10 Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2012 - Menggamatkan Jumaat Malam Anda

Anda telah menentukan Osbon dinobatkan sebagai Juara Maharajalawak Mega! Kini saksikan pula persaingan pelawak-pelawak ternama beraksi bagi meraih gelaran Maharajalawak Mega 2012! Kami menghimpun pelawak-pelawak ternama dalam satu pertandingan bagi mengetahui siapakah yang terbaik antara yang terbaik.

Barisan pelawak-pelawak terdiri daripada peserta dari 3 negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. . Tambah hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

  

Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Maharajalawak Mega yang lalu, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Empat orang juri tetap setiap minggu yang kesemuanya terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakang pelawak, atau pelakon komedi akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah daripada perspektif mereka sendiri.

Pastikan temujanji anda bersama kami! Malam Jumaat anda pasti riuh dengan gelak ketawa bersama keluarga. Saksikan secara eksklusif di Astro Warna (Saluran 132)

Siapa di antara mereka yang lebih layak bergelar juara? Berikut adalah barisan para pelawak yang bakal mengegarkan Maharaja Lawak Mega 2012

HOS
 AC MIZAL


NAMA SEBENAR: Mizal Bin Zaini
ASAL: Johor
KERJAYA: Pengacara TV, Pelakon,Penyanyi,Pengarah, Pelawak
PENCAPAIAN: Pengacara Akademi Fantasia (2008 – 2009); Dicalonkan untuk Anugerah Bintang Popular dibawah kategori Pelakon Lelaki Popular, Pelawak Lelaki Popular dan Pengacara TV Popular; Mendapat pujian membawa watak sebagai Raja Jawa di Puteri Gunung Ledang The Musical 

BOBOI
 Afdlin Shauki, Harun Salin Bachik & Nabil Ahmad


AFDLIN SHAUKI BIN AKSAN | AFDLIN SHAUKI
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Pengarah, Pelakon, Penyanyi, Pelawak
PENCAPAIAN TERKINI: Shout Award 2010, Tempat ke-2 Maharajalawak Mega

HARON AMINAR RASHID BIN SALAM | HARUN SALIM BACHIK
ASAL: Singapura
KERJAYA: Pelakon, Pelawak
PENCAPAIAN TERKINI: Pelakon Pembantu Lelaki terbaik – Festival Filem Malaysia ke-19,Tempat ke-2 Maharajalawak Mega

AHMAD NABIL BIN AHMAD | NABIL RAJA LAWAK
ASAL: Negeri Sembilan
KERJAYA: Pelakon, Pelawak
PENCAPAIAN TERKINI: Tempat ke-3 Maharajalawak 2011


DADIDU
Bobo, AR Badul &Arif Sudin


DJOHAN BIN ABDUL RAHMAN | BOBO
ASAL: Singapura 
KERJAYA: Guru, Pelakon, Pelawak 
PENCAPAIAN TERKINI: -

ARMAYA AMAN RAMLIE | AR BADUL
ASAL: Singapura 
KERJAYA: Pelakon, Pelawak 
PENCAPAIAN TERKINI: Pelakon Terbaik 
Pengarah Terbaik 
Pelakon Popular Berita Harian 1989

MD ARIF SAMSUDIN | ARIF SUDIN
ASAL: Singapura 
KERJAYA: Pelakon 
PENCAPAIAN TERKINI:Finalis Maharajalawak Mega
Kumpulan Hadrah Terbaik Rantau Asia


JAMBU


ZAMATUL AMRI BT ZAKARIA | TAUKEH
ASAL: Johor Bahru 
KERJAYA: Pelakon, Pelawak, Pengacara 
PENCAPAIAN TERKINI: MaharajaLawak Tempat ke- 4
SuperSpontan Tempat-3

YUSSRY BIN EDOO | YUS
ASAL: Perlis 
KERJAYA: Pelakon, Pelawak 
PENCAPAIAN TERKINI: Juara Raja Lawak 1
Maharajalawak Tempat ke-4


JOZAN
 Zizan Razak & Johan


YAZID LIM BIN MOHAMAD AZIZ | JOHAN
ASAL: Kuala Lumpur 
KERJAYA: Pelakon, Pelawak, Pengacara, Penyampai Radio 
PENCAPAIAN TERKINI: Tempat ketiga Raja Lawak
Finalis ABPBH (Artis Komedi Popular)
Naib Juara Maharajalawak

MOHD RAZIZAN BIN ABD RAZAK | ZIZAN
ASAL: Terengganu 
KERJAYA: Pelawak, Pelakon, Pengacara 
PENCAPAIAN TERKINI: Tempat ke-2 Raja Lawak
Favourite TV Personality Award Shout! Awards
Pelakon Komedi Lelaki Popular ABPH 2010
Tempat ke-2 Maharajalawak



Pi Mai


R2

Sabon


SAY WHO
REFIKA NOVIANTI FATUROHMAN | VICHA


ASAL: Indonesia
KERJAYA: Pengacara, Pelakon, Pelawak
PENCAPAIAN TERKINI: Tempat ke-3 Maharajalawak Mega 2011
MUHAMMAD ABDI ZEIN | BOCIL BANCIN

ASAL: Indonesia
KERJAYA: Pengacara, Pelawak, Pelakon, Penyanyi, Penyampai Radio
PENCAPAIAN TERKINI: Tempat ke-3 Maharajalawak Mega 2011
EKO SUGIYANTO | EKO

ASAL: Indonesia
KERJAYA: Pengacara, Pelakon, Pelawak
PENCAPAIAN TERKINI: Tempat ke-3 Maharajalawak Mega 2011


SHIRO
SHAHROL AZIZIE BIN AZMI | SHAHROL


ASAL: Johor
KERJAYA: Pelawak, Pelakon
PENCAPAIAN TERKINI: Juara Raja Lawak 6
MOHAMAD HANAFFI BIN RAZAK | AJAK

ASAL: Johor
KERJAYA: Pelawak, Pelakon
PENCAPAIAN TERKINI: Juara Raja Lawak 6


THE BANDUNG JOKER
AMAN SUHERMAN | AMAN


ASAL: Indonesia
KERJAYA: Pelakon, Pengacara
PENCAPAIAN TERKINI: Finalis Pelawak API3 TPI, Finalis Piala Duniatawa TPI, Finalis Srimulat Cari Pakat ANTV, Finalis Stand Up Comedy Kompas TV, Juara Seni Calung Tingkat Jawa Barat 2005
AMIN SUHERMAN | AMIN

ASAL: Indonesia
KERJAYA: Pelakon, Pengacara
PENCAPAIAN TERKINI: Finalis Pelawak API3 TPI, Finalis Piala Duniatawa TPI, Finalis Srimulat Cari Pakat ANTV, Finalis Stand Up Comedy Kompas TV, Juara Seni Calung Tingkat Jawa Barat 2005
ASEP MOHAMAD SOLIHIN | DODON

ASAL: Indonesia
KERJAYA: Pengacara, Pelawak, Penyanyi
PENCAPAIAN TERKINI: Finalis Piala Duniatawa TPI, Finalis Srimulat Cari Pakat ANTV, Finalis Stand Up Comedy Kompas TV

---------------------------------------------------------
GRAND FINALE

Persoalan siapakah JUARA Maharaja Lawak Mega 2012 akhirnya kini terjawab. Dengan peratusan sebanyak 22.9, kumpulan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan iaitu Jozan telah dinobatkan sebagai JUARA Maharaja Lawak Mega 2012. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi sumbangan Astro.

5 Barisan Finalis Maharaja Lawak Mega 2012

Kemenangan mereka telah disaksikan jutaan penonton di rumah juga ribuan penonton yang membanjiri Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk minggu akhir Maharaja Lawak Mega 2012. 

 
Keputusan Pemenang
Juara : Jozan (RM500,000 Beserta trofi)
Naib Juara :  Jambu (Rm250,000 beserta Trofi)
Ketiga :  Shiro (RM150,000)
Keempat :  Boboi (RM50,000)
Kelima : Saywho (RM15,000)

Minggu akhir Maharaja Lawak Mega 2012 telah menyaksikan 5 finalis melaksanakan tugasan bertemakan bebas dan Muzikal.

Suatu tema yang sangat mencabar lebih-lebih lagi kedua-dua tugasan ini pernah dilalui di awal musim Maharaja Lawak Mega 2012. Namun secara keseluruhannya, kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2012 menyampaikan persembahan yang sangat lucu dan menghiburkan. Berikut adalah peratusan kedudukan selepas talian undian ditutup:


Markah
1. JOZAN - 22.9%
2. JAMBU - 21%
3. SHIRO - 19.1%
4. BOBOI - 18.8%
5. SAYWHO - 18.3%

Tahniah diucapkan kepada semua finalis atas pencapaian mereka sehingga ke peringkat akhir. Ternyata mereka telah menceriakan jutaan rakyat Malaysia dengan lawak jenaka yang bukan hanya kosong, tetapi mempunyai mesej yang tersendiri. Semoga kita bertemu lagi dalam Maharaja Lawak Mega musim yang akan datang.

Ikuti Pautan Ini Untuk Melihat Maharaja Lawak Mega Terdahulu




Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post