5 Tips Ceriakan Interior Rumah Kediaman..!!!

Setiap pemilik kediaman menginginkan kediamannya di hiasi dan dilatari dengan interior yang cantik dan ceria. Penataan interior yang ceria bukan sahaja menyenangkan mata yang memandang bahkan ia dapat juga menaikkan mood dan menceriakan penghuninya. Jadi disini kami kongsikan 5 tip bagi menata hias interior kediaman anda.



1. Gunakan aksesori

Aksesori seperti lukisan dan jam dinding bukan sahaja boleh diletakkan di ruang tamu dan bilik tidur, ia juga boleh digunakan pada ruang seperti bilik air dan dapur. Aksesori yang unik dan berwarna pasti memukau sesiapa sahaja.

2. Letakkan garisan belang
Ciptakan kelainan dengan menambah garisan belang pada warna dinding, tampak berbeza daripada satu warna tipikal. Gunakan kombinasi warna yang ceria dan yang penting, tampak sesuai.

3. Gunakan warna yang jarang diguna
Tampak unik dan berbeza dengan kombinasi warnawarna ceria yang jarang digunakan, seperti kuning pekat, merah jambu lembut dan hijau limau pada ruang sosial anda.

4. Ciptakan interior dengan warna primer
Banyak yang boleh dicipta pada interior anda dengan warna. Ciptakan mural pada dinding tumpu, scones yang berwarna dan karpet yang ceria pasti antara idea yang boleh diguna.

5. ‘Terangkan’ dapur anda

Lari daripada kebiasaan. Percikan warna-warna ceria dan cerah di dapur pasti membangkit selera anda dan keluarga. Gunakan warna merah dan kuning pada dinding yang berbeza, pasti cipta kelainan tersendiri.

No comments

Powered by Blogger.