5 Buah Pulau Tercantik di Malaysia Tak Perlu Pergi Jauh..!!!

Tak payah susah-susah pergi ke luar negara semata-mata nak menikmati suasana pulau yang indah. Di Malaysia sudah cukup mempunyai pulau-pulau yang sangat cantik. Subhanallah, indahnya ciptaanMu Ya Allah....


1) Pulau Sipadan


Pulau Sipadan terletak berhampiran dengan Semporna. Semporna ialah sebuah bandar yang terletak di timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600m dari dasar laut. Terkenal sebagai salah satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) di mana merupakan antara yang terbaik di dunia. Pulau Sipadan juga tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik di dunia pada Julai 2009.

2) Pulau Tioman



Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar merupakan sebuah pulau yang terkenal di kalangan peminat sukan menyelam. Terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor tetapi berada di bawah pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Berbentuk seperti seketul paha ayam.

3) Pulau Langkawi



Terletak di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia dan berstatus bebas cukai sejak tahun 1987. Kaya dengan keindahan semulajadi dan lagenda masa silam. Merupakan salah satu daripada destinasi perlancongn yang paling popular di Malaysia terutama bagi pasangan yang ingin berbulan madu dan percutian keluarga.

4) Pulau Redang



Terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, negeri Terengganu, Malaysia. Pulau Redang juga merupakan tapak pemuliharaan penyu yang penting. Terdapat 2 buah bangkai kapal yang bersejarah di kawasan perairan Pulau Redang iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan perang dunia kedua.

5) Pulau Perhentian



Terletak di negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64km) selatan dari sempadan Thailand. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadika tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai) untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post