Daripada kajian melibatkan semua negara,
Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian
tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian
bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat
kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan
United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3
kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun 2011.
Selain daripada keadaan lebuh raya yang
dianggap bahaya, penggunaan jumlah kereta yang tinggi ketika waktu-waktu
puncak atau musim-musim perayan dan juga sikap pemandu jalanraya
sendiri juga turut menyumbang kepada statistik kemalangan yang tinggi.
Jom kita selongkar 6 Lebuh Raya Paling Bahaya Di Malaysia Adalah Seperti Berikut:
1. Lebuhraya Utara-Selatan
Pada 6 Disember , 2013, tiga warga
Singapura pemilik Lamborghini yang berdaftar terlibat dalam kemalangan
di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban .
Teruskan Pembacaan...
Teruskan Pembacaan...
2. Lebuh Raya Karak
Jalan raya yang menghala ke Genting
Highlands dan Bentong merupakan antara tempat berhantu yang telah
mengorbankan ratusan nyawa pengguna jalan-raya.
Pada 28 Januari 1990, 17 orang termasuk
11 FRU terbunuh apabila berlaku kemalangan melibatkan kenderaan polis,
sebuah lori tangki, sebuah bas penumpang dan 10 kereta di kilometer 32.5
lebuh raya tidak jauh dari Genting Sempah di Gombak, Selangor .
Pada 22 Ogos 2013, sebuah kemalangan
jalan raya yang dianggap paling dahsyat di Malaysia berlaku apabila bas
yang membawa lebihan penumpang terjunam ke dalam gaung di jalan
Genting-KL. Seramai 40 orang terkorban.
3. Lebuh Raya Persekutuan
Lorong motosikal di Lebuhraya
Persekutuan terkenal dengan bahayanya terhadap penunggang motosikal.
Ianya gelap, sempit, tidak diselenggarakan dengan baik. Banyak
benda-benda tajam seperti paku berada di atas jalan tersebut. Sikap
penunggang motosikal juga adalah antara penyumbang tegar kepada
statistik kemalangan.
Pada 16 Jun 2013. tiga remaja terbunuh
dan satu lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki di merempuh
pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Shah Alam.
4. Simpang Pulai Cameron Highland
Pada 20 Disember, 2010, tragedi kemalangan yang berlaku di KM15 Jalan
Cameron Highland – Simpang Pulai meragut nyawa 25 warga Thailand yang
telah bercuti di resort bukit di Cameron Highland.
Sewaktu
melalui jalan tersebut, kawalan kereta yang baik amat perlu terutama
ketika menuruni bukit dari Cameron Highlands. Kerana cerun yang agak
curam, mungkin mempengaruhi kawalan kereta. Jika tidak berhati-hati
ianya pasti mengundang padah.
Lebuh Raya Merapoh seringkali dikaitkan
dengan kemalangan bas express. Pada 23 November, 2003, 14 orang terbunuh
apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan bas yang lain di Km63,
Jalan Lipis – Merapoh berhampiran sempadan Pahang – Kelantan.
6. Lebuh Raya Pan Borneo
Lebuh Raya Pan Borneo antara Bintulu dan
Miri memang terkenal dengan kemalangan maut. Sudah banyak kemalangan
maut yang berlaku melibatkan bas ekspres yang telah mengorbankan banyak
nyawa.
Polis
telah mengklasifikasikan 35 blackspots di sepanjang lebuh raya
tersebut. Yang paling dahsyat adalah di Jalan Bintulu – Tanjung
Kidurong, di mana 23 orang telah terkorban sejak 2011.
Berhati-hati semua!!!! Ingat lah mereka
yang tersayang sewaktu memandu. Pastikan kereta berada dalam keadaan
yang baik sebelum memulakan perjalanan. Kesihatan diri juga perlu
dijaga. kalau mengantuk singgahlah dimana-mana untuk merehatkan mata ya.