Video Iklan Raya Paling Best 2024 Mesti Tonton

Seperti biasa dan menjadi kelaziman setiap kali tibanya raya, syarikat dan jenama terkemuka akan mengeluarkan iklan bertemakan raya. Tahun 2024 ini tidak kurang meriahnya. 


Nampaknya banyak nama-nama besar pelakon pun turut membintangi iklan raya. Dah macam filem dah mutu video iklan raya ni. 

Jadi jom kita selongkar koleksi iklan hari raya 2024 yang paling gempak kali ini.


Cosmoderm – Aina Takut Balik Raya (Raya Korea)
Bagi yang sukakan iklan raya bergenre komedi, anda wajib tonton iklan dari Cosmoderm.
Kali ini, Aina mendapat misi untuk membantu mak cik-mak ciknya di kampung yang takut untuk beraya. Ini semua disebabkan oleh Mak Pop! Dapatkah Aina sempurnakan Hari Raya mak ciknya dengan bantuan Cosmoderm?


furvitpet
Kisah safuan furvitpet membawakan kisah Safuan yang hidup sebatang kara. Merupakan seorang anak tunggal yang telah kehilangan ibunya 7 tahun lalu. Warna warni hidup Safuan adalah pada kucing-kucingnya. Namun apakah yang bakal terjadi kepada Safuan selepas kehilangan kucing kesayangannya Bobo? 

 

 Iklan Celcom Digi
Cikgu Saresh Pengalaman Cikgu Saresh mengajar kelas 3 Mawar membuka hatinya mempelajari nilai sebenar ketabahan di bulan Ramadan. Apakah yang dilakukan anak-anak didiknya untuk menaikkan semangat Cikgu Saresh? 

 

Beras ERA – Pok Yie Bekwoh 
Iklan Raya 2024 daripada Beras ERA adalah gambaran yang baik bagi peribahasa ‘Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk’. Kisah bermula apabila Cik Man ingin gantikan tukang masak tersohor di kampung iaitu Pok Yie dengan anaknya Ilyas untuk memasak bubur lambuk sempena Ramadan. Katanya, Ilyas adalah chef yang berkelulusan dari luar negara dan ada jutaan pengikut di media sosial. Namun, chef muda itu masih tidak dapat tandingi keenakan bubur lambuk daripada air tangan Pok Yie. Apakah rahsia Pok Yie untuk hasilkan bubur lambuk sedap? Jom tonton iklan Raya dari Beras ERA di bawah!


   
 

PKNS – Conteng
Diadaptasi dari kisah benar, Conteng mengisahkan tentang Azuan yang minat melukis. Namun, bapa Azuan merasakan bakat tersebut tidak menjamin masa depan yang cerah buat anaknya.

Azuan juga sering dimarahi kerana tidak mendapat keputusan cemerlang di sekolah seperti abang dan kakaknya. Disebabkan itu, Azuan nekad untuk meninggalkan rumah dan mulakan hidup sendiri.

Iklan Raya ini mendapat pujian ramai bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang menyentuh hati, malah ia turut mengetengahkan isu golongan dyslexia.

Walaupun tidak minat belajar, namun golongan ini mempunyai bakat yang besar dalam bidang tertentu.

 

L’Occitane Malaysia – Siapa Betul 
Iklan Raya dari L’Occitane Malaysia ini mengupas kemelut rasa yang selalu dihadapi antara ibu dan anak. Si ibu inginkan yang terbaik buat anaknya. Si anak pula mahu mengatur kehidupan sendiri. Sempena Hari Raya yang mulia, ayuh kita reset dan eratkan hubungan bersama yang tersayang.

 

Etiqa – Niat 
Apabila perbezaan diraikan, setiap detik pasti akan jadi lebih istimewa. Iklan raya daripada Etiqa mengisahkan Syukri yang bersungguh-sungguh mengumpul duit untuk membeli barangan baru sempena Hari Raya.

 
 


Grab – Aku Sebuah Beg 
Pesanan Ringkas tetapi sangat bermakna! Siapa sangka beg pesanan Grab pun ada kisahnya tersendiri. Pada Hari Raya Aidilfitri kali ini, Grab ingin mengajak orang ramai untuk melihat beg pesanan berwarna hijau ini dari sudut berbeza. Tak hanya berperanan sebagai ruang simpanan, malah beg pesanan ini membawa rezeki kepada Rakan Grab yang sanggup meredah hujan, panas, siang dan malam untuk menyara keluarga.

 
 

MR. DIY – Sama-Sama Melangkah 
Pada Syawal tahun ini, MR. DIY mengangkat kisah pengorbanan ibu yang sanggup bersusah payah mencari rezeki dan membesarkan anak. Rahmat terpaksa menghantar ibu ke pusat jagaan kerana sibuk bekerja. Namun, suatu peristiwa bersama anaknya telah menyentak jiwa Rahmat. Dapatkah si ibu berhari raya dengan anaknya?

 
 

Taylor’s University – Suami Mithali 
Wah, bukan setiap tahun kita dapat lihat institusi pendidikan hasilkan iklan Raya hebat. Lebih menarik lagi, iklan dari Taylor’s University ini membawakan kisah tentang realiti rumah tangga yang jarang diperkatakan. Mungkin ada yang memandang serong cara hidup suami isteri yang ‘bertukar peranan’ ini. Suami tinggal di rumah, isteri pula pergi bekerja.

 
 

SAJI – Minyak Maaf 
Iklan Raya 2024 daripada Saji ini pasti bakal mencuit hati anda. Ia mengisahkan tentang Abdul yang suka bergurau sehingga membuat ramai orang kampung sakit hati. Pada suatu hari, Abdul terkena ‘mulut masin’ dari Masya. Sejak itu, semua orang yang rasa marah dengan Abdul hilang di hadapan matanya! Dapatkah Abdul bertemu kembali dengan orang-orang kampung yang sudah hilang?

 
 

Elrah Exclusive – Mak 
Buat julung kalinya, Elrah Exclusive telah melancarkan filem pendek sempena 10 tahun dalam industri fesyen. Dibintangi oleh barisan pelakon serta duta pakaian Elrah Exclusive pada Hari Raya tahun ini, filem pendek bertajuk “Mak” ini adalah berdasarkan kisah benar pengasasnya iaitu El Azman.

 

Sekian


Dari kesemua yang saya tonton, ada 5 (tak mengikut urutan) yang jadi pilihan paling kuat menepati ciri-ciri yang perlu ada pada iklan raya.
1) Lembaran Baharu - RHB
2) Suami - Taylor's
3) Salam - Petronas
4) Minyak Maaf - Saji
5) Kalaulah - Ali CAfe

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post