Skycraper

Sunday, 23 September 2012

5 Pemenang Pentas Akhir Hero Remaja 2011/2012..!!!

Atas usaha dan kerja keras sepanjang cabaran hampir sembilan bulan finalis Hero Remaja 2011/2012, Abdul Fattah Mohd Amin berjaya dinobatkan sebagai juara sekali gus merangkul hadiah lumayan RM5,000 dan motosikal Naza 650z.

http://selongkar10.blogspot.com/2012/09/5-pemenang-pentas-akhir-hero-remaja.html
Tahniah kepada semua pemenang Pentas Akhir Pencarian Hero Remaja 2011/2012 @ Wisma MCA, Jalan Ampang yang menobatkan

Abdul Fattah Bin Mohd Amin
http://selongkar10.blogspot.com/2012/09/5-pemenang-pentas-akhir-hero-remaja.html
Abdul Fattah (Juara)

http://selongkar10.blogspot.com/2012/09/5-pemenang-pentas-akhir-hero-remaja.html
 Shafiq Kyle
(Tempat Kedua)

http://selongkar10.blogspot.com/2012/09/5-pemenang-pentas-akhir-hero-remaja.html
 Syarul Ridzwan 
(Tempat Ketiga)

http://selongkar10.blogspot.com/2012/09/5-pemenang-pentas-akhir-hero-remaja.html
  Azfar Hero Remaja 
(Hero Favourite Pembaca)

http://selongkar10.blogspot.com/2012/09/5-pemenang-pentas-akhir-hero-remaja.html
Nazrief Nazri 
(Hero Macho) 

http://selongkar10.blogspot.com/2012/09/5-pemenang-pentas-akhir-hero-remaja.html
Fattah (kiri) menerima hadiah yang disampaikan penyandang Hero Remaja 2007/2008, Kamal Adli. - Foto Safwan Mansor

Tempat kedua pula disandang Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak dan ketiga Mohd Shahrul Ridzwan Hashim, masing-masing membawa pulang RM3,000 dan RM2,000 bersama piala Hero Remaja.

Abdul Fattah menyifatkan kemenangan ini sebagai peluang kepadanya mencipta mana dalam bidang peragaan sekali gus menempa nama dalam dunia seni.

“Saya masih tidak percaya saya dapat menyandang juara Hero Remaja, namun ia bertepatan dengan matlamat saya yang berusaha keras untuk meraihnya.

"Saya yakin dan percaya telah menunjukkan semangat kerjasama berkumpulan yang baik dalam mengharungi cabaran setiap kali ujian dijalankan,” katanya.

Sebelum ini, Hero Remaja melahirkan ramai artis dan model popular seperti Esma Daniel, Wan Shalim, Zed Zaidi dan Kamal Adli yang dilihat sebagai perintis bagi pelapis Hero Remaja.

Pertandingan akhir Pencarian Hero Remaja yang berlangsung di Wisma MCA ini turut dihadiri panel Pengarah Kreatif Kumpulan, Grup Majalah Karangkraf, Farrah Hussamuddin, Erra Fazira, Aznil Nawawi, David Teoh dan Lina Tan untuk mencungkil bakat remaja lelaki yang berketerampilan dari aspek personaliti, penampilan, kebijaksanaan, fotogenik dan versatil.

Firdaus berkata, kemenangan setiap hero remaja diharap akan menjadi bekal untuk mereka berjaya dan bersedia mengharungi kehidupan sebagai artis.

"Kemenangan ini juga dilihat sebagai batu loncatan agar mereka akan terus menapak maju," katanya.

Sementara itu, Editor majalah Remaja, Roselinda Mohd Yusof berkata, untuk pertama kali, hero remaja diuji dengan aktiviti bulanan dari Februari hingga September.

Aktiviti bulanan ini membekalkan mereka dari aspek kematangan dan semangat kerjasama berkumpulan," katanya.

Selesai acara penyampaian hadiah, Pemenang Hero Remaja diberikan satu edisi Khas di dalam majalah REMAJA keluaran 1 Nov 2012 dimana menampilkan para pemenang sebagai cover

 Cover hero Remaja 2011/2012
 Cover yang Menampilkan Hero Remaja 2011/2012

Majalah REMAJA menampilkan 3 wajah Hero REMAJA sebagai penghias muka depan isu 1 NOVEMBER 2012, Dapatkan di pasaran sekarang! :D
 


Klik Sini Pemenang Pencarian Lelaki Maskulin 2010/2011
Selongkar Bintang

4 comments:

By Za Haniza Roslan said...

playboy itu suami aku?!

Anonymous said...

aku lebih suka syarul ridzwan .
dia berlakon jadi psiko dalam mr arrogant
mmang terbaik arr !

Fazliana Ekbal said...

Yup ske ag shahrul ridzuan.. psyco!! Ske watak yg die main kn.. character die!! Sme ttg die.. hee

ayda delaila said...

Shahrul ridzwan the best...paling cute...hensem...suwitt pon dia jugak!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Share This