11 Biodata Peserta Idola kecil Musim 5 (2012), Bintang Pasti Tercipta

Pencarian bakat baru bagi program realiti kanak-kanak Nombor Satu Negara, Idola Kecil musim kelima (IK5) kini telah sampai ke penghujungnya. Pada minggu lepas, iaitu 13 dan 14 Oktober bertempat di pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya telah bergema dengan suara-suara cilik peserta ujibakat IK5 menonjolkan bakat mereka.


Idola Kecil musim ke-5 pada tahun 2012 telah menampilkan 12 finalis Idola Kecil 5. 11 Peserta Idola Kecil 5 ini telah melalui sesi uji bakat di salah satu daripada empat lokasi. Selepas itu, 11 peserta ini dipilih daripada 30 peserta di Boot Camp, Tambun, Ipoh, Perak.

Sesi ujibakat di Alamanda kali ini adalah berbeza daripada lokasi lain kerana ianya diadakan secara terbuka. Para pengunjung terutamanya ibu, bapa dan keluarga dapat melihat bagaimana anak-anak mereka menjalani ujibakat tersebut serta mendengar komen-komen yang diberikan oleh tiga juri berpengalaman iaitu Cikgu Delly, Alfa Booty dan Fazli Zainal.


Untuk memeriahkan lagi suasana ujibakat ini, para pengunjung juga berpeluang bergambar dan berhibur dengan persembahan daripada juara IK3 Harris Alif, juara IK4 Sharifah Nurhafifa (Fifa) serta finalis IK4 iaitu Farisha Asmadi (Irish) dan Hairul Asri Alif Sofian (Hairul).

Adik-adik yang tidak berkesempatan untuk menyertainya di tiga negeri sebelum ini iaitu Pulau Pinang, Johor dan Terengganu, peluang masih lagi terbuka. Malahan kepada adik-adik yang masih tidak berpuas hati dengan prestasi di ujibakat sebelum ini juga berpeluang untuk mencubanya sekali lagi di sini. Manalah tahu, kali ini nasib menyebelahi adik-adik!

Senarai lagu-lagu ujibakat adalah seperti berikut:
Cari Jodoh – Wali Band
Carta Hati – Najwa Latif
Tanpa Mu – Amir Jauhari
Aku Skandal – Hujan
Lelaki Seperti Aku – Alif Satar
Patah Seribu – Shila Amzah

Peserta-peserta ujibakat diwajibkan untuk menyanyikan salah satu daripada senarai lagu di atas. Malahan, jika mereka ada lagu lain yang ingin dinyanyikan bolehlah membawa CD minus one untuk dinyanyikan di depan juri.

Idola Kecil musim ke-5 pada tahun 2012 telah menampilkan 12 finalis Idola Kecil 5. 11 Peserta Idola Kecil 5 ini telah melalui sesi uji bakat di salah satu daripada empat lokasi. 

Selepas itu, 11 peserta ini dipilih daripada 30 peserta di Boot Camp, Tambun, Ipoh, Perak.

Annur
Biodata Annur Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Skudai, Johor

Harapan:
Buat yang terbaik dan tidak mahu mengecewakan ibu dan bapa saya.

Idola:
Alyah dan Adele

Pencapaian:
Juara Bintang Kecil tempat ke-2 di Umall Pulai Utama, pelajar harapan 5A UPSR di Sekolah Kebangsaan Universiti (1), mendapat tempat ke-2 Acara Rejam Lembing Peringkat Sekolah.


Darling
Biodata Darling Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Kulim, Kedah

Harapan:
Saya ingin buat yang terbaik untuk menjadi juara Idola Kecil 5.

Idola:
Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Selena Gomez, Adele, Demi Lovato.

Pencapaian:
Pencapai terbesar saya ialah membuat persembahan di hadapan DYMM Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Saya juga boleh berbahasa cina.

Wana
Biodata Wana Idola Kecil 5

Umur: 12 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan

Harapan:
Saya ingin menjadi juara Idola Kecil 5 kerana itulah cita-cita saya.

Idola:
Liyana Jasmay, Dato’ Siti Nurhaliza, Selena Gomez.

