6 Model Telefon yang Meninggalkan Impak Besar Sehingga Kini...!!!

Teknologi yang begitu pesat dan canggih dalam telefon bimbit kadang-kala agak memeningkan untuk diikuti perkembangannya.Dengan pengenalan kamera 41 megapiksel Nokia Lumia 1020 kepada pengesan cap jari iPhone 5S,ternayata telefon bimbit bukan lagi hanya befungsi sebagai alat telekomunikasi,malah amat berguna dalam aspek kehidupan harian secara amnya.



Namun masih ingatkah kita lagi zaman apabila telefon bimbit merupakan satu bentuk ‘luxury’ dan bukan keperluan? Mari menjengah ke masa ‘lampau’ dalam satu senarai yang pasti mengimbau nostalgia.


1. Motorola DynaTAC 8000X 

Model paling vintaj dalam senarai ini, kerana DynaTAC merupakan telefon bimbit pertama yang dipasarkan secara komersial.Maka tidak hairanlah mengapa telefon ini dianggap sebagai pencetus kegilaan terhadap telefon mudah alih.


Saiz dan beratnya tidak mengizinkan telefon ini untuk disimpan di dalam kocek.Pengguna berupaya untuk bercakap selama hanya 30 minit,walaupun masa mengecasnya adalah 10 jam! Kos telefon bimbit ini pada waktu itu? $3,995.


2. Motorola StarTAC 

Motorola StarTAC ini boleh dikatakan lebih maju daripada masanya kerana merupakan model pertama yang mempunyai rekabentuk ‘clamshell’. StarTAC mendapat sambutan hangat daripada pengguna dengan 60 juta unit terjual.Telefon ini juga membolehkan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta bergetar apabila menerima notifikasi.


3. Nokia 3310 

Terjual lebih 126 juta unit seluruh dunia,3310 merupakan telefon mudah alih paling ikonik generasi ini: paparan monokrom, akses internet WAP dan salah satu permainan paling mendatangkan ketagihan,Snake II.


4. Motorola Razr 
Satu lagi model ikonik yang mempunyai salah satu daripada reka bentuk terbaik pada masanya.Dengan katupan logam yang menawan serta papan kekunci berluminasi anggun,MOTORazr merupakan simbol status kepada penggunanya.

Dipasarkan pada tahun 2004,model ini begitu tipis dan ringan.Walaupun harganya agak mahal pada masa itu,Razr tahan lasak dan mempunyai tempoh waranti yang panjang,menaikkan lagi popularitinya dalam kalangan peminat.


5. Nokia N95 

Dipasarkan pada tahun 2007,N95 merupakan telefon pintar pertama di dunia. Dengan papan kekunci dwifungsi,N95 juga mempunyai Wi-Fi, akselerometer,kamera berlensa Carl Zeiss dan penyimpanan data sebanyak 8GB;manjadikan teknologi yang dimuatkan didalam telefon ini merentasi zamannya.



6. Apple iPhone
Sejarah baru dalam dunia teknologi telah terlakar di saat Steve Jobs mengumumkan kemunculan iPhone kepada dunia.Tanpa teknologi skrin sentuh yang dipelopori iPhone,mungkin kita masih menggunakan stylus.Leceh. Dengan paparan 3.5 inci,akses penuh enjin pencarian Safari dan iTunes,iPhone mempunyai fungsi yang luas setanding dengan harganya yang agak mahal dan keluaran yang terhad ketika itu.

Adakah anda tergolong dalam salah satu zaman perkembangan telefon ini..?? hehe

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post