12 Senarai Protege Mentor Milenia (2016) Tunjuk Ajarku Sifu Kembali

ELEPAS tujuh musim, Mentor kembali dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.



Fokus kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya.  



Lebih daripada seribu peserta telah hadir ketika berlangsungnya sesi uji bakat pada 13 Disember (Hazama), 19 Disember (Azlan), 20 Disember (Akim) dan 26 Disember (Black).

Mentor Akim 
Mempunyai karektor suara tersendiri Penampilan yang baik 

Muhammad Afeeq Farhan bin Zulkifli (HAN),
20 tahun, Kedah

Nur Saheeba binti Raja Iftikhar Ahmed Khan (EBBA)
20 tahun, Kuala Lumpur

Yusmeerunafishah binti Yusoff (MEEN)
20 tahun, Johor


Mentor Azlan 
Vokal yang mantap Kesungguhan yang tinggi Mental dan fizikal yang kuat 


Sharifah Nurilmuhayati Binti Syed Hussain (NURI)
17 tahun, Kuala Lumpur

Nur Izzati Binti Mohd Rashid (ZETTY)
21 tahun, Pahang

Siti Wan Ainnur Binti Mohd Redzuan (AIN)
17 tahun, Kuala Lumpur

Mentor Hazama 
Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil 


Muhammad Fareez Hazwan (FAREEZ)
18 tahun, Selangor

Nurul Amira Bt Mat Nasir (MYA)
20 Tahun, Pahang

Iqbal Bin Jaafar (EBAL)
20 tahun, Negeri Sembilan

Mentor Black 
Tak kacak asal bergaya
Suara pertama, muka nombor dua
Sentiasa bersedia dalam semua segi terutama lagu 

Nurul Syazwanie Binti Mohd Basri (WANIE)
21 tahun, Selangor

Rossaidi Bin Abdul Rani (QODY)
21 tahun, Kedah

Ridzuan Haqiem Bin Rusli (HAQ)
17 tahun, Selangor

Mentor Milenia bakal disiarkan pada 3 Januari 2016, setiap hari Ahad pukul 9.00 malam sebanyak sembilan episod dan dikendalikan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara.


 
Mentor Milenia yang dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama menampilkan vokalis Search, Amy Search, komposer Ajai dan Azmeer selaku juri profesional jemputan.


Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi iaitu Fareez,18, diumumkan sebagai juara program realiti Mentor Milenia yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, Ahad.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan bersama mentornya, Hazama membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM100,000.


Tempat kedua dimenangi protoge Black iaitu Qody yang membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi. 

Manakala tempat ketiga disandang oleh Wanie yang juga protoge kepada Black menerima wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan dua lagu secara solo serta berduet dengan mentor masing-masing.
Kredit : TV3 Malaysia

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post