4 Cara Terbaik Untuk Ambil Gambar Supermoon Menggunakan Smartphone..!!!

Malam ini 14 November 2016 akan berlakunya Supermoon iaitu kejadian bulan yang paling hampir dengan bumi selepas hampir 70 tahun. Pastinya ramai yang akan mengambil peluang untuk mengambil gambar paling cantik dan kreatif sekali. Bagaimanapun, tak semua orang mempunyai kamera yang power dan lens yang panjang.



Jangan risau sebab kami nak share tips macam mana cara yang betul nak ambil gambar Supermoon hanya menggunakan kamera smartphone!

1. Cari sudut pandangan
Paling penting untuk anda tahu di mana lokasi yang paling strategik untuk anda mengambil gambar. Menurut photographer National Geographic, lebih elok mengambil gambar supermoon dengan ada objek lain seperti bangunan atau pokok. Jadi bulan akan nampak lebih besar daripada mengambil gambar bulan sahaja.

Teruskan Selongkar...

2. Guna apps yang sesuai

Banyak apps yang membolehkan kita mengambil gambar terus daripada apps tersebut. Cadangan kami cuba download app Adobe Lightroom secara percuma dan try godek sebelum mula ambil gambar malam ni. Pastikan pilih gambar RAW okay? Kemudian akan ada dua pilihan iaitu DNG atau PNG. Pilih DNG kerana apabila mengambil gambar guna format ini kualiti gambar lebih baik.

3. Teknik fokus

Apabila ambil gambar guna kamera smartphone pastikan anda fokus dulu bulan tersebut dan edit brightness sebelum tekan.

4. Guna tripod

Letakkan smartphone anda menggunakan tripod supaya gambarnya lebih stabil. Tapi kalau tak ada tripod jangan risau boleh letakkan phone anda di tempat yang stabil dan gunakan timer untuk capture supermoon tu.

Tapi apa yang paling penting, pastikan anda menikmati kejadian supermoon ni okay sebab mungkin ianya sekali seumur hidup!




Kredit : Aimi Nordin Sumber: Mashable & National Geographic

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post