10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2024 Menurut PLANMalaysia

Cameron Highlands, Pahang diiktiraf sebagai 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun ini.



Turut tersenarai adalah sebagai bandar paling bahagia adalah

1. Cameron Highland

2. Jeli, Kelantan

3. Jerantut, Pahang

4. Kuala Terengganu, Terengganu

5. Kulai, Johor

6. Lenggong, Perak

7. Bandaraya Melaka


8. Petaling Jaya, Selangor

9. Port Dickson, Negeri Sembilan

10. Rompin, Pahang

sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Indeks kebahagian merangkumi 14 komponen penilaian antaranya alam sekitar, pemimpin tempatan, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) infrastruktur asas, keseronokan bekerja dan hubungan jiran serta tahap stres.
Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia telah diraikan setiap tahun pada 20 Mac di seluruh dunia sebagai pengiktirafan kepada hubung kait antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat.

Di Malaysia, Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan disambut secara rasmi sejak tahun 2015.

Selaras dengan dasar kepimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tema Bahagia Bersama Malaysia Madani dipilih bagi memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat, keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik.

Kredit : BeritaRTM


p/s :Nak dapat bahagia tu kena menempuhi jalan-jalan yang penuh berliku. Begitulah ibaratnya kehidupan Kita ini. Perlu lalui keperitan,air Mata, keringat sebelum beroleh kebahagiaan

Tahniah orang Cameron Highlands. Bandar Paling Bahagia.

Kredit : SinarHarian

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Tang mana bahagia cameron highlands min? kalau Lenggong tu betul la. Cameron ni cuti sekolah, hari minggu jalan jem tahap kritikal! Saya bagi markah 9/100.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post