5 Soalan Bersama Penyanyi, Qalisha Ray Yang Popular Dengan Satu Januari

QALISHA, SATU NAMA BARU DALAM DUNIA HIBURAN TANAH AIR. MEMILIKI SUARA MERDU DAN PARAS RUPA YANG CANTIK MERUPAKAN MEMULAKAN LANGKAH PERTAMANYA DENGAN BERADA DI BAWAH NAUNGAN WAKE THE BABY SDN BHD. IKUTI KISAH GADIS YANG BERNAMA QALISHA INI!

Qalisha - Penyanyi Baru berbakat Besar..!!





MINAT
Bidang nyanyian merupakan bidang  pilihan Qalisha sendiri dek kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang ini. Dia yang sangat gemar menyanyi sering kali   pergi berkaraoke bersama keluarganya sedari kecil lagi. Malah bapanya juga merupakan seorang vokalis untuk sebuah band. Dari situ, sedikit demi sedikit timbul minat dalam dirinya untuk menyanyi.

Dia juga mengakui bahawa bakat nyanyian itu diperoleh dari bapanya. Tambahnya lagi, dia lebih gemar menyanyikan lagu-lagu berbahasa Inggeris seperti lagu nyanyian Celine Dion. Namunbegitu, dia juga menggemari lagu-lagu berbahasa Melayu antaranya daripada nyanyian Sheila Majid.

LANGKAH PERTAMA
Qalisha memulakan langkah pertamanya dalam industri hiburan tanah air pada  pertengahan tahun 2010. Kisah pertama kali dia berjumpa dengan Ajai (komposer, penyanyi dan penulis lirik) berlaku pada lima  tahun lepas. Ketika itu dia dan keluarga dijemput menghadiri Majlis “Chit Chat Azwan” di Terengganu.

Ketika itu keluarga memberikan sokongan kepadanya untuk berjumpa dengan Ajai dan memberitahu bahawa dia boleh menyanyi. “Kat situ juga Abang Ajai minta saya menyanyi di hadapannya”, kata gadis bertubuh kecil ini. Kemudian, Ajai meminta Qalisha supaya datang berjumpanya di Kuala Lumpur.


JUMPA AJAI
Walaupun diminta oleh Ajai untuk datang  berjumpanya di Kuala Lumpur, namun Qalisha masih belum bersedia kerana dia masih bersekolah. Namun keluarga terus menyokong dan memberi semangat padu kepadanya. Sejak itu dia  mula berlatih menyanyi dan menghadiri kelas vokal. Diamula menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas sahaja tamat SPM, kebetulan keluarganya  yang tinggal di Terengganuberpindah ke Kuala Lumpur dan membawa Qalisha untuk berjumpa dengan Ajai.

Qalisha Ray dalam Media Hiburan..!!

MINI ALBUM PERTAMA
Dari situ, bermulalah perjalanan sebagai  seorang anak seni tanah air. Walaupun masih baru dalam industri hiburan tanah air, dia sudah pun hadir dengan mini album pertamanya yang berjudul ‘Qalisha’ pada tahun ini. Single pertamanya yang berjudul ‘Satu Januari’ merupakan single utama dalam mini albumnya itu. Ternyata single pertamanya itu pasti akan menjadi hit di pasaran. Katanya lagi, dia akan menjayakan siri penjelajahan bagi mempromosikan mini album dan singlenya itu ke seluruh Malaysia. Tambahnya lagi, walaupun kini sudah tidak ramai lagi yang membeli album, namun dia masih memberikan yang terbaik!

Single pertama Qalisha - Satu Januari
BAKAT
Cerita Qalisha, dia juga mempunyai bakat iaitu  boleh bermain piano dengan hanya mendengar rentak atau nada sesebuah lagu. Malah, dia pernah menghadiri kelas piano sehingga   tahap tujuh untuk belajar membaca note lagu. Katanya lagi, sebelum ini dia memang tidak pandai untuk membaca note lagu. Walau bagaimanapun, dia  sudah berhenti daripada menghadiri kelas piano tersebut kerana terlalu sibuk dengan tugasan dan aktiviti harian. Ini merupakan satukelebihan dan anugerah yang ada  padanya.

IDOLA
Walaupun masih baru dalam dunia hiburan tanah air, namun  Qalisha sudah pun merasai perubahan yang ada dalam kehidupannya. Dia kini sudah mula sibuk dengan persembahan nyanyian. Walaupun perubahan ini sangat drastik, namun diamenganggap ia satu perkembangan  positif buat kariernya. Sangat mengagumi Dato’ Siti NurHaliza dan juga Jaclyn Victor, dia menjadikan mereka berdua sebagai idola. Katanya,  Dato’ Siti NurHaliza merupakan seorang penyanyi nombor satu di Malaysia. Manakala Jaclyn Victor pula  merupakan seorang penyanyi berbangsa India berbakat besar yang berkebolehan menyanyi lagu-lagu berbahasa Melayu dengan lancar. Malah kedua-dua nama besar dalam industri hiburan tanah air ini tetap di hati rakyat Malaysia.

Sumber : Remaja

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. tetiba je 5? apa dah jadi? haha

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Perli ek... Penyanyi baru kenala tanya skit2..lama2 nanti baru la balun sepuloh.. ;p

    ReplyDelete
Previous Post Next Post