10 Peserta Berentap Dalam Vokal-Bukan Sekadar Rupa 2..!!

Masa yang dinantikan sudah tiba! Program realiti nyanyian terbaru, VOKAL… BUKAN SEKADAR RUPA yang mempertaruhkan bakat seni nyanyian bagi mereka yang tidak mempunyai pakej artis komersil kini bersedia untuk memulakan langkah sulungnya. Konsert mingguan pertama ini bakal memperkenalkan 10 orang finalis iaitu Fakhrul, Asmidar, Aswad, Mafa, Boy, Epiit, Irsa, Boby, Azmarul dan Adeq kepada semua penonton dan peminat muzik tanahair!


Diadili oleh dua orang juri profesional tetap, Azmeer dan Erra Fazira, para finalis akan berentap di 9 konsert mingguan dan seorang peserta yang mempunyai markah terendah akan disingkirkan pada setiap minggu. Hanya 6 peserta dengan markah tertinggi akan mara ke peringkat akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000! Pastinya kehadiran program “Vokal… Bukan Sekadar Rupa” amat dinantikan kerana berupaya membuka peluang kepada mereka yang dikurniakan bakat nyanyian luar biasa tetapi tidak mempunyai muka komersil untuk bergelar artis.

10 peserta yang berjaya melepasi sesi uji bakat akan berentap pada konsert pertama dan kedua bagi menentukan 6 Peserta Terbaik bermula 16 Oktober 2011. Setiap konsert mingguan akan menyingkirkan seorang peserta yang berada di kedudukan markah paling bawah. Format permarkahan Vokal dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 50% daripada juri tetap dan 50% melalui undian SMS. Juara Vokal akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000, naib juara akan memenangi RM 30,000 dan pemenang tempat ketiga akan membawa pulang RM 10,000.


Bakal disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.00malam mulai 16 Oktober 2011, manakala Rutin Vokal Bukan Sekadar Rupa boleh diikuti setiap Ahad jam 5.00 petang. Vokal Bukan Sekadar Rupa ini menampilkan 10 peserta yang akan berentap di 9 konsert mingguan sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir.
1.Adeq

2. Asmidar

3. Aswad

4. Azmarul

5. Boby

6. Boy 

7. Epit 

8. Fakhrul 

9. Irsa 

10. Mafa 


Para peserta juga akan dilengkapkan dengan latihan, bimbingan dan motivasi daripada tenaga pengajar sebagai persediaan awal untuk mengecapi kejayaan di dunia hiburan. Antara tenaga pengajar yang turut menjayakan program Vokal termasuk Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik dan Penasihat Vokal, Adzwa sebagai Penasihat Persembahan, Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi) selaku pakar motivasi dan Simran Latif dari Original Bootcamp sebagai jurulatih kecergasan dan kesihatan.

No comments

Powered by Blogger.