8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak?

Makan memang orang suka makan dan kelambakan Food Festival tahun ini menampakkan ketumbuhan ketara dengan adanya penganjuran setiap minggu di tempat berdekatan kita.

Jadi dalam banyak-banyak makanan, makanan apa agaknya yang menjadi trending dan diperkatakan  di kalangan netizen dan diperkatakan di sosial media. Jika ada makanan viral saja, pasti berpusu-pusu yang pergi untuk mencuba sehingga ada yang sanggup beratur panjang di kedai tersebut. Kadang-kala perlu untuk beratur berjam-jam demi mencuba menu agar tidak ketinggalan dengan trend.

Jom kita selongkar.

1. Nasi Pakistan Batu Pahat Lamb Shank

Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat menjadi semakin viral sejak membuka tapaknya di bazar PKNS, Shah Alam. Sudah terkenal dengan lamb shank merah di Johor tak terkejut melihat ramai orang beratur untuk menikmati hasil masakannya.

 

2. Cake In Bowl (Suka Dessert)

Penggunaan coklat serta bahan premium yang diimport dari luar negara menjadikan produk Suka Dessert viral dan mendapat tempat di kalangan netizen yang ingin mencuba sesuatu yang baru.



3. Croipat = Croissant + Ketupat

CROIPAT rendang limited sebab tengah panas, jadi cepat habis menjadikannya sebuah Pastri sempena Hari Raya yang kreatif. Dari luaran ianya berbentuk ketupat tapi memiliki tekstur seperti croissant dengan inti yang pelbagai di dalamnya seperti rendang. 


4. Kek Tapak Kuda
Kek ini dikatakan berasal daripada negara tetangga kita, Brunei dan telah viral kerana namanya yang unik di samping kek ini didatangi dengan intinya yang banyak. Di mana-mana anda pergi pasti ada yang menjual kek tapak kuda. 

Kek ini diberi nama kek tapak kuda kerana bentuknya yang seakan-akan tapak kuda dan intinya krim coklat nutella yang diisi dalam jumlah yang banyak! Kini, telah terdapat banyak perisa yang boleh didapati seperti krim coklat, nestum, nutella, matcha, strawberi dan macam-macam lagi.


5. Jagung Cheese Leleh / Tarik

Jagung Cheese Tarik dengan Kak Susu! Perisa keju asli digabungkan dengan kekayaan jagung untuk pengalaman makanan yang viral.


6. Loaded Nachos

Salah satu menu tular sekarang adalah Nachos Cheese, iaitu nachos dengan daging cincang, sayur dan dua sos istimewa. Walaupun dah lama popular di Amerika, bila sampai Malaysia, terus jadi kegilaan ramai!


7. Oyster Omelette
Hidangan ini terdiri daripada telur dadar dengan inti terutamanya terdiri daripada tiram Pasifik kecil.  dicampur ke dalam adunan telur.




8. Chocolate Crispy Kunafa & Pistachio
Vlinder Chocolate Crispy Kunafa & Pistachio menawarkan sajian chunky dengan coklat susu dan pistachio ‘kunafa’ yang kekal rangup untuk masa yang lama. 

— Gambar oleh Lee Khang Yi


Ada lagi tak kira-kira?? mana satu favourite korang?

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post