5 Jenis Seluar Dalam Lelaki Dan Personaliti Si Pemakainya..!!!


Apakah perkara yang menjadi faktor utama anda ketika memilih seluar dalam? Sesetengah lelaki amat mementingkan aspek keselesaan, ada juga yang menjadikan faktor fesyen dan praktikaliti sebagai kayu pengukur. Apa pun sebab anda memilih sesuatu stail, terselit juga sedikit refleksi personaliti anda.


Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana satu?

1. BRIEFS


Seluar dalam jenis kecil yang agak ketat, mempunyai potongan yang boyish dan biasanya dipakai semasa zaman kanak-kanak.

Anda mungkin: seorang yang praktikal, namun belum bersedia untuk menjadi dewasa. Pendek kata, anda seorang yang tidak berapa matang.

Teruskan Selongkar...


2. BOXER


Seluar dalam jenis boxer mempunyai variasi warna dan corak, selain menjadi pilihan lelaki kerana potongan yang longgar dan selesa.

Anda mungkin: seorang yang relaks dan easy-going, lelaki yang tradisional dan tidak ambil pusing sangat dengan trend fesyen terkini.

3. BOXER BRIEFS
Seluar dalam petak seperti boxer, namun dengan struktur seakan briefs sesuai untuk jejaka yang menggayakan seluar slim fit atau ketika workout di gym.

Anda mungkin: seorang yang fleksibel, seksi dan yakin diri. Anda mementingkan aspek kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan, tetapi tidak mengabaikan keterampilan di khalayak.

4. THONGS/BIKINI BRIEFS

Jenis seluar dalam lelaki dengan potongan yang 'seksi'.

Anda mungkin: seorang lelaki metroseksual yang amat mengambil berat akan penampilan diri, bersifatoutgoing dan mungkin juga gemarkan perhatian.

5. GOING COMMANDO

Tidak memakai seluar dalam.

Anda mungkin: seorang individu yang mempunyai paradigma yang liberal, tidak suka dikongkong dan memperjuangkan prinsip kebebasan. Mungkin juga anda cuma kehabisan stok seluar dalam kerana tidak dibasuh!

Kredit : Maskulin

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post