7 Tips Menjaga Hati Pasangan..!!!


7 Tips Menjaga Hati Pasangan | Dalam perhubungan Kedua-dua belah pihak perlu tahu cara dan adab untuk menjaga hati pasangan supaya perhubungan anda akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Sekiranya tidak di jaga dari awal Sudah pasti perhubungan anda dan pasangan sekadar hubungan sementara.

1. Kenali Pasangan Anda
Anda perlu selidik dan mengenal pasti pasangan anda tentang perkara-perkara yang dia suka dan tidak suka. Yang paling penting, anda perlu tahu menggunakan kelebihan dan kelemahan pasangan anda itu sebagai panduan kepada diri anda untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.

2. Hubungan Keluarga Yang Baik
Jaga hubungan baik dengan ahli keluarga si dia jangan sampai menimbulkan masalah dan imej yang negatif. Jika ada masalah akan selesaikan secara kekeluargaan bersama pasangan anda.Pernikahan tidak hanya penyatuan seorang lelaki dengan perempuan, tetapi juga menyatukan kedua-dua keluarga.

3. Bertimbang Rasa Antara Satu Sama Lain
Disebabkan kedua-dua belah pihak kekurangan nilai-nilai murni inilah yg menyebabkan perkara-perkara seperti “awak2, saya rse, kita berdua ni x serasi lah!” atau “oppa, kita break up jer lah!”. Tentu anda semua tak mahu perkara seperti itu berlaku terhadap diri anda setelah banyak masa dan duit telah dilaburkan kpd pasangan anda. So, kita perlu lah sekali sekala mengalah dengan pasangan kita. Perselisihan faham merupakan perkara biasa yg akan sering kita tempuhi sepanjang kita bergelar sbg manusia.

4. Sentiasa Perihatin Terhadap Pasangan
Jika anda ingin mengasihi dan dikasihi pasangan anda, rajin-rajinkan lah diri anda untuk mengambil berat terhadap pasangan anda. Kebiasaannya, perkara yg kita perlu prihatin terhadap pasangan kita ialah kesihatan, makan & minum, perasaan serta apa yg difikirkan oleh mereka. Walaupun ia kelihatan seperti tidak bermakna, tetapi ia penting supaya pasangan kita tahu bahawa kita prihatin dan mengambil berat terhadap mereka.

5. Elakkan Topik Yang Sensitif Atau Tidak Menyenangkan
Semasa berborak, saya nasihatkan supaya anda mengelakkan topik-topik yg bleh menyinggung perasaan pasangan anda seperti perkara-perkara yg bleh membuat mereka rasa malu atau segan terutamanya di hadapan rakan-rakan atau khalayak ramai. Tentu anda pun tahu bahawa ‘maruah’ merupakan satu perkara yang penting bagi setiap individu. So, kita perlu lah menjaga maruah kita sendiri serta maruah pasangan kita. Tentu kita tidak mahu perspektif org lain terhadap pasangan kita terlalu ‘low profile’ atau perkara yg buruk. Saya yakin tentu anda semua ingin org lain terutamanya rakan-rakan anda beranggapan bahawa anda memiliki pasangan yg perfect. So, banyakkan memuji pasangan anda serta berborak mengenai topik yg lebih mengembirakan.

6. Jujur Dan Menjadi Diri Sendiri
Jadi sebagai diri sendiri dan tidak meniru adegan novel, filem, dan sebagainya. Tanpa berpura-pura menjadi seseorang yang sempurna, kita akan merasa tidak lepas tanpa beban dalam menjalani hubungan cinta anda.

Jangan membohongi kekasih anda dan katakan apa adanya sesuai dengan keadaan yang sesungguhnya. Sekali berbohong maka anda perlu berbohong lagi untuk menutupinya. Jika telah berkahwin nanti akan lebih indah jika saling jujur ​​tanpa ada dusta di antara anda dengan dia.

7. Lakukan Hal-Hal Yang Menyenangkan
Sesuatu yang membuat anda berdua senang tidaklah harus yang berharga mahal. Mungkin dengan belanja bersama ke pusat membeli-belah, jalan-jalan naik motor berdua atau duduk berdua di bangku taman yang percuma dapat menyenangkan kedua-dua belah pihak. Nikmatilah masa-masa pacaran anda yang indah agar tidak menyesal nantinya ketika berkahwin.

2 comments

Anonymous said...

Hey! I know this is sort of off-topic but I needed to ask.
Does running a well-established blog like yours require a massive amount
work? I'm brand new to blogging but I do write in my journal everyday. I'd like to start a blog
so I will be able to share my personal experience and thoughts online.

Please let me know if you have any ideas or tips for brand new aspiring bloggers.
Appreciate it!

my web page ... upe.gpszone.com.mx

Anonymous said...

Hi there friends, fastidious post and pleasant
arguments commented at this place, I am genuinely enjoying by
these.

My weblog - summer programs for teens

Powered by Blogger.