11 Remaja Beraksi dalam Rancangan Cornetto Uda & Dara Astro...!!!

Cornetto mempersembahkan siri realiti barunya, “Cornetto Uda & Dara”, yang dilancarkan sempena pelancaran varian baru Wall’s Cornetto, Black & White! Rancangan ini bertujuan untuk mengasah bakat dan memupuk keyakinan di kalangan warga muda Malaysia demi membantu mereka menjalin pertalian yang lebih mesra sesama insan – maklumlah, hubungan dan pengalaman yang lebih bermakna boleh dibentuk melalui suatu aktiviti yang semudah berkongsi aiskrim!


Dengan khidmat juri selebriti seperti Yasmin Hani, Tony Eusoff, Akim, Stacy dan pemenang MasterChef Malaysia, Chef Ezani, rancangan realiti ini memberi peluang kepada 12 orang peserta untuk mengenali kekuatan, kelemahan, menerokai sifat serta potensi sebenar diri melalui cabaran-cabaran yang menarik! Dua individu yang dipilih sebagai pemenang Uda & Dara akan menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan
hadiah-hadiah yang lain!














Saksikan rancangan ini setiap hari Rabu, jam 9.00 malam, bermula Mei 16hb melalui Astro Ria!

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post