Kebelakangan ini drama-drama siri Melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Saban hari drama-drama ini makin mendapat tempat dan pengikitnya sendiri, Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.
Impak adaptasi dari novel, cerita yang menarik ditambah dengan barisan pelakon hebat berjaya menarik perhatian penonton untuk melekat di kaca tv menanti hari demi hari episod siri drama kesayangan mereka.
10. Dahlia
Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya
9. Asmara Luna
Drama bersiri 13 episod terbitan JS Pictures Sdn. Bhd dan skrip ditulis oleh Sofia J Rhyland ini dibarisi pelakon seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, Miera Liyana, Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman,Eyka Farhana, dan ramai lagi.
Asmara Luna ini mengisahkan Luna yang telah terpisah selama 21 tahun dengan ibu kandungnya. Luna berusaha mencari di mana ibunya berada. Dapatkah Luna menemui kembali ibunya setelah lama mendambakan kasih sayang seorang ibu yang telah lama tidak dirasainya?

8. Cinta Jangan Pergi
Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.
Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

7. Kampung Girl
Drama bersiri sebanyak 33 episod ini dibarisi oleh barisan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afnan Rahman, Izreen Azminda dan ramai lagi.
Kampung Girl mengisahkan mengenai Ashraf Khairi, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri iaitu Ainnur Azmi, seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibubapanya. Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.
6. Love You Mr. Arrogant
Love You Mr. Arrogant ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 25 September 2013. Drama arahan Eoon Suhaini ini merupakan drama adaptasi dari novel "Love You Mr. Arrogant" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Aliesha Kirana. Teraju utama untuk drama ini ialah Zara Zya dan Azlee Khairi.
5. Sehangat Asmara
Secara ringkas, Sehangat Asmara mengisahkan cinta pandang pertama antara Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berrakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Kebahagiaan yang dikecapi akhirnya hancur begitu sahaja apabila Zainal terpaksa pulang ke tanahair dan berjanji akan pulang kembali kepangkuan Kamilia.
Namun selepas sembilan tahun, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus setia menanti dengan begitu sengsara dan linangan air mata.
4. Adam & Hawa
Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua atas salah faham ditangkap berkhalwat. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya senyap dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu akhirnya mereka diketemukan semula namun adakah mereka akan mengetepikan ego masing masing dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing.
Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon utama iaitu Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani.
Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon utama iaitu Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani.
3. Cinta Jannah
Drama arahan Azmi Hatta menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz, Ezany Nizariff, Abdul Fattah dan ramai lagi.
Cinta Jannah mengisahkan Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah yang melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.
Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Malang menimpa Jannah apabila dia pengsan akibat terhentak kepalanya kerana diragut . Izaryl, yang berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia, pilihan ibunya membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan dan mereka terpaksa berkahwin.

2. Teduhan Kasih
Drama bersiri 28 episod arahan Jamal Khan ini dibintangi Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Shah Iskandar, Liza Abdullah, Talha Harith, dan ramai lagi. Teduhan Kasih merupakan drama adaptasi novel nukilan Sarah Marissa.
Teduhan kasih mengisahkan Iffa, janda yg telah
diceraikan oleh suaminya, Ryzal. Ketika itu, Iffa sedang mengandung.
Ryzal pula ingin mengahwini teman baik Iffa sendiri iaitu Ayu. Musibah
datang bertimpa-timpa sampai di saat Iffa hendak bersalin, dan ketika
itulah Ehsan muncul sebagai hero .. hahaha...
So, Ehsan dan Iffa akhirnya berkahwin di atas beberapa sebab tertentu.
Tetapi, ada dua makwe si pengacau ni iaitu Cik Lisa dan Ayu yg sebok nak
menackle si Ehsan. Namun, cinta Ehsan tetap kukuh dan teguh pada
isterinya si Iffa.
1. Setia Hujung Nyawa
kisah ni mengisahkan seorang gadis, Ersalina yang dah terlanjur tapi tak mengetahui yang dirinya mengandung. ibunya, Haliza yang mahu selamatkan maruah anaknya tanpa berfikir akibatnya membenarkan anaknya tu menikahi seorang yang tak dikenalinya. Zain, lelaki yang telah ditinggalkan kekasihnya saat mereka di alam perkahwinan. demi maruah keluarganya dia menerima calon isteri dari ibunya, Datin Adibah.
Selepas berkahwin, rahsia terbongkar... dan bermulalah drama kisah cinta makan tak lalu mandi tak basah antara ersalina & zain.
P/S : Amacam..?? Anda sebahagian dari penonton yang menghayatkan siri drama ini..? Moga di tahun hadapan banyak lagi drama-drama berkualiti dan berlainan genre dapat disajikan kepada penonton..