11 Peserta & Lagu Yang Dipertandingkan Di Eurovision Song Contest Asia 2026

Berikut adalah senarai rasmi 11 negara peserta, wakil artis, dan lagu bagi edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 mengikut turutan giliran persembahan rasmi.


Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 14 November 2026 di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand itu bakal menghimpunkan 11 artis dari seluruh Asia. Setiap peserta akan mempertaruhkan karya masing-masing dalam usaha merebut gelaran juara bagi edisi sulung pertandingan tersebut.


Berikut merupakan senarai rasmi turutan persembahan Eurovision Song Contest Asia 2026:

1. Vietnam: Tóc Tiên – "EM TIÊN"

2. Cambodia: Monetrey – "I Let You Go"

3. Laos: Thinla – "BAE"

4. Mongolia: Beck – "Chamguigeer (Without You)"

5. Bhutan: Nyendra – "Lhayi Semo"

6. Philiphines CARMELLE – "Sobra-Sobra"

7. Bangladesh: Beatmosphere – "Tumi Ele"

8. Thailand: MANG x DAOU – "Aroma"

9. Korea Selatan: JUNHEE – "DEEP DIVE"

10. Nepal: Pratik Himal Rai – "Ananta Maya"

11. Malaysia: Aina Abdul – "Bluest Sky"



Barisan peserta tahun ini menampilkan kepelbagaian latar belakang seni serta identiti muzik yang mencerminkan warna industri hiburan di rantau Asia. Terdiri daripada penyanyi solo, duo hinggalah kumpulan a cappella dan beatbox, setiap peserta hadir dengan keunikan tersendiri.


Karya yang dipertaruhkan turut merangkumi pelbagai genre muzik termasuk pop, R&B, balada, muzik rakyat dan tradisional, selain gabungan elemen kontemporari.

Saksikan kemunculan Aina Abdul membawa nama Malaysia di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 menerusi siaran langsung di TV3 atau secara penstriman di tonton pada Sabtu, 14 November 2026, jam 9.30 malam.
Terbaru Lebih lama