6 Sifat Baik Hantu Yang Boleh Dijadikan Contoh..!!!

Kalau sebut pasal hantu pastinya semua dah disogokkan dengan benda yang menakutkan menyeramkan menaikkan bulu roma.. Tapi dalam pandangan sebegitu kita selongkar pula kisah lain disebalik cerita-cerita itu seperti kata pepatah yang baik jadi tauladan yang buruk jadikan sempadan...

Jadi jom kita selongkar 6 Sifat-sifat baik yang ada pada hantu...

1. Toyol  

Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri. Tak menyusahkan mak bapak.

2. Pontianak
Susah senang sentiasa ketawa dan ceria, ini menunjukkan keperibadian kuntilanak ini optimis dan sentiasa berfikiran positif. Pandai menyembunyikan kesengsaraan diri dan positif dengen sekeliling.

3. Pocong 
Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fasyen, sangat bersahaja. Sifat berjimat ini elok diamalkan pada zaman barangan naik sekarang ni.


Teruskan Pembacaan...

4. Hantu air 
Walaupun selalu duduk di lautan, tapi pakaiannya sentiasa lengkap dan sopan, dia tak pakai baju renang yg menggiurkan, ertinya dia selalu menjaga etika berpakaian dan kehormatan diri. 

5. Jerangkung
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain. Kalau masuk rumah hanya duduk dalam almari sahaja, tidak duduk di sofa lembut, satu sifat kesederhanaan yg tulus ikhlas.

6. Jebon
Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walaupun mukanya buruk, hancur, badannya berbau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat penyabar. Buktinya dia baca entry ini sampai habis... ;p

Happy Holiday! ;p

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post