Paling Popular hasil undian orang ramai pula, peserta yang telah tersingkir iaitu Jon diundi sebagai pemenang dengan hadiah wang tunai RM10,000

Pertandingan pencarian bakat Bintang RTM 2024 kembali tahun ini selepas lima tahun direhatkan.

 

KEPUTUSAN PENUH BINTANG RTM 2024


Juara: Roxy Ixzy - Sarawak (bawa pulang wang tunai RM78,000 dan sebuah kereta Proton Iriz.)
Naib Juara: Dhania - Sabah
Ketiga: Hady - Kuala Lumpur
Keempat: Feka - Kuala Lumpur
Kelima: Eylia Guntabid - Sabah
Keenam: Joy - Sabah

Bintang Paling Popular: Jon - Sabah

 

Tahniah kepada semua peserta!

Kredit : BintangRTM

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post