8 Senarai Protege Mentor Milenia 2017 Bersama Mentor Yang Terpilih

Program realiti Mentor Milenia bakal kembali mencari dan mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.  


Mentor Milenia musim baharu ini masih lagi mengekalkan format yang sama dengan menampilkan empat orang mentor iaitu Black, Hazama, Akim dan terbaharu Tomok. Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang.


https://selongkar10.blogspot.my/2017/02/8-senarai-protege-mentor-milenia-2017.html


Tiga bakal protege kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari (Akim & Hazama) dan 19 Februari (Black & Tomok) untuk merebut gelaran protégé. Hanya dua orang protégé akan dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017. 

 https://selongkar10.blogspot.my/2017/02/8-senarai-protege-mentor-milenia-2017.html

Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh. Menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu.
  
Teruskan Selongkar...


SENARAI PROTEGE

MENTOR : TOMOK
https://selongkar10.blogspot.my/2017/02/8-senarai-protege-mentor-milenia-2017.html
PROTEGE TOMOK
ALONG - Mohamad Rozaimi Rosli (20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)
QALISYA - Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)
ADAM MALEK - Adam Malek Shamsuddin (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

MENTOR : BLACK

PROTEGE BLACK
AFIF - Mohamad Afif Ikmayahya (20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)
NUZUL - Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)
SYAHEERA - Nur Syaheera Abd Aziz (19 tahun, Shah Alam, Selangor)

MENTOR : AKIM
https://selongkar10.blogspot.my/2017/02/8-senarai-protege-mentor-milenia-2017.html
PROTEGE AKIM
ANNA - Noor Jannah Abu Hanipah (18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
ELICA - Angelica Paujin (17 tahun, Tambunan, Sabah)
FARHAN - Mohd Farhan Mohd Mustapha (20 tahun, Kuantan, Pahang)

MENTOR : HAZAMA
https://selongkar10.blogspot.my/2017/02/8-senarai-protege-mentor-milenia-2017.html 
PROTEGE  HAZAMA
USOP (SAIFUL) - Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (20 tahun, Lunas, Kedah)
SERRA - Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
BALQIS - Nor Balqis Ahmad Tajudin (18 tahun. Kemaman, Terengganu) 

Pengacara Mentor Milenia 2017
- Issey Fazlisham
- Marsha Milan Londoh

Waktu Siaran Mentor Milenia 2017
Konsert - Setiap Ahad, 9 Malam (TV3)
Konsert (Ulangan) - Setiap Jumaat, 9.30 Pagi (TV3)
Jurnal Mentor Milenia - Setiap Ahad, 6.02 Petang (TV3)

Sistem Pemarkahan Mentor Milenia 2017
50% dari Juri Tetap
30% dari Undian dilaman rasmi Mentor Milenia 2017
20% dari Juri Awam di Studio

Juri Mentor Milenia 2017
- Datuk Hattan
- Juri Jemputan Setiap Minggu



Grand Finale
Angelica Paujin (Elica) dari Sabah dan merupakan protege kepada Akim telah dinobatkan sebagai juara Mentor Milenia 2017, sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan telefon bimbit, berserta pakej percutian ke London.


Elica berjaya menewaskan tiga protégé lain, dimana naib juara disandang oleh protégé Hazama iaitu Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Usop), dan tempat ketiga disandang Mohamad Rozaimi Rosli (Along), protégé kepada Tomok. Mereka masing-masing telah memenangi RM50,000 dan RM20,000 berserta sebuah trofi.

Tempat keempat pula jatuh kepada Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera), protégé kepada mentor Black yang memenangi wang tunai berjumlah RM10,000. Selain sebagai juara, Elica turut memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 setelah dipilih sepagai “Protégé Pilihan Terbaik Neffos”.

Tahniah kepada para pemenang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web  

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post