Selepas enam musim mencungkil bakat-bakat luar biasa dan melahirkan ramai bintang yang terus bersinar dalam industri hiburan tanah air, program realiti nyanyian popular Astro kembali dengan nafas baharu menerusi Big Stage X Rocketfuel.
Sebagai antara platform pencarian bakat paling berjaya di Malaysia, Big Stage terus komited dalam melahirkan generasi baharu penghibur tanah air. Musim ini menandakan satu evolusi baharu apabila Rocketfuel Entertainment buat julung kalinya menjadi sebahagian daripada identiti program.
#BigStageXRocketfuel #DominasiFR #AstroOne

Kerjasama strategik ini memperkukuh usaha dalam membangunkan bakat-bakat baharu bukan sahaja sepanjang pertandingan berlangsung, malah selepas tirai pertandingan dilabuhkan menerusi bimbingan profesional, pendedahan industri serta peluang pembangunan kerjaya yang lebih menyeluruh.
Sepanjang lapan minggu, para peserta bakal berentap untuk merealisasikan impian mereka di salah satu platform hiburan terbesar negara. Pemenang-pemenang utama berpeluang menerima Rocketfuel Artist Development Contract tajaan Rocketfuel Entertainment bernilai sehingga RM200,000.

Pakej komprehensif ini merangkumi penghasilan single dan video muzik baharu, pembangunan imej serta jenama peribadi, latihan intensif vokal dan persembahan, bimbingan komunikasi media, pengurusan media sosial, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran dan promosi, serta peluang pendedahan merentas platform televisyen, radio dan digital Astro.
Turut disediakan adalah bimbingan berterusan daripada profesional industri dan pengurusan kerjaya yang menyeluruh bagi memastikan bakat-bakat terpilih dibentuk sebagai artis serba lengkap, berdaya saing dan bersedia untuk melangkah ke peringkat profesional dalam industri hiburan tanah air.
Merebut peluang untuk muncul sebagai sensasi hiburan Malaysia seterusnya ialah 10 peserta berbakat yang terdiri daripada sembilan penyanyi solo dan satu duo iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

kejutan di episod pertama apabila Husaain yang baru habis bertanding di Talk To My Manager terpilih sebagai peserta yang ke 12.
Setiap peserta hadir dengan warna, identiti dan keistimewaan tersendiri dalam usaha menawan hati penonton serta membuktikan kemampuan mereka di pentas Big Stage X Rocketfuel.
Bersiaran secara langsung di Astro Ria bermula 28 Jun 2026, jam 9 malam, musim terbaharu ini tampil dengan misi mencari sensasi hiburan Malaysia seterusnya yang bersedia untuk menggegarkan pentas industri.