15 Filem Hollywood Mesti Tonton 2015..!!!

Beberapa tahun belakangan ini, kita disajikan dengan filem-filem bertemakan superhero yang diadaptasi dari komik mahupun novel. Tahun 2015 ini juga tidak terkecuali dari tayangan filem-filem tersebut selain tayangan beberapa filem sekuel.

Jom kita selongkar antara beberapa filem yang menarik pada tahun ini.

1. Jupiter Ascending

http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html
Tarikh Tayangan: 5 Februari 2015
  • Filem sains fiksyen ini diarahkan oleh adik-beradik Wachowskis (trilogi The Matrix).
  • Tayangan asalnya ialah pada Jun 2014 tetapi telah ditangguhkan untuk memberi masa kepada proses pos-produksi.
Jupiter Jones, seorang gadis menjalani kehidupan yang bosan tanpa sesuatu yang boleh dibanggakan sehinggalah beliau bertemu dengan Caine Wise, seorang bekas askar yang datang ke bumi untuk melindunginya.


2. Kingsman: The Secret Service
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 12 Februari 2015
  • Merupakan adaptasi dari komik The Secret Service.
  • Mark Hamill (Star Wars) muncul di dalam naskhah komik sebagai dirinya sendiri manakala di dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Dr. James Arnold.
Mengisahkan seorang perisik veteran yang melatih seorang remaja jalanan sebagai anak didiknya dalam program latihan sebuah agensi perisikan.



Teruskan Selongkar...

3. Chappie
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 5 Mac 2015
  • Berdasarkan filem pendek Tetra Vaal, yang juga dihasilkan oleh pengarah Neill Blomkamp pada tahun 2004.
  • Skor filem ini dihasilkan oleh Hans Zimmer (Interstellar, The Dark Knight, Man of Steel).
Tentang Chappie, sebuah robot istimewa yang menjadi anak angkat kepada keluarga yang pelik. Seperti manusia, Chappie juga tidak terkecuali dari terpengaruh dengan suasana persekitaran.


4. Divergent Series: Insurgent
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 19 Mac 2015
  • Watak Edgar tidak wujud dalam novel asal, tetapi ia direka khusus untuk filem ini.
  • “The box” yang ditunjukkan dalam trailer filem ini juga tidak wujud dalam siri novel.
Dalam sekuel Divergent ini, Tris berdepan dengan ‘dirinya’ yang jahat disamping mencari punca perbalahan di antara Erudite dan Abnegation yang bakal membuatkannya dalam dilema.


5. Furious 7
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 2 April 2015
  • Diarahkan oleh pengarah kelahiran Sarawak, James Wan yang sebelum ini terkenal dengan filem-filem seram seperti Saw, Insidious, The Conjuring.
  • Selain CGI dalam beberapa adegan, body double yang menggantikan mendiang Paul Parker sebagai Brian ialah adik-adiknya sendiri iaitu Caleb dan Cody.
Dalam sekuel ini, Ian Shaw memburu Dominic dan rakan-rakan untuk membalas dendam atas kematian abangnya, Owen. Tanpa mereka sedari, Ian sebenarnya telah menewaskan salah seorang dari mereka.


6. Avengers: Age of Ultron
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 30 April 2015
  • Ketika di Salt-Lake Comic Con yang lalu, Stan Lee berkongsi yang cameo beliau di dalam filem ini adalah yang paling diminatinya. Hm…
  • Dalam siri komik, Ultron dicipta oleh Dr. Hank Pym (Ant-Man) manakala dalam filem ini, Ultron merupakan sebuah projek Tony Stark.
Setelah S.H.I.E.L.D. lumpuh, Tony Stark memulakan program Ultron, untuk menjaga keamanan yang kemudiannya menjadi senjata makan tuan sehingga bantuan Avengers diperlukan untuk menentang Ultron.


7. Mad Max: Fury Road
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 14 Mei 2015
  • Merupakan filem ke-4 dalam francais Mad Max, setelah filem ke-3 ditayangkan pada Julai 1985.
  • Filem terakhir George Miller sebagai pengarah sebelum pembikinan filem ini ialah sebuah animasi 3D ‘Happy Feet Two’.
Setelah kematian keluarganya, Max membawa diri ke Wasteland sehingga bertemu dengan kumpulan pemberontak yang diketuai Furiosa. Mereka kemudiannya diburu oleh pengawal Warlord yang ganas.


8. Tomorrowland
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 28 Mei 2015
  • Brad Bird telah menolak secara baik peranan sebagai pengarah Star Wars: The Force Awakens kerana lebih berminat untuk mengarah filem ini.
  • Tomorrowland juga merupakan nama salah satu permainan tema yang terdapat di dalam Disneyland.
Frank dan Casey menjelajah ke sebuah ‘dunia’ yang dikenali sebagai Tomorrowland untuk mengetahui rahsia disebaliknya dan segala apa yang mereka lakukan di sana akan mengubah kehidupan mereka di dunia sebenar.