Pencapaian:
Saya pernah menyertai pertandingan nasyid, bola jaring dan lompat tinggi.

Aina
Biodata Aina Idola Kecil 5

Umur: 11 tahun
Asal: Simpang Durian, Negeri Sembilan

Harapan:
Saya ingin menjadi Juara Idola Kecil 5 dan gunakan duit tersebut untuk masa depan dan membantu ibu bapa saya.

Idola:
Dato’ Siti Nurhaliza, Ziana Zain

Pencapaian:
Saya menjuarai Bintang Kecil 2011 dan menjadi naib juara pada tahun 2012 di Peringkat Zon. Saya mendapat 5A dalam peperiksaan akhir tahun dan mendapat tempat pertama dalam kelas.


Batrisyia
Biodata Batrisyia Idola Kecil 5

Umur: 12 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu

Harapan:
Saya ingin belajar teknik vokal yang betul dan ingin membanggakan keluarga.

Idola:
Dato’ Siti Nurhaliza.

Pencapaian:
Menyertai pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan di Sarawak tahun 2010. Persembahan terbaik 2010 untuk pertandingan Bintang Kecil dan pernah buat persembahan melalui konsert orkestra di Terengganu.

Ben
Biodata Ben Idola Kecil 5

Umur: 11 tahun
Asal: Johor Bahru

Harapan:
Saya ingin ke konsert Justin Bieber dan ingin menjadi juara Idola Kecil Musim ke-5. Jika saya menang, kemenangan itu adalah hadiah untuk ibu bapa saya.

Idola:
Justin Bieber, Bruno Mars, Zizan Razak dan Najwa Latif

Pencapaian:
Pernah membuat konsert bersama Dentyne-Terrar-Ok. Selain itu, saya juga menyertai sukan olah raga dan pernah mendapat pingat gangsa.
Farra
Biodata Farra Idola Kecil 5

Umur: 12 tahun
Asal: Labuan, Sabah

Harapan:
Ingin menjadi juara Idola Kecil musim ke-5 dan saya pasti masyarakat di Sabah akan bangga dengan saya.

Idola:
Shila Amzah

Pencapaian:
Pernah menyertai program realiti Tom Tom Bak, menjadi peserta Kem Muzik Kebangsaan pada tahun 2012, menjadi tokoh kehadiran Ko-Kurikulum PBSM, menjadi peserta Bintang Kecil Zon Sabah 2011 dan Bintang Remaja Zon Sabah 2012.
Haiqal
Biodata Haiqal Idola Kecil 5

Umur: 11 tahun
Asal: Sepang, Selangor

Harapan:
Memenangi hadiah yang bernilai RM15,000 supaya saya dapat membiayai ibu bapa saya untuk mengerjakan Umrah.

Idola:
Kumpulan Spider dan PSY

Pencapaian:
Juara Bintang Kecil Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2011 SKBBST, Saguhati Bintang Kecil RTM 2012.

Izwan
Biodata Izwan Idola Kecil 5

Umur: 12 tahun
Asal: Semenyih

Harapan:
Ingin menang dalam program Idola Kecil 5 kerana ingin membantu keluarga. Selain itu, saya ingin memiliki i-Phone.

Idola:
Tomok, Arwah Achik Spin, Justin Bieber

Pencapaian:
Pernah menyertai pertandingan nasyid di Peringkat Negeri, menyertai pertandingan kawad kaki Peringkat Zon dan mendapat tempat ke-3 semasa tahun 6 dalam acara bola baling di Peringkat Daerah.

Marsha
Biodata Marsha Idola Kecil 5

Umur: 12 tahun
Asal: Bera, Pahang

Harapan:
Ingin berjaya dan akan buat bersungguh-sungguh dalam rancangan ini.

Idola:
Shila Amzah, Selena Gomez.

Pencapaian:
Tempat ke-3 dalam pertandingan (IKTIRAF) Pelajar Terbaik.

Zul
Biodata Zul Idola Kecil 5

Umur: 11 tahun
Asal: Batu Caves

Harapan:
Saya ingin mendapat tempat pertama supaya saya dan keluarga dapat menunaikan haji bersama.

Idola:
Ziana Zain

Pencapaian:
Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian Karnival Wow Star Search tahun 2012 di Putrajaya. Pernah menyertai sukan bola tampar dan mendapat tempat yang kedua.



Pentas akhir Idola Kecil 5

Darling, Farra, Zul
Konsert akhir Idola Kecil 5 baru-baru ini telah menyaksikan Farra (Farranisha Shazwany binti Mohd Faizul) dinobatkan sebagai juara musim kelima. Lagu ‘listen (Beyonce) dan lagu baru ‘Anugerah’ yang dicipta sendiri oleh komposer Alfa Booty dan lirik oleh Tisha ini telah memberi tuah kepada Farra yang bersuara lantang dan lunak ini.
Darling (Wan Adlyn Massyah binti Mohammad Shah) pula telah berjaya meraih tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000. Lagu yang dibawakan oleh Darling iaitu Kau Yang Terindah (Alyah) dan lagu baru, Pelangi Dan Rembulan (hasil nukilan Alfa Booty dan Ad Samad) memberikan peluang baginya untuk menduduki tempat kedua.

Farra
Sementara itu, Zul (Muhammad Zulfeka bin Nasrul (Zul) yang telah menguasai persembahan yang cukup bertenaga di atas pentas berjaya mendapat tempat ketiga. Wang tunai RM5,000 menjadi milik Zul setelah berjaya membawa dua lagu dengan baik iaitu Aku Yang Tersakti (oleh Judika) dan lagu baru Inspirasi hasil nukilan Rumie dan Dhia.Saingan sengit turut diberikan oleh Ben (Muhammad Benladin bin Munshi) dan Tisyia (Nur Adlina Batrisya binti Zuraimi). Mereka juga telah memberikan persembahan terbaik di konsert akhir yang lalu, namun nasib tidak menyebelahi mereka. Walaupun usia mereka masih kecil iaitu antara 11 dan 12 tahun, namun kredibiliti, tanggungjawab dan komitmen yang mereka tunjukkan cukup membuatkan kami terharu dan bangga.
Juri jemputan seperti Erra Fazira dan Edry juga amat terpegun melihat kebolehan setiap peserta sehingga membuatkan Edry mengeluarkan kata ‘boleh tak kelima-lima ni menjadi juara!’. Alyah selaku juri tetap dan telah bersama mereka selama lapan minggu juga mengakui prestasi mereka semakin meningkat dan pastinya mereka boleh menjadi penyanyi profesional di masa akan datang.
Program realiti hiburan kanak-kanak Nombor satu Malaysia ini mempunyai penonton yang tersendiri. Ini dapat dibukti menerusi kualiti, prestasi dan persembahan para peserta yang dilihat meningkat dari  musim ke musim. Pada musim kelima ini, kekuatan vokal mereka amat terserlah dan sentiasa mendapat pujian daripada juri jemputan mingguan. Kualiti vokal mereka ini sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada juri.
Konsert akhir iIdola Kecil ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Najwa Latif, bintang-bintang Idola Kecil musim terdahulu seperti Harris (Idola Kecil 3) dan Hairul (Idola Kecil 4) dengan lagu “Untuk Dia”,Karmal feat DJ Fuzz dengan lagu “Parti Sampai Pagi” serta gabungan istimewa Fida, Jeff A to Z dan Stella dengan lagu top mereka iaitu “Apo Kono Eh Jang”.
Sepanjang dua bulan penglibatan mereka dalam menggapai gelaran juara Idola Kecil 5, mereka telah menjalani pelbagai jenis kelas vokal dan tarian bagi menggilap bakat yang sedia ada. Tiga tenaga pengajar yang telah memberikan semangat dan tunjuk-ajar kepada mereka terdiri daripada Cikgu Alfa Booty (pengarah muzik), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Boojae (tarian). Kepada yang tidak sempat untuk melihat konsert akhir ini, sila layari www.tonton.com.my. Idola Kecil 5 ini juga turut dihangatkan oleh Geng Radio IK5 iaitu Hot FM.

Kredit : Tv9

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post