7 Petua untuk Menjadikan Bibir Merah Semerbak Rose

7 petua untuk menjadikan bibir merah menggunakan bahan asas yang ada di rumah.
Apa logik petua tersebut?

Bibir merah  


1) Memberus Bibir
Memberus bibir selepas selesai memberus gigi. Logiknya, memberus bibir akan membuang kulit yang mati atau kering dari permukaan bibir, menyebabkan kulit bibir menjadi lebih nipis dan warna merah darah di salur darah dalam bibir lebih kelihatan. Selesai proses memberus tersebut, eloklah sapukan pelembap pula.. Kulit kering pun tak bagus juga..


2) Menyapu Madu
Menyapu madu ke permukaan bibir setiap kali sebelum tidur. Logiknya, struktur madu boleh menjadikan permukaan bibir lebih lembap. Permukaan bibir yang lembap menghalang kulit bibir daripada menjadi kering. Kulit yang kering sememangnya kurang transparent kan..? Kulit bibir yan kering boleh menghalang warna merah untuk menyala di bibir anda.


3) Minum Air  
Minum air secukupnya setiap hari. Logiknya, asap rokok, kafein atau toksik dalam badan boleh membuatkan darah kurang efisien mengangkut oksigen. Hal ni akan menyebabkan darah menjadi gelap, maka bibir pun lebih gelaplah. Oleh itu, minum air secukupnya boleh membantu merahkan bibir dengan mengangkut oksigen lebih banyak dan membuang toksik dalam badan. (Darah beroksigen lebih cerah berbanding yang kurang oksigen).


4) Menyapu Mentega
Menyapu mentega atau marjerin ke permukaan bibir setiap hari. Logiknya, sama seperti menyapu madu kot.

5) Menyapu Ubat Gigi
Sapu ubat gigi (colgate). Logiknya, ubat gigi terutamanya ubat gigi orang dewasa mempunyai menthol. Menyebabkan bibir berasa sedikit kesan pedih, walaupun tak terasa pun. Ia bertindak balas dengan meningkatkan sistem imunnya di permukaan bibir, iaitu membengkak dan melancarkan lagi peredaran darah di bahagian bibir supaya antibodi lebih senang untuk bertindak. Pembengkakan dan peningkatang peredaran darah ini menyebabkan bibir nampak merah.


6) Menyapu Jus Halia
Ambik jus dari halia dan sapukan ke bibir, amalkan selalu. Logiknya, sama seperti pemakaian ubat gigi pada bibir.

7) Menyapu Kuning Telur
Sapu kuning telur ke bibir sebelum tidur. Logiknya, sama seperti menyapu madu dan mentega. Tapi, kuning telur juga boleh jadik macam masker, bukan masked rider tau, yang mana boleh membentuk bibir anda menjadi lebih halus tanpa garis kasar.

Ada beberapa petua lagi, tapi yang di atas ni cuma benda yang selalunya berada di rumah sahaja.. Dan semestinya adalah petua yang pemes :)

Susah-susah, pakai lipstik ok pe :)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post