10 Komik Anime Manga Jepun Terkenal Di Dunia

Komik ialah satu medium grafik dimana lukisan-lukisan disusun dalam petak. Petak-petak itu menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan juga mengandungi belon-belon yang berisi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah menjadi hidup. Cehh ayat pendahuluan tak tahan. Macam nak buat karangan je.

Komik jepun atau dikenali sebagai manga telah banyak mempengaruhi hidup sesetengah individu kaki komik termasuk aku. kat sini aku nak senaraikan komik-komik jepun pilihan hati aku (juga komik yang banyak buat aku habis duit).

1. Dragon Ball

Sekiranya anda pernah menjalani kehidupan kanak-kanak dan remaja yang normal sudah pastinya anda akan tune RTM2 (tv2) setiap hari sabtu pada pukul 9.30 pagi kerana pada waktu itu anime epik Dragon Ball akan terpapar di skrin tv anda.

Dragon Ball mengisahkan pengembaraan Son Goku (Suzikon dalam anime RTM2) anak kepada Super Saiyan Legenda, Bardock, yang dihantar ke bumi oleh bapanya kerana planet kediaman mereka iaitu planet Saiya pada masa itu bakal diletupkan oleh Frieza. Secara umumnya, Dragon Ball mengisahkan pengembaraanSon Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencariMutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya wahh semangat pula aku bercerita. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah Goku berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan. Karya oleh Akira Toriyama.

 

2. One Piece
Komik One Piece versi Malaysia dipanggil Budak Getah. One Piece berkisahkan mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece milik Gold D. Roger. 

Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah menyertai Luffy seperti seperti Roronoa Zoro (pemedang 3 bilah), Nami(Pengemudi), Usopp (Penembak tepat), Sanji (tukang masak), Nico Robin (Ahli Arkeologi), Tony Tony Chopper (doktor), Franky (pembaiki kapal) dan Brook (pemuzik), setiap daripada mereka memiliki keistimewaan tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.One Piece telah dicipta oleh Eiichiro Oda 

 
3. Naruto

Berkisarkan tentang watak utama yang bernama Uzumaki Naruto, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan tidak mendapat pengiktirafan oleh masyarakat sekitarnya. Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk mendapat pengiktirafan dan membuang tanggapan negatif masyarakat sekitar terhadap dirinya. Siri Naruto ini dicipta oleh Masashi Kishimoto.

 

4. Bleach 
Satu perkara yang bagus siri Bleach ini dapat mengekalkan komedi yang konsisten dan fesyen-fesyen karakter dalam siri Bleach ini mengikut peredaran zaman. Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, dan Kuchiki Rukia, seorang shinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut"). 

Bahagian awal kisah Bleach bertumpu khas buat watak-wataknya. Apabila kejadian demi kejadian berlalu, dunia disebalik alam dewa-dewa maut ini dibuka dan dijelaskan dengan lebih mendalam. Manga Bleach dicipta oleh Kubo Tite.



 
5. Eyeshield 21
PlotEyeshield 21 berkisahkan tentang seorang budak yang lemah bernamaSena Kobayakawa yang memasuki sekolah tinggi pilihannya, Deimon High School. Satu-satunya kelebihan yang ada pada Sena ialah sepasang kaki yang laju. 

kemampuan Sena dengan cepat menangkap mata kapten pasukan Bola Sepak Amerika sekolah tinggi yang bersifat syaitan, Yoichi Hiruma. Yang kemudiannya memaksa Sena untuk menyertai pasukannya iaitu Deimon Devil Bats sebagai Running back. Eyeshield 21 telah dicipta oleh Yusuke Murata. 

 
6. Death Note
Cerita ini berkisahkan tentang Light Yagami (Yagami Raito dalam edisi jepun), iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang pintar tetapi bosan dengan dunia yang dipenuhi jenayah. Kehidupannya berubah secara drastik setelah dia menjumpai sebuah buku nota misteri yang dikenali sebagai "Nota Maut" (Death Note), di atas tanah pada tahun 2003. Arahan di dalam Nota Maut mendakwa bahawa sesiapa yang namanya tertulis di dalam nota maut itu akan mati.

Pada mulanya Light tidak mempercayainya, tetapi setelah mengujinya dengan membunuh dua orang penjenayah, dia terpaksa mengakui kebenaran Nota Maut. Setelah bertemu dengan pemilik asalnya iaitu shinigami (dewa maut) bernamaRyuk, Light ingin menjadi "dewa dunia baru" dengan menghukum penjenayah. Death Note telah dicipta oleh Obata Takeshi (pelukis) dan Oba Tsugumi (penulis).

 


7. Yakitate!! Japan
 Manga ini merupakan satu medium bacaan yang celaka kerana disebabkan manga ini aku semakin mengilai roti. Ya manga ini bergenrekan roti. Manga ini semakin celaka jika dibaca pada bulan puasa. Seperti mangaDeath Note, aku mengikuti perkembangan manga ini melalui Komik Remaja Kreko kerana aku tidak jumpa buku berjilid untuk siri ini. Manga ini masih berterusan sehingga hari ini dan roti-roti yang dipamerkan dalam manga ini benar-benar mengikut realiti juga kebanyakkan roti-roti itu sudah pun berada dipasaran. Komedi yang diterapkan dalam manga ini juga setanding dengan komedi di dalam manga Eyeshield 21 kerana mampu membuat aku pecah perut. Yakitate!! Japan mengisahkan Azuma Kazuma yang bercita-cita untuk membuat roti kebangsaan Jepun iaitu Ja-pan (Roti Jepun). Dia bertolak ke Tokyo untuk mengasah bakatnya sebagai tukang roti di rangkaian kedai roti Pantasia, di samping gelagatnya bersama rakan sekerjanya. Yakitate!! Japan dicipta oleh Takashi Hashiguchi .


8. Full Metal Alchemist

 Full metal Alchemist berkisahkan tentang Edward dan Alphonse Elric, dua beradik yang tinggal di kampung Resembool di negara Amestris. Bapa mereka Hohenheim, seorang ahli alkimia berbakat, telah meninggalkan rumah sewaktu Edwardmasih kecil manakala Alphonse masih bayi. Setahun kemudian, ibu mereka, Trisha Elric, pula meninggal dunia akibat penyakit yang tidak boleh diubati. Setelah kehilangan ibu, adik-beradik Elric bercadang untuk cuba menghidupkan semula mendiang ibu mereka melalui alkimia. 

Mereka mengkaji alkimia dari seorang guru, Izumi lalu menggunakan buku-buku dan catatan yang ditinggalkan bapa mereka untuk mencipta semula bulatan penukaran manusia. Namun, cubaan itu gagal. Sebagai memenuhi Prinsip sama nilai, ia mengambil kaki kiri Edward serta seluruh badan Alphonse. Dalam cubaan menyelamatkan adiknya, Edwardmengorbankan lengan kanannya untuk menghidupkan roh adiknya dalam baju zirah. Selepas itu, Kaki kiri dan lengan kanan Edward diganti dengan dua set Automail, sejenis anggota badan prostetik yang canggih. Full Metal Alchemist dicipta oleh Hiromu Arakawa.


9. Fairy Tail
Manga ini berkisahkan pengembaraan Lucy Heartphillia, seorang tukang sihir kunci bintang yang ingin menerokai dunia magik bersama rakan baru yang dijumpainya iaitu Natsu Dragneel bersama Happy si kucing yang berkata-kata. Di atas tawaran Natsu, Lucy pun menyertai sebuah Guildyang digelar Fairy Tail. Fairy Tail dicipta oleh Hiro Mashima.


 

10. Kamen Rider Spirits
Mengisahkan tentang Kamen Rider ZX (sebutanya Kamen Rider Zee-Cross) yang keliru antara baik dan jahat. Siri ini bukan sahaja mencungkil kisah mengenai ZX, tetapi keseluruhan Kamen Rider era Showa seperti Kamen Rider 1, Kamen Rider 2, Kamen Rider V3, Riderman, Kamen Rider X, Kamen Rider Amazon, Kamen Rider Stronger, Skyriderdan Kamen Rider Super-1. Latar masa Kamen Rider Spirits adalah selepas tamatnya filem Kamen Rider Super-1 dan sebelum kehadiran Kamen Rider Black.

Kebanyakkan mak bapak marah apabila anak-anak mereka membaca majalah atau komik. Mereka menyifatkan komik sebagai membazir. Membazir wang, masa dan apa sahaja. Tetapi tahukah anda, komik atau manga ini boleh menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan? Kerana kebanyakkan manga menyelitkan nilai-nilai yang harus dicontohi di samping memberi kita hiburan.



Sekian, Mana satu paling korang minat?

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post