12 Senarai Protege Mentor 7 (2018) Tunjuk Ajarku Sifu Kembali

Program realiti yang mencungkil bakat nyanyian masyarakat tempatan kini kembali dengan konsep baharu. Menampilkan Aizat Amdan, Datuk Syafinaz Selamat, Siti Nordiana, dan Hafiz Suip sebagai mentor dalam Mentor 7.

12 bakal protege telah dipilih bagi menyertai Mentor 7 sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung September lalu.

 
Mentor bersama Protege

Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada Ogos, diikuti Datuk Syafinaz pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada minggu seterusnya dan terakhir, Siti Nordiana.
 

Mentor 7 akan diterajui oleh dua nama hebat dalam bidang pengacaraan, Nana Mahazan dan Shuk Sahar diiringi Sarancak di belakang tabir. Ketiga-tiga susuk berkaliber ini akan memastikan perjalanan konsert saban minggu lancar dan menghiburkan.  

Datuk Syafinaz



Ranisha
18, Labuan

Lazarul
28, Kuala Lumpur

 Aznona
23, Sabah

Aizat Amdan



Megat
25, Sabah


Pasya
24, Selangor


Fariz
26, Sarawak


Hafiz Suip



Azmirul Azman
24, Negeri Sembilan


Amal Faudzi
21, Sabah


Nadia
24, Sabah


Siti Nordiana




Taufiq Rodzi
24, Kedah


Zaaim
28, Kedah

 

Syamimi
18, Selangor


Tidak lengkap program realiti nyanyian tanpa kehadiran juri. Tiada yang lebih layak untuk menghakimi persembahan para protégé selain Datuk Wah Idris, komposer tersohor Malaysia. Berkelulusan Berkeley College of Music, Boston, Datuk Wah Idris berkesempatan meluangkan masa beliau setiap minggu untuk bersama para mentor dan protégé dalam perjalanan mereka mempelajari selok belok bidang nyanyian professional.

Selain Datuk Wah Idris, terdapat seorang lagi juri yang akan berganding bahu namun ianya masih rahsia.

Pemarkahan adalah berdasarkan penjurian oleh juri tetap (50%), undian atas talian di laman web www.xtra.com.my (30%) dan juri awam (20%).


Mula bersiaran pada Ahad ini, 28 Oktober 2018 selama dua jam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam, Mentor 7 pastinya menggegarkan industri hiburan tanah air dengan aura yang dibawa oleh pendatang-pendatang baharu ini. 

Malam Konsert Akhir Mentor 7 (Grand Finale)
Hanya 4 peserta yang bertanding di pentas akhir mentor 7 dan telah menobatkan


Pemenang Utama

Para pemenang Mentor 7 


Juara
Zaaim Abdullah, 28 atau Zaaim (Protege Siti Nurdiana)
Hadiah wang tunai RM80,000 dan sebuah kereta bernilai RM70,000.
Dua persembahan menerusi lagu duet, Gemuruh bersama Lan Solo dan Bukan Rayuan Gombal nyanyian asal Judika

Tempat Kedua 
Faizul Ashraf Fauzi, 24, atau Pasya (Protege Aizat Amdan)
Membawakan dua buah lagu Bohemian Rhapsody bersama Jaclyn Victor & lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha Omar untuk persembahan solo
Bawa Pulang Wang Tunai RM40,000

Tempat Ketiga
Muhammad Azmirul Hafiz Azman, 24, yang memilih lagu Bagaikan Sakti, berduet dengan Ernie Zakri dan Laksamana Raja Di Laut. Protege kepada Hafiz Suip itu menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Tempat Keempat
Farranisha Shazwany Mohd Faizul, 18, atau Ranisha tidak pulang dengan tangan kosong. Protege kepada Datuk Syafinaz Selamat itu meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post