Jeans atau denim merupakan salah satu dari busana yang wajib dimiliki tidak kira siapa pun anda. Semua orang menggemarinya, bukan sahaja kerana rekaan yang seiring dengan perubahan masa, malah kerana keselesaan kepada si pemakai. Oleh itu, bagi mendapatkan jeans yang sesuai dengan tubuh badan adakalanya mencabar.

fokuskan dahulu pada ukuran. Jenama soal kedua.

Oleh itu, fikirkan padanan yang sesuai dengan jeans, mulakan bergaya dan start showing off your style!!

Oleh itu, perhatikan betul-betul dan amati sama ada ia bersesuaian dengan citarasa dan gaya anda atau tidak. Ada daripada kita yang lebih selesa memakai jeans yang plain dan kemas, dan ada pula yang gemarkan aksesori tambahan pada jeans tersebut.
Oleh itu, perhatikan setiap perincian dan fikir semasak-masaknya.
Tidak digalakkan untuk cuba potongan super skinny mahupun slim leg.

jeans. Pilih warna yang anda gemari seperti denim biru atau hitam dan pastikan warna yang anda pilih bersesuaian dengan baju serta kasut yang ingin dipakai. Sekiranya anda ingin kelihatan funky dan berani, anda mungkin boleh mencuba untuk memilih jeans dari warna terang seperti merah dan hijau. Ini dapat memberi nafas segar pada gaya fesyen anda tetapi pastikan anda benarbenar berani.
Kredit : Maskulin

Jeans...
1. Cuba, Cuba dan Cuba Lagi
Anda tidak perlu malu sekiranya anda mengambil masa untuk memilih jeans yang terbaik. Sekiranya anda merasakan jeans tersebut tidak bersesuian, cuba dan terus mencuba pelbagai jenis yang lain. Anda tidak perlusegan terutama sekali jika anda keluar membeli bersama pasangan. Biarkan pasangan anda menunggu, asalkan hasrat anda untuk mendapatkan jeans yang sesuai tercapai.
2. Fokus pada Ukuran, bukan Label Semata
Adakah anda mempunyai bentuk badan curve, flat mahupun straight?. Memilih jeans bukan hanya pada lebel atau jenama semata-mata, kerana setiap pengusaha jeans yang berada di pasaran memiliki definisi berbeza bagi membezakan setiap jenis jeans termasuk ukuran jahitannya, lebar pada bahagian bawah, bukaan pinggang dan lain-lain. Oleh itu,fokuskan dahulu pada ukuran. Jenama soal kedua.

3. Padankan dengan yang Tepat
Jeans datang dengan pelbagai variasi dari segi warna, corak, gaya mahupun potongan. Oleh itu, anda haruslah sentiasa bersedia untuk memadankan setiap jeans yang dibeli dengan apa yang dipakai di bahagian atas. Ia amat penting untuk membuat suaipadan yang bertepatan. Tidak kira secantik manapun jeans yang anda pakai sekarang, jika padanan baju tidak bersesuaian memang tiada gunanya.Oleh itu, fikirkan padanan yang sesuai dengan jeans, mulakan bergaya dan start showing off your style!!

4. Perhatikan Setiap Perincian
Perhatikan betul-betul detail yang terdapat pada setiap jeans yang sedang anda cuba. Jeans bukan hanya melibatkan fabrik denim semata-mata tetapi adakalanya ia lebih dari itu. Ada jeans yang disertakan sekali dengan kepelbagaian jenis butang, poket yang berzip, manik-manik, corak dan sebagainya.Oleh itu, perhatikan betul-betul dan amati sama ada ia bersesuaian dengan citarasa dan gaya anda atau tidak. Ada daripada kita yang lebih selesa memakai jeans yang plain dan kemas, dan ada pula yang gemarkan aksesori tambahan pada jeans tersebut.
Oleh itu, perhatikan setiap perincian dan fikir semasak-masaknya.
5. Usia Mainkan Peranan Penting
Usia ternyata penting dalam membuat keputusan bagi mendapatkan jeans yang tepat. Seperti yang kita ketahui, tiada had umur dalam pemakaian jeans. Orang-orang yang berusia juga boleh memakai jeans. Oleh itu, padankan dengan usia anda sekarang. Sekiranya usia anda mencecah 30-an, adalah digalakkan untuk anda mencuba jeans jenis loose cut mahupun boot cut. Tidak digalakkan untuk cuba potongan super skinny mahupun slim leg.
6. Mahal atau Murah?
Untuk harga sesuatu jeans pula, ia bergantung kepada jenama. Sekiranya jenama jeans yang anda pilih itu adalah terkenal, maka harganya juga sedikit mahal jika dibandingkan dengan jeans dari jenama biasa. Bagi jejaka yang mementingkan standard dan kelas, bolehlah memilih jeans dari jenama terkenal manakala bagi mereka yang gemarkan kesederhanaan, bundle menjadi tempat pilihan.Jangan pandang rendah pada kualiti jeans yang dibeli dari bundle kerana kebanyakannya berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.
7. Kemana dan Bila Ingin Dipakai?
Perkara lain yang perlu anda titikberatkan adalah fungsi jeans anda sama ada ingin dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu atau keluar berpacaran bersama buah hati. Sekiranya untuk ke sesuatu majlis, pastikan jeans yang dipilih tidak terlalu lusuh dan nampak kasual. Sekiranya anda ada temujanji dengan si dia, pastikan anda memakai jeans yang menampakkan kelakian anda dan kemas. Jangan lupa untuk sesuaikan jeans yang dipakai dengan baju atau kemeja yang sesuai. Tidak perlu aksesori yang terlalu sarat. Tali pinggang serta sepatu yang sesuai sudah memadai.
8. Warna
Setiap orang mempunyai citarasa berbeza. Begitu juga dalam pemilihan warnajeans. Pilih warna yang anda gemari seperti denim biru atau hitam dan pastikan warna yang anda pilih bersesuaian dengan baju serta kasut yang ingin dipakai. Sekiranya anda ingin kelihatan funky dan berani, anda mungkin boleh mencuba untuk memilih jeans dari warna terang seperti merah dan hijau. Ini dapat memberi nafas segar pada gaya fesyen anda tetapi pastikan anda benarbenar berani.
Kredit : Maskulin