Pejam celik kita sudahpun menuju bulan Ramadan, bulan yang mulia dan penuh keberkatan.
Scam yang sering terjadi seperti tauhu tak jadi sumbat, taufufa mozzarella cheese, karipap inti angin, murtabak terlebih masak dan banyak lagi.
Sudah tentu bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam dan tentunya ramai yang tak sabar nak beli jamuan berbuka di bazar ramadan. Jadi pesanan untuk semua elakkan jadi mangsa scam bazar ramadan dan peniaga juga perlu berniaga dengan ikhlas.
Scam yang sering terjadi seperti tauhu tak jadi sumbat, taufufa mozzarella cheese, karipap inti angin, murtabak terlebih masak dan banyak lagi.
20 PESANAN BUAT MEREKA YANG AKAN MEMBELI DAN PENJUAL DI BAZAR RAMADAN.
1- Tolong jangan ada JEJAK KASIH ditengah2 laluan.
1- Tolong jangan ada JEJAK KASIH ditengah2 laluan.
2- Jangan sibuk nak membawang dengan kawan di tengah2 laluan dan depan Gerai.
3- Kaum Hawa sila berpakaian Sopan ya. Jangan nak jadi Tarzan pakai cawat tak cukup kain.
4- Kalau yang nak membeli hanya seorang, Tak Payah la kumpul satu keturunan kat depan Gerai.
5- Sila sediakan duit kecil. Tokey gerai bukan tempat Tukar duit. Jangan kerana nak dapatkan duit baki kau, orang lain kena beratur.
6- Sila tetapkan apa yg nak dibeli. Tokey Gerai bukan kakitangan kaunter Pertanyaan untuk korang tanya macam2 sampai orang belakang sangkut menunggu kau punya interview.
7- Yang bawak anak kecik kalau boleh dukung lah dia. Kang anak hilang, meroyan pulak. Dan kalau boleh takyah la bawak stroller. Bazar Ramadhan bukan luas mcm shoping Mall.
8- Para Peniaga jangan nak kejar untung saja. Karipap biar ada isi dam bukan penuh angin. Lauk2 pastikan cukup bahan. Harga jangan nak Yahudi sangat mcm nak pergi Haji Balik Hari punya tambang.
9- Cik Kak yg berniaga pakai la baju sopan sikit. Takyah la nak pakai pakaian ketat n terlopong dada berbonjol bagai. Nak berniaga makanan atau nak jual Maruah? Sopan sikit...
10- Yang berniaga pastikan harga anda Tetap. Jangan orang ni beli harga lain tetiba orang lain beli harga jadi lain pulak walau benda sama. Terutama yg jual Nasi Berlauk. Jangan main sebat jer letak harga.
11- Peniaga Air tolong jangan main kotor. Jangan lah penuhkan Cawan dgn Ais saja. Orang beli air, bukan beli Ais.
12- Yang berniaga Makanan yg dibakar, Goreng sila letak dapur anda didalam Ya. Jangan lah letak kat depan gerai sampai menyusahkan Pembeli.
13- Peniaga Kuih2 tu, jangan lah kecik sangat kuihnya. Ni kebanyakan kuih besar guli tapi jual harga Yahud!.
14- Kalau time Hujan, Pembeli2 yg bawak guna payung tu pakai la otak sikit. Jangan lah sampai cucuk mata orang. Kang kena sekeh, menyalak pulak.
15- Peniaga yg nak menjerit panggil Pelanggan tu Tak Payah la korang menjerit tepi Telinga orang yg nak membeli ya. Tak sedap pun suara korang tu.
16- Dan Paling Penting.. Peniaga2 SILA MESRA PELANGGAN YA. Muka tu jangan la pulak mcm
nak mintak kena pijak. Belajar lah Senyum dan Ucap Terima Kasih. Tak Mati pun kalau senyum n ucap Terima Kasih.
17- SILA JAGA KEBERSIHAN. Pakai apron. Guna sarung tangan atau Penyepit.
18- Peniaga SILA BUNGKUS makanan yg dibeli elok2 ya. Jangan la bungkus ala kadar then sumbat dalam Plastik jer.
19- Peniaga Wanita yang taknak Bersentuhan Tangan tu Bawak2 la pakai sarung tangan atau Suruh orang lelaki yg jadi tukang kira. Ni kang bila nak bagi baki, kau punya tangan tinggi gila sampai duit berterabur tak jejak tangan pelanggan. Bila kena tegur buat muka Tenggiling Tak dapat semut.
20- Yang Nak Cari Jodoh SILA JANGAN MENYEMAK kat Bazar Ramadan sampai Laki/Bini orang pun korang nak Try. Elok berbuka makan sedap takut berbuka makan kat Wad pulak nanti.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERIBADAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM.