12 Kronologi Hidup Peguam Tersohor Karpal Singh 1940 - 2014

Karpal Singh dilahirkan di George Town, anak kepada pengawal keselamatan dan penternak separuh masa Ram Singh. Ram telah berpindah dari India ke Pulau Pinang pada tahun 1921. Leluhur Karpal merupakan petani dari kampung Samna Pind, berhampiran Amritsar, dalam daerah Punjab.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/04/10-kronologi-kehidupan-mendiang-karpal.html 
Karpal Singh 1940 - 2014

Dia mendapat pendidikan awal di St. Xavier's Institution, George Town, Pulau Pinang, dan melawat kampung tersebut pada tahun 1963 ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966) dan pada tahun 1974 apabila bapanya terbunuh dalam kemalangan di sana.

1. Politik
Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP

2. Dipenjara
Beliau pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

3. Harimau Jelutong
Beliau ialah daripada etnik Punjabi Malaysia dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah. Beliau pernah menerima jolokan sebagai "Harimau Jelutong" kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal. Beliau amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.

4. Penggantungan
Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimen ataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.

 
5. Kemalangan
Karpal Singh terlibat dalam kemalangan pada awal tahun 2005 menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

6. Perkahwinan

Beliau berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak. Salah seorang anaknya, Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang lalu.


7. Mencabar
Pada 23 Oktober 2008, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan SriPandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap 'tidak serius dan main-main' selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.

8. Mencerca
Pada 7 April 2010, Karpal Singh digantung 10 hari kerana mencerca 'diktator' terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Puncanya Speaker menolak usul Tian Chua (PKR-Batu) merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN/UMNO-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

9. Hasutan
Karpal Singh peguam terkenal yang juga pengerusi DAP didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini Jumaat terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar pada 2009. 

10. Hukuman Mati
Pada 31 Julai 2010, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Kebangsaan menggesa perogol kanak-kanak dijatuhi hukuman mati. Sekarang, Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah hanya penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan. Dalam kebanyakan kes jenayah berat, beliau menjadi peguam bela.

11.  Perletakan Jawatan
Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

12. Riwayat Akhir
Pada 17 April 2014, Karpal Singh disahkan maut dalam satu kemalangan awal pagi yang berlaku di KM 306 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada kira-kira 1:30 pagi.


Beliau yang berusia 73 tahun, juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu sebutan semula kes mahkamah sewaktu kemalangan itu berlaku.


Beliau bersama rakannya Michael Cornandez dan dua penumpang lain termasuk anaknya Ram karpal menaiki jenis kenderaan Toyota Alphard, dipercayai telah berlanggar dengan sebuah lori sebelum hilang kawalan. Anaknya, Gobind Singh Deo, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Karpal telah maut di tempat kemalangan itu.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post