5 Tandas Terbaik Dunia - Popular, Cantik Gah Dan Unik..!!!

Anda mesti berasa hairan kenapa tandas pun boleh menjadi sangat popular sehinggakan seluruh dunia mengetahui tentang tandas ini, adakah sebab kecantikannya? atau ramai pengunjung? ataupun sebab ada sejarah di sebaliknya? mari kita lihat apakah sebabnya.

1. Hundertwasser Public Toilets in New Zealand


Kamu mesti tidak pernah lihat bilik air yang berwarna warni, tandas ini menjadi perhatian ramai kerana tandas ini kelihatan cantik dan ada juga yang ingin tidur di sini. Ia dibina pada tahun 1997 oleh Freidensreich Hundertwasser. 

2. Urilift Pop-up Toilets in Europe


Tandas ini popular kerana kecantikannya yang unik. Tandas ini terletak di Cambridge Circus, the Rembrandtplein, and the Shaftesbury Square. Tandas ini bertemakan "Sikap Lelaki Yang Suka Kencing Berdiri". Lantainya diperbuat daripada mozek yang mana ia tidak akan licin dan membuat penggunanya sentiasa selesa apabila berada di sini.

3. Charmin Restroom in Times Square, NY


Ini adalah tandas Subway di New York City. Bertemakan Hari Pekerja New York.Terdapat 20 tandas seperti ini di setiap kabin. Setiap satu tandas ini dijaga oleh setiap seorang pekerja di sini.Tandas ini juga memiliki TV 17 inci di dalamnya.

4. JC Decaux Public Toilets in Paris


Paris bukan sahaja terkenal dengan romantiknya, bahkan ia juga terkenal dengan gaya dan fesyen bandar nya yang tersendiri.. Patrick Jouin telah mereka tandas ini. Ia merupakan tandas auto dimana ia akan membersihkannya sendiri. Tandas ini juga tidak berbayar, anda hanya perlu tarik pintu, masuk kunci dan buat seperti rumah anda sendiri selama 20 minit. 

5. Daimaru Department Store in Tokyo


Sudah tentu, Tokyo tidak akan ketinggalan dalam senarai tandas terbaik dunia, Jika kita berbicara tentang tandas bergaya yang dibina untuk Daimaru Department Store. Setiap tandas di pusat membeli-belah 13 tingkat ini "diselaraskan" supaya ia dapat menandingi suasana di luar mall yang gah.  

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post