Selain daripada rumah kediaman yang dihias indah sempena sesuatu perayaan, Shopping Mall juga tidak melepaskan peluang berlumba2 membuat dekorasi sempena perayaan yang sememangnya meriah bagi menarik pengunjung... Pelbagai tema, konsep dan elemen yang diketengahkan pastinya menggamit penunjung untuk bergambar di sekitar set ruang legar shopping komplek... Jadi Jom kita tengok antara yang menarik..!!
1. Aeon Bukit Tinggi Klang
Pelita gergasi menghiasi ruang angkasa Aeon Bukit Tinggi..Pastinya ciri-ciri tradisional masih lagi digunapakai dalam dekorasi tahun ini... Semua AEON punyer decoration adalah standardize to all shopping centre..
2. Mid Valley Megamall
Kebudayaan Arab - Pengunjung akan dapat merasakan suasana membeli belah seperti berada di pasar Negara Arab itu
3. KLCC
Tema Klasik - Masih mengekalkan suasana kampung membuatkan pengunjung berada seperti di kampung halaman...Sejuk jer hati..
4. Pavillion
Suasana taman dan seperti berada di taman indah menggamit pengunjung sempena Raya kali ni di Pavillion KL
5. Sunway Piramid Deko Raya
Aladdin - Menggamit pengunjung dengan unsur dan kebudayaan dari negara padang pasir...Lampu da carpet dari negara itu memberikan satu kelainan kepada tema perayaan untuk kali ni di Sunway Piramid...
6. Alamanda
Klasik... Rumah dan suasana di perkampungan melayu ketika menyambut hari raya..itulah antara unsur dan konsep yang diketengahkan oleh Shopping Mall Alamanda..!!
7. One Utama
Woww...kubah kubah dan penuh dengan unsur geometri islamik...ada unsur-unsur masjid di dalam rekaan dekorasi di Shopping Mall One Utama ini..nampak mewah dan sejuk mata memandang..!!
P/S : Boleh buat inspirasi untuk dekorasi kat umah pula...pasti meriah nanti..kan kalau dekorasi macam ni kat umah.. ;p
heheheheh... nice... selamat hari raya ye ...
ReplyDelete