10 Senarai Protege Mentor Milenia 2019, Generasi Milenia Terus Digilap

Program realiti Mentor Milenia 2019 kembali mencungkil bakat nyanyian. Pelbagai kelainan diperkenalkan pada musim ini antaranya dengan menampilkan Stacy & Ernie Zakri sebagai mentor dalam mengekalkan Black, Hazama & Akim.



Mentor Milenia 2019 juga memperlihatkan konsep dan format baharu dimana 20 peserta yang terpilih akan melalui sesi ujibakat dan berentap bagi menentukan 10 finalis protege yang terpilih sebagai bagi para mentor.
Daripada 20 peserta yang dipilih, 10 finalis protege telah terpilih, mereka adalah

Mentor Akim


Ryan Que


Sharee Lopes


Mentor Hazama


Arayn Malek


Apex Tajudin




Mentor Stacy

Remy Manaf


Rika Riana



Mentor Black


Aedy Kama


Bulan

 

Mentor Ernie Zakri


Daus Husny


Yazrul Arrep



Ujibakat 
Telah berlangsung di
3 &4 Ogos di Kota Kinabalu, Sabah
24 & 25 Ogos, 7 & 8 September di Shah Alam Selangor 

Sistem Pemarkahan
Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagikan kepada dua iaitu markah 60% dari pihak juri dan 40% dari undian awam.

Juri
Juri professional pada musim ini ialah Altimet & Datuk Syafinaz

Host
Shuk Sahar & Elly Mazlein

Waktu Siaran
Bakal menemui penonton bermula 6 Oktober Setiap Ahad Jam 9.00 malam Menerusi TV3

Hadiah
Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100,000 beserta trofi  


FINALE
Hanya 4 protege yang layak ke peringkat akhir. Malam akhir Mentor Milenia 2019 menyaksikan Apex Tajudin atau Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin, 23, menyampaikan dua buah lagu iaitu Merisik Khabar nyanyian asal Sudirman Hj Arshad dan duet bersama Hazama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu serta Langit dan Bumi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan peserta dari Terengganu itu bersama mentornya, Hazama menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan sebuah motor Benneili RFS 150i beserta trofi.



Apex menewaskan tiga finalis lain yang tidak kurang hebat iaitu Aedy Kama yang juga protege kepada Black, Daus Husny (Ernie Zakri) dan Rika Riana (Stacy).



Daus Husny memenangi tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 besertq trofi 



Tempat ketiga milik Aedy Kama dengan hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Manakala, Rika Riana di tempat keempat turut menerima wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi.

Persembahan empat peserta dinilai oleh juri tetap Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet, selain Faizal Tahir sebagai juri jemputan. Juri profesional mewakili 60 peratus daripada markah keseluruhan, manakala 40 peratus lagi daripada undian juri awam.

Malam kemuncak Mentor Milenia 2019 yang disiarkan secara langsung di TV3 itu dihoskan oleh Shuk Sahar dan Elly Mazlein. 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post