Keputusan Penuh Pemenang di Konsert Akhir Akademi Fantasia 10 AF2013...!!!!

Keputusan mengejutkan! Undian balas penonton di Konsert Final AF2013

Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013 berlangsung meriah dengan pentas yang besar, moden dan berkonsepkan 'Farewell'. Bermula dengan Azhael dan Nabila mendominasi peratus undian tetapi, keputusan akhir semasa pengumuman pemenang konsert akhir AF2013 dikira tidak dijangka dan mengejutkan.

Ulasan AF2013
Pengkritik paling lantang, Roslan Aziz meraikan peserta konsert akhir AF2013 dengan pantun demi pantun berbentuk pujian. Lagu-lagu dinyanyikan peserta akhir AF2013 semuanya lagu up-to-date dan lagu sendiri yang digemari peminat seperti Sesaat Untukku (Amira), Sepasang Sayap (Faizul), Katakan Saja (Nabila), Percayalah (Indah), Lebih Indah (Aisyah) & Hentian Terakhir (Azhael).

Faizul dipuji sebagai peserta AF2013 yang boleh bercerita walaupun bermula lemah diawal musim. Nabila diakui kuat dan tabah sebagai peserta AF2013 yang all-out dalam setiap persembahan walaupun dikritik hebat penonton.

Azhael berjanji untuk kekal sebagai duo. Aisyah masih lagi dikagumi mempunyai personaliti unik dan tersendiri. Pengacara pula? Zizan nampaknya masih lagi 'sahabat selamanya' apabila Johan muncul menyokong Zizan sebagai pengacara AF2013 (Zizan pernah dikritik tidak sesuai menjadi pengacara AF2013).

Akademi Fantasia 2013 masih lagi mengekalkan 100% undian penonton sebagai menentu pemenang pertandingan, termasuk pada konsert akhir AF2013 kali ini.
Persembahan pembukaan pula telah dibuka khas oleh duo pelajar yang telah diserap kembali ke dalam Akademi Fantasia iaitu Azhael, dengan lagu Penglipurlara.

Menariknya, konsert ini turut diserikan dengan gimik daripada Ady Putra semasa Aisyah mendendangkan lagu terbarunya, Mimpi.

Tidak cukup disitu, Johan selaku wakil daripada radio Era turut memeriahkan majlis dengan mempersembahkan lagu Sahabat secara solo di konsert tersebut.

Namun, apa yang pasti, Azhael telah memenangi anugerah terbaru iaitu AF Buzz, dimana dia dipilih berdasarkan daripada pengikut yang mengikuti perkembangannya melalui laman sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya.

Pada dasarnya, setiap individu pasti mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri.
 
Keputusan Rasmi AF2013
Juara AF2013
FAIZUL
Hadiah: Wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi.
Faizul Juara Akhir AF2013

Tempat Ke-2
AZHAEL
Hadiah: Wang tunai RM30,000 dan trofi.
Azhael Naib Juara Konsert Akhir AF2013

Tempat Ke-3
AMIRA
Hadiah: RM20,000 dan trofi.
Amira Tempat ke 3 Konsert Akhir AF2013

Tempat Ke-4
INDAH
Hadiah: Wang tunai RM10,000 dan trofi.
Indah ke 4 Konsert Akhir AF2013

Tempat Ke-5
NABILA
Hadiah: Wang tunai RM5,000 dan trofi.
Nabila ke 5 Konsert Akhir AF2013

Tempat Ke-6
AISYAH
Hadiah: Trofi.
Aisyah Ke 6 Konsert Akhir AF2013

Anugerah AFBuzz
AZHAEL
Bintang Akhir AF2013 yang mempunyai paling ramai peminat di Facebook, Twitter dan Instagram.
Hadiah: Gajet elektronik & majlis berjumpa peminat ditaja sepenuhnya bernilai RM50,000 dan trofi.


Betul kata Abang Roslan Aziz yang menyangkakan Faizul bakal membuat kejutan di pentas akhir AF10... Tup tup menobatkan Faizul sebagai juara edisi kali ini.

Keputusan rasmi undian para penonton...
1. Faizul – 23.8%
2. Azhael (duo) – 21.4%
3. Amira – 19%
4. Indah – 14.7%
5. Nabila – 11.2%
6. Aisyah – 9.7%


Bintang AF 2013 TOP 3.....
JUARA +Faizul Af2013 CONGRATZ
NAIB JUARA +Azhael Af2013 WOW..WOW
TEMPAT KETIGA +Amira AF2013 YEZZZ........ >3
PEMENANG AF BUZZ ADELAH=_=
#AZHAELAF2013 yahoooooo....
Akademi Fantasia 2013

Akan ada AF11 tak selepas ni..??? Sama-sama nantikan...

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post