Panduan KKM Buat Peniaga, Pengendali Makanan, Pengunjung Ke Bazar Ramadan

SALAM RAMADAN. PESANAN BUAT PENIAGA BAZAR & PEMBELI.
 
Kepentingan Suntikan Typhoid Buat Para Peniaga

Untuk info, setiap individu yang bekerja dalam industri makanan serta minuman di Malaysia seperti restoran, kafe, kantin sekolah dan bazar harus melengkapkan tiga perkara iaitu Kursus Pengendali Makanan, suntikan typhoid dan menjalani saringan kesihatan.

Sekiranya peniaga bukan warganegara, FOMEMA dan permit yang sah diperlukan sebagai tambahan.

Vaksin anti-typhoid adalah satu kewajipan dalam golongan peniaga bagi mengelakkan penyakit demam kepialu daripada merebak.

.

Percayakan Deria Lihat, Hidu dan Rasa.
Amalkan 3 langkah untuk mengelakkan keracunan makanan di bulan ramadan.

Kepada para pelanggan pula, ada juga beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa mengunjungi ke bazar Ramadan. Antaranya:
  • Elakkan pembaziran dan jangan beli makanan mengikut nafsu.
  • Jangan buat sampah merata-rata.
  • Beratur apabila hendak membeli di sesebuah gerai.
  • Bawa mangkuk tingkat bagi mengurangkan penggunaan bungkusan plastik.
  • Digalakkan memakai pelitup muka di tempat yang sesak.


 Ciri-Ciri Pengendali Makanan  


Panduan Keselamatan Makanan Sempena Ramadan


 Sekian Semoga bermanfaat.



Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post