Breaking News
recent

10 Aksi-Aksi Selfie Berbahaya Yang Pernah Viral Seluruh Dunia...!!!

Semenjak bertambahnya media sosial di internet yang membolehkan kita berkongsi gambar, semakin banyak gambar-gambar yang luar biasa diambil. Selfie-selfie yang biasa tidak lagi mendapat perhatian atau "like" yang banyak. Selfie-selfie yang bahaya dan tidak semua orang boleh melakukannya pasti akan mendapat perhatian.

Gambar-gambar yang kami senaraikan ini merupakan antara selfie yang paling ekstrem dan bukan semua orang boleh melakukannya. Anda juga dinasihatkan untuk tidak meniru aksi-aksi dalam gambar ini

1. Selfie sambil dikejar lembu




Mengambil bahagian dalam acara tahunan Bull Run di Baytown, Texas mungkin tidak cukup mencabar bagi lelaki yang bernama Christian ini. Beliau mengambil selfie semasa dikejar lembu dan dalam sekelip mata gambarnya mendapat perhatian di internet.

2. Selfie berhampiran angin puting beliung



Angin puting beliung mampu menerbangkan kereta dan rumah jadi apa yang dilakukan lelaki Australia ini memang betul-betul berani dan ekstrem.

Teruskan Selongkar...

3. Selfie di atas Christ the Redeemer



Selfie di bangunan-bangunan tinggi memang sudah menjadi trend tetapi selfie di atas patung yang tinggi ini memang luar biasa kerana bukan semua orang boleh memanjatnya.


4. Selfie di angkasa




Selfie yang di luar dari dunia ini oleh Mike Hopkins pada tahun 2013. Sudah pasti orang biasa seperti kita tidak dapat melakukannya.


5. Selfie di kawah gunung berapi




George Kourounis sanggup pergi berhampiran kawah gunung berapi yang aktif di Vanuatu semata-mata untuk selfie. Memang berbaloi.

6. Selfie sambil terjun dari tebing




Melompat dari tebing merupakan satu perbuatan yang amat bahaya dan lebih bahaya lagi apabila melompat sambil selfie.


7. Selfie di atas bangunan tinggi di Hong Kong




Selfie paling ekstrem yang banyak dilakukan ialah selfie di atas bangunan tinggi. Bagaimanapun, tidak semua sanggup melakukan apa yang Daniel Lau buat iaitu selfie di puncak bangunan yang tertinggi di Hong Kong iaitu pada ketinggian 1,135 kaki.

8. Selfie di atas titi air terjun




Mengimbangkan diri di atas air terjun kemudian mengambil selfie menggunakan GoPro. Inilah yang dilakukan lelaki ini di air terjun Beaver di Arizona

9. Selfie ketika terjun dari belon udara panas




Selfie ketika terjunan udara mungkin sudah biasa. Apa yang lelaki ini lakukan ialah selfie ketika terjun dari belon udara panas dengan memakai kostum beruang. Memang luar biasa.

10. Selfie di atas pesawat F-16




Semasa melakukan aksi aerobatik menggunakan pesawat F-16 di Cyprus, salah seorang pilotnya mengambil selfie yang ekstrem ini.

No comments:

========================================================================================== ✔ Selongkar10 ~ Pelbagai Info Menarik Dalam Bentuk Angka =================================================================================
Selongkar10. Powered by Blogger.