Sarkas Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang Muzikal Lawak Superstar Musim 4 (2024)

Pentas Fantasi Komedi Muzikal kini telah sampai ke pentas yang terakhir. Lima kumpulan terbaik bakal berentap untuk merebut gelaran Juara Muzikal Lawak Superstar musim ini. Saksikan kelincahan dan keupayaan mereka dalam membuat anda ketawa berdekah kah kah.


Kumpulan Sarkas membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4) yang berlangsung Pusat Konvensyen CIDB Cheras

Tiga sekawan, Danial Zaini, Shashic dan Acap S menonjolkan persembahan cemerlang dalam kedua-dua segmen, sekali gus memancing perhatian juri dan penonton.


Kemenangan itu melayakkan Sarkas membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.

Bersyukur dipilih sebagai juara, seorang anggotanya meluahkan harapan agar golongan pelawak diberikan ruang dan peluang.

Naib juara pula dimenangi Padie yang membariskan Namie, Fad Bocey, Aretoy. Mereka meraih ganjaran berjumlah RM75,000.


Ali Puteh, Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin yang menggelarkan diri mereka Putehh pula diumumkan di tangga ketiga bersama hadiah sebanyak RM50,000.


Dua lagi finalis yang mara pada malam kemuncak MLS4 iaitu Deroyan dan Zuara terpaksa akur di tempat keempat serta kelima.

Masing-masing menerima wang tunai RM25,000 dan RM5,000.

Seorang anggota Zuara, Zulin Aziz, 34, turut menerima gelaran Superstar Paling Gempak bagi edisi kali ini.

Pertandingan lawak yang bermula sejak 22 September lalu itu menyaksikan pertarungan 10 kumpulan yang bertarung selama lapan minggu sebelum lima kumpulan mara ke final.

Juri profesional terdiri daripada Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling yang memberikan markah sebanyak 70 peratus, manakala selebihnya undian peminat secara online.

Pentas akhir yang dihoskan Datuk AC Mizal Ahmad itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, Abon, Shuib, Ropie, Johan serta Aisha Retno. 


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post