6 Mentor & Protege Berentap Dalam Mentor Musim ke 6 (2012)

Rancangan Realiti tv yang mengetengahkan bakat nyanyian, Mentor kini sudahpun memasuki musim ke 6 dan seperti biasa, menampilkan Mentor-mentor baru yang menggarap tugas mendidik protoge masing-masing.


Antara Selebriti yang menggalas tugas tersebut adalah Ella, Faizal Tahir, Kak Ogi, Ferhad, Adam dan Kak Melah dan siapa pula protoge pilihan mereka.. Mari kita selongkar..!!!

Ella
Ratu Rock Malaysia, Ella sudah bertapak dalam industri muzik tanah air lebih daripada 25 tahun. Lagu-lagu hit beliau masih menjadi santapan telinga peminat sehingga ke hari ini. Ella pernah menjelajah dan menyanyi di Jepun, Indonesia, Singapore dan pernah bekerjasama dengan ahli muzik ternama peringkat antarabangsa seperti Kyoji Yamamoto, Slash (GnR), Richard Marx, Micheal Learns To Rock dan ramai lagi. Ella juga pernah mengacara MTV Asian Awards pada 2003.


Caroline
Puteri Caroline. Berumur 20 Tahun. 
Dilahirkan pada 29 Mei 1992. 
Berasal dari negeri Kelantan. 

Saya suka bermain gitar di waktu lapang dan membaca. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang dihormati masyarakat. Dengan itu, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya, disamping dapat memperbaiki kelemahan diri. Saya juga berharap untuk menambah pengalaman dan ilmu di dalam program Mentor ini.
“Saya rasa sangat gembira dan seronok apabila dipilih oleh Kak Ella. Masa dia telefon saya, saya memang tak percaya yang saya terpilih. Bagi saya, Mentor merupakan platform yang bagus untuk saya mengetengahkan bakat yang saya ada. Saya masuk Mentor atas niat untuk membantu keluarga saya dan juga memperluaskan lagi bakat nyanyian saya.”

 Adam


Adam, penyanyi kelahiran Sabah ini mula menunjukkan bakat beliau dalam sebuah rancangan realiti dan mula menempah nama dalam industri dengan kebolehannya untuk menari. Biarpun penglibatannya dalam industri baru 7 tahun, Adam percaya bahawa dia boleh mendidik Protégénya untuk menjadi seorang penghibur yang baik.

KJ


Abdul Kadir Bin Haji Unding Lana lebih dikenali dengan nama singkatan KJ. 
Berumur 24 tahun. 
Dilahirkan pada 31 mac 1988.
Berasal dari negeri Sabah.

Hobi saya pada masa lapang ialah menyanyi dan menari. Saya bukan sahaja boleh menyanyi dan menari, malah boleh berlakon. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya selain menjadi penghibur yang disegani. Saya sentiasa lakukan yang terbaik dalam segala hal yang saya lakukan dengan harapan semoga saya akan berjaya dalam hidup dan mampu mengubah taraf hidup saya.

“Dari dulu lagi saya dah minat dengan Adam. Dia bukan saja boleh menyanyi, tapi dia juga boleh menari dengan baik dalam masa yang sama. Saya sendiri sejak 15 tahun sudah mula menari B-Boy, jadi sekarang saya nak buktikan yang saya juga mampu menyanyi dengan baik sambil menari. Saya gembira kerana dapat mentor seperti Adam.”



Fauziah Dato’ Ahmad Daud



Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy, seorang pelakon, penyanyi dan pengarah yang disegani. Anak kepada seniman Ahmad Daud dan Primadona Saadiah ini memberi kesan dalam wataknya semasa melakonkan filem Azura dan Ali Setan dan sehingga kini dialognya diingati. Selain itu, lagu Wajah Rahsia Hati nyanyiannya masih kedengaran dicorong radio dan juga telah diberi nafas baru oleh penyanyi lain.

Zatul


Noor Nazatul Farahin Binti Mohd Hussin. 
Berumur 23 Tahun. 
Dilahirkan pada 17 Mei 1989. 
Berasal dari Bedong, Kedah.

Hobi saya pada masa lapang ialah menyanyi, memasak, dan juga melancong. Saya amat minat menyanyi dan yakin dengan kebolehan saya. Saya ingin menjadi seorang penghibur yang berkebolehan dan berkarisma dalam industri seni tanah air. Harapan saya menyertai Mentor 6 ini ialah mahu berjaya dalam bidang seni ke tahap yang membanggakan saya, keluarga, mentor saya dan juga negara.
“Saya mencuba Mentor sebab nak cari satu platform yang betul untuk mengetengahkan bakat saya. Kak Ogy ada banyak pengalaman dalam bidang seni, jadi dia boleh didik saya menjadi penyanyi yang bagus dan berilmu macam dia. Sebagai protege dia, saya kena kuatkan semangat,fizikal dan juga mental saya. Orang kata Kak Ogy garang, tapi saya percaya jika dia marah pasti ada sebab iaitu untuk mempertingkatkan lagi bakat saya.”


Faizal Tahir
Faizal Tahir terkenal dalam memberikan kejutan dalam setiap persembahannya. Penglibatannnya dalam industri ini, telah melayakkannya mendapat beberapa anugerah seperti Penyanyi Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 23 dan 25. Beliau juga sentiasa dikaitkan dengan ‘Superman’ Malaysia.

Anas
Anas Bin Ridzuan. Berumur 23 Tahun. 
Dilahirkan pada 17 Januari 1989. 
Berasal dari negeri Perak. 
Hobi saya pada masa lapang adalah bermain futsal dan menyanyi. Saya berkebolehan dalam mencipta lagu, berlakon dan mengarah teater kerana saya menerima pendidikan dalam bidang seni teater di UITM, Shah Alam. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang penghibur serba boleh dan versetile. Selain itu, saya bersyukur atas kurniaan bakat seni yang ada dalam diri saya dan saya berharap agar masyarakat umum dapat menerimanya .

Ramlah Ram


Ramlah Ram, setelah menyepi, kini beliau kembali beraksi dengan lagu terbaru bersama Sleeq, Sesaat Kau Datang yang menjadi hit di corong radio. Ramlah Ram mendapat didikan awal daripada komposer terkenal, Dato’ Ahmad Nawab. Lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu telah meraih Anugerah Juara Lagu pada tahun 1988. Sehingga kini, beliau mempunyai lebih kurang 16 album yang terdiri daripada pelbagai genre seperti Pop Balada, Dangdut dan Irama Malaysia.

Ana
Ana Syuhada Binti Noor Asram. 
Berumur 21 Tahun. 
Dilahirkan pada 29 oktober 1991.
Berasal dari negeri Selangor Darul Ehsan. 
Hobi pada masa lapang ialah menulis cerpen, membaca dan mencipta melodi lagu. Saya boleh membaca dan mengenali nota –nota muzik ini kerana saya mendapat pendidikan tinggi dalam bidang muzik di UITM, Shah Alam. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Ethnomusicologist, ini kerana saya ingin lebih mengenali muzik-muzik yang terdapat di seluruh dunia. Harapan saya agar masyarakat dapat menerima saya seadanya dengan menerima bakat dan muzik yang saya persembahkan.

“Saya masuk Mentor sebagai platform untuk tunjuk bakat dan kebolehan yang saya ada. Mula-mula masa diumumkan, saya tak percaya yang saya akan menjadi protege kepada Kak Ramlah. Saya rasa bertuah kerana Kak Ramlah nampak apa yang ada pada diri saya dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini.”


Ferhad

Ferhad merupakan artis kelahiran Singapura yang berjiwa Soul R&B, popular dengan lagu Kasih Berubah dan pernah memegang carta teratas selama 7 minggu berturut-turut. Beliau pernah dinobatkan sebagai Artis Lelaki Paling Popular oleh Majalah Media Hiburan dan pernah menerima Anugerah Album English Terbaik.

Wanie

Salwani Binti Sawi. Berumur 18 Tahun.
 Dilahirkan pada 3 Mac 1994. 
Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan. 
Pada masa lapang, saya suka berkarya dengan mencipta lagu dan Vlogging. Saya boleh bermain alat muzik seperti gitar dan keyboard. Sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah atau guru yang mengajar Bahasa Inggeris atau Muzik. Saya berharap dengan kecekalan yang saya ada, saya mahu mendapat banyak pengalaman dalam hidup dan tidak berhenti untuk menimba ilmu dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada dan mampu mempertingkatkan lagi daya ketahanan fizikal, mental dan rohani dalam diri.


Seperti yang diketahui Tisha, Protege Ferhad telah menggantikan Wanie untuk meneruskan perjuangan Ferhad dalam Mentor 6 untuk tahun 2012. Wanie tidak dapat meneruskan perjuangannya dalam Mentor disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Tisha

Jangan lupa untuk menyaksikan mentor musim ke 6 setiap ahad jam 9.00mlm di tv3
atau boleh ikuti perkembangan terkini dan info tentang mentor 6 di Laman Web  Atau Facebook 

Untuk mengikuti perkembangan Mentor Terdahulu Klik Link







Kredit : TV3 Malaysia

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post