6 Jenis Line & Uniform Pada Jururawat Yang Membawa Maksud Berbeza..!!!

Ada seorang ‘Anonymous’ bertanyakan kepada saya apakah maksudnya disebalik line-line berwarna pada tudung warga jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perbezaan uniform-uniform warga penjawat Kementerian Kesihatan Malaysia. Selama ini ramai orang awam di luar sana yang tidak faham atau tidak mengetahui langsung makna-makna di sebalik line berwarna tersebut dan perbezaan sesuatu uniform.

Sehinggakan pada satu masa yang lepas ada seseorang yang telah mempertikaikan jururawat melakukan kesalahan hanya disebabkan sudah tersalah tafsir pada si pemakai uniform tersebut.
MARI KENALI KAMI.

Inilah antara jawatan-jawatan yang kerap anda lihat di hospital kerajaan.Selain yang tersebut keluarga besar kami juga terdiri daripada ahli farmasi,dietetik,juru xray,juruteknologi makmal,ahli fisioterapi dan pelbagai lagi jawatan lain.


1. JURURAWAT LINE BIRU
Jururawat terlatih


 
Juga dikenali sebagai Staffnurse (SN) di mana jururawat ber line biru ini adalah dianggap tangan kanan kepada para doktor di hospital. Mereka lah yang akan memberi ubat,membuat tatacara kejururawatan (NURSING CARE), menulis laporan pesakit,menyempurnakan segala pelan perawatan doktor pakar, even menukar cadar katil, mencuci berak/kencing /memandikan pesakit sekalipun.
 
Ditempatkan di jabatan kecemasan,wad-wad,klinik-klinik pakar,klinik-klinik kerajaan,klinik 1MALAYSIA, turut bekerjasama dengan Penolong Pegawai Perubatan (PPP/MA) dalam melaksanakan segala tugