10 Aplikasi Android Pelik Yang Tidak Sangka Boleh Wujud...!!!

Kecanggihan dunia telefon pintar telah merevolusikan cara kita berinteraksi bersama rakan-rakan dan orang tersayang. Pelbagai kemudahan telah dimuat dalam sebuah telefon yang membolehkan kita bekerja dan bersosial secara pantas dan mudah.

Seiring dengan kecanggihan telefon masa kini, aplikasi telefon pintar memudahkan segala aktiviti seharian. Namun, terdapat juga aplikasi pelik yang tidak dapat diterima akal.

 
Berkongsi sebuah entri yang digarap dari sebuah blog, kami bawakan kepada anda aplikasi-aplikasi yang terdapat di telefon pintar yang bagi kami ia memang cukup pelik dan adakalanya amat menjengkelkan!


1. Watching Cute Girl



Sebuah aplikasi dari Jepun. Pengguna memuat turun aplikasi ini dan “gadis” dalam aplikasi ini akan merenung anda dari skrin telefon. Pembuat aplikasi ini mencadangkan agar aplikasi ini diguna sebagai teman ketika anda makan berseorangan. “Gadis” ini berkebolehan untuk ketawa dan menawarkan pelukan. Bagi yang Forever Alone mungkin boleh cuba.


Teruskan Selongkar...

2. iNap @ Work



Aplikasi ini akan mengeluarkan bunyi untuk mengelirukan rakan sekerja atau pun bos anda supaya mereka fikir anda sedang rajin bekerja padahal anda sedang tidur dengan nyenyak. Antara bunyi itu termasuk menaip dan bunyi klik tetikus.


3. Break Up Notifier 
Anda suka seseorang secara diam tetapi malangnya orang yang anda suka sudah berpunya. Aplikasi ini akan mengimbas status orang yang anda suka itu setiap 10 minit dan akan memberitahu pengguna sekiranya crush anda itu kembali single. Berjaya menarik lebih 3.6 juta pengguna dalam masa 3 hari dan pernah diblock sementara oleh Facebook.


4. iVooDoo

Siapa sangka sihir pun sudah maju. Aplikasi iVooDoo membolehkan pengguna menggunakan ilmu sihir hitam kepada musuh mereka dengan cara memuat naik foto orang yang ingin disihir ke atas patung voodoo. Pin berwarna pula adalah untuk menyerang sama ada kesihatan, kejayaan atau kehidupan musuh pengguna.


5. Stalker

Aplikasi ini akan menghentikan bunyi kamera serta menyembunyikan skrin dengan skrin text palsu sementara pengguna boleh merakam foto atau video tanpa henti.

6. The Death App

Aplikasi ini akan mengesan lokasi anda dan memberitahu kematian yang berlaku di sekitar kawasan anda. Pengguna juga boleh memilih untuk mengetahui kematian akibat pembunuhan atau kemalangan jalan raya.


7. Amazing Girlfriend Manager

Aplikasi ini sesuai bagi mereka yang suka pasang 2-3 orang pakwe/makwe. Dicipta untuk lelaki yang sering pasang 2-3 orang awek sekaligus. Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengurus agar anda tidak tersalah orang. Pengguna juga boleh memasukkan maklumat seperti tarikh lahir, ulang tahun ataupun hadiah yang diberi serta pengguna boleh membuat rating pilihan mereka.


8. False Flesh

Pengguna boleh memuat naik gambar Facebook dan aplikasi ini akan menukarkan imej tersebut kepada imej yang agak 18SX. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk membesar bahagian tertentu atau menggunakan imej 18SX yang lain ke atas imej yang lain.


9. I Am Rich




Aplikasi ini berharga lebih kurang RM3000. Apa yang pengguna akan dapat hanyalah memuat turun sebuah batu permata yang tidak mempunyai apa-apa fungsi dan cuma akan berada di skrin hadapan telefon pengguna. Pihak Apple bagaimanapun menarik balik aplikasi ini setelah 8 pembelian dilakukan.


10. Baby Shaker


Pengguna yang memuat turun aplikasi atau permainan ini perlu menggongcang telefon mereka untuk menghentikan tangisan bayi. Permainan akan berakhir sekiranya tanda “X” merah menutupi wajah bayi berkenaan. Apple bagaimanapun menarik balik permainan ini dari Apple Store pada tahun 2009 setelah menerima aduan dari orang ramai.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post