9. Jurassic World
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 11 Jun 2015
  • Tajuk asal filem ini ialah “Jurassic Park: Extinction”.
  • BD Wong merupakan satu-satunya pelakon yang dikekalkan dari filem yang asal, Jurassic Park (1993).
Selepas jumlah pengunjung semakin berkurangan, saintis Jurassic World diarah untuk mencipta dinosaur yang diubah genetiknya untuk menarik kehadiran pengunjung namun ia tidak menjadi seperti yang dirancang.


10. Minions
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 18 Jun 2015
  • Selain mengarah, Pierre Coffin juga menyumbangkan suaranya untuk kesemua watak minion dalam filem ini.
  • Dalam trailer ini, seekor minion telah menyebut “C’est la Banana, Miam Miam!”. Ia sebenarnya bahasa Perancis yang bermaksud “Ini adalah pisang, sedap!”.
Minion kembali lagi! Setelah bertahun-tahun tidak bertuan, Stuart, Kevin dan Bob kemudiannya menjelajah ke New York dan London sebelum direkrut oleh Scarlet dan suaminya, Herb.


11. Ant-Man
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 16 Julai 2015
  • Ini merupakan filem penutup kepada Fasa Kedua Marvel Cinematic Universe. Fasa Ketiga akan bermula dengan filem Captain America: Civil War (2016).
  • Sebenarnya Stan Lee telah mencadangkan filem Ant-Man ketika lewat 1980-an. Namun idea tersebut ditangguhkan oleh studio filem kerana tidak mahu ia dibayangi oleh filem Honey, I Shrunk the Kids (1989).
Scott Lang membantu mentornya, Dr. Hank Pym yang membangunkan teknologi Ant-Man yang membolehkan manusia mengecil dan dalam masa yang sama, kekuatannya bertambah.


12. Teminator: Genisys
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 2 Julai 2015
  • Lakonan Arnold Schwarzenegger yang pertama sebagai The Terminator sejak filem Terminator 3. Watak Arnold dalam Terminator Salvation merupakan hasil kerja CGI.
  • Arnold memegang watak sebagai T-101 yang beruban dalam filem ini. (ya, robot pun terpaksa menerima hakikat ini)
Tentang John Connor yang menghantar Kyle Reese ke masa lalu untuk menyelamatkan ibunya tetapi Kyle mendapati apa yang berlaku tidak sama seperti apa yang mereka tahu di masa depan.


13. Pan
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 16 Julai 2015
  • Filem ini dianggap sebagai prekuel kepada filem-filem Peter Pan.
  • Ada sedikit kontroversi mengenai filem ini kerana menggunakan pelakon berketurunan Caucasian untuk watak Tiger Lily. Dalam naskhah asal, Tiger Lily berketurunan red indian.
Tentang seorang anak yatim yang dibawa ke Neverland sebelum dia dikenali sebagai Peter Pan, untuk selama-lamanya.


14. Spectre
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 5 November 2015
  • Kereta Aston Martin DB10 sememangnya direka khusus untuk filem ini dan ianya terhad kepada sepuluh buah sahaja.
  • Penggambaran filem ini dilakukan dalam format filem 35mm, berbanding digital seperti filem sebelumnya, Skyfall.
Sebuah mesej kriptik dari masa lalu membuatkan Bond cuba merungkaikan misteri berkaitan organisasi SPECTRE dan dalam masa yang sama, masa depan agensi M16 juga terumbang-ambing.


15. Star Wars: Episode VII – The Force Awakens
http://selongkar10.blogspot.com/2015/01/15-filem-hollywood-mesti-tonton-2015.html

Tarikh Tayangan: 18 Disember 2015
  • Kebanyakan shot diambil di lokasi sebenar dan model miniatur digunakan berbanding penggunaan green-screen atau CGI supaya hasilnya mirip kepada trilogi yang asal.
  • Filem pertama J.J. Abrams yang tidak menggunakan khidmat Michael Giacchino. Menurut Giacchino, beliau mahu mendengar hasil kerja John Williams dalam filem ini berbanding hasil kerjanya sendiri.
Merupakan sambungan hikayat perang galaksi ciptaan George Lucas, latar masanya ialah tiga puluh tahun selepas ‘Episode VI – Return of the Jedi’.

Fuh, banyak juga. Ada lagi tak filem-filem menarik tahun ini yang anda tahu?

p/s: Tarikh tayangan di Malaysia, tertakluk kepada perubahan.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post