Program ini tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada ‘boy group’ (kumpulan lelaki) pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat.
Bintang-bintang ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia, membawakan kepelbagaian yang memukau dan menarik dalam persaingan ini.
1. Ridhwan Azman
INFO PROGRAM & PENJURIAN BIG STAGE ALPHA
- Penjurian Big Stage Alpha terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan juri dan undian pihak umum. Para peserta akan diadili oleh panel juri berdasarkan persembahan solo dan kumpulan mereka. Jumlah markah terendah daripada panel juri akan menentukan tiga kedudukan paling bawah pada setiap minggu. Manakala undian daripada pihak umum akan menentukan siapa yang bakal tersingkir.
- Finalis akan membentuk sebuah ‘boy group’ (kumpulan lelaki) yang akan membuat kemunculan dibawah naungan Rocketfuel bersama Astro.
- Big Stage Alpha lebih wangi dengan Perfume Paradise yang hadir selaku Penaja Utama, dan juga ZUS Ngupi selaku Kopi Rasmi sepanjang musim ini dijalankan.
Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberi.
Host masih dikekalkan dengan gandingan Rina Nose dari Indonesia bersama Elly Mazlein

Kesemua bintang Big Stage Alpha akan dijuri oleh Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.

Big Stage Alpha bermula 27 April, setiap Ahad, 9 malam melalui Astro One atau sooka.
#bigstagealpha #gelombangdominasi