Memiliki tubuh seperti seorang lelaki, bermisai atau berjambang..tetapi sebenarnya mereka adalah seorang wanita sewaktu lahirnya...
Jom kita selongkar antara lelaki yang gagah tetapi hakikatnya adalah seorang wanita
1. Balian Buschbaum
Lahir sebagai Yvonne Buschbaum pada tahun 1980.Balian merupakan ahli sukan lompat galah wanita ke dua terbaik di Jerman yang bersara pada tahun 2007 akibat kecederaan.Tidak lama selepas itu, Balian mengumumkan akan menukar jantina.Keinginan itu termakbul pada tahun 2008.
2. Buck Angel
Pembuat filem dewasa dan transeksual Buck Angel merupakan ikon dalam komuniti LGBT (Lesbian, Gay, biseksual dan transgender). Buck adalah pemenang Adult VideoNews Award "Transsexual Performer of the Year" pada tahun 2007.Buck kini bekerja sebagai seorang peguam, pendidik, pensyarah dan penulis, dan menguruskan syarikat produksi sendiri.
3. Loren Rex Cameron
Loren seorang jurugambar Amerika, penulis dan aktivis transeksual. Hasil kerja seni Loren selalunya berkait dengan lesbian dan transeksual.''Lelaki" ini juga telah mendokumenkan perubahan diri sendiri dari seorang wanita menjadi lelaki.
4. Ian Harvie
Ian seorang pelawak yang sering menggunakan transsexuality beliau sebagai bahan dalam berkarya.Ian telah beraksi dengan ramai selebriti yang terkenal dalam komuniti LGBT seperti Margaret Cho
5. Lucas Silveira
Dilahirkan di Kanada pada tahun 1979, Lucas Silveira mencipta sejarah sebagai orang pertama yang mengaku secara terbuka tentang status jantinanya untuk berada di kumpulan rock yang telah ditandatangani oleh label rekod besar. Silveira seorang vokalis, gitaris dan penulis lagu untuk The Cliks, beliau juga telah mengeluarkan album solo baru
6. Rocco Kayiatos
Dikenali sebagai Katastrophe, penyanyi rap hip-hop Amerika dan seorang produser
7. Thomas Beatie
Mendapat perhatian antarabangsa kerana dilihat sebagai seorang "lelaki'' yang boleh hamil.Thomas hidup sebagai seorang perempuan sehingga berusia pertengahan 20-an.Dia kemudian mengambil hormon lelaki tetapi mengekalkan sistem peranakannya yang membolehkan dia dan isteri mendapat anak melalui sperma seorang penderma kerana isteri Thomas tidak boleh hamil.
8. Ryan Sallans
Dilahirkan sebagai Kimberly Ann Sallans, dan beliau kini seorang penyokong hak LGBT dan penceramah awam yang bergerak di Amerika Syarikat untuk mendidik orang ramai mengenai isu-isu transgender dan perubahan dalam sistem penjagaan kesihatan. Beliau menjalani transformasi dari perempuan kepada ''lelaki'' sepanjang beberapa tahun dan menyempurnakan peralihan pada tahun 2005
9. Andreas Krieger
Seorang atletik Jerman yang bersara pada tahun 1990.Andreas menjalani pembedahan menukar jantina pada tahun 1997
10. Chaz Bono
Lahir sebagai Chastity Bono, anak kepada pasangan popular Sonny dan Cher.Menjadi lesbian pada usia 25 sebelum menyedari dirinya seorang transgender.Chaz melakukan transformasi selama dua tahun dan kini hidup gembira sebgai seorang "lelaki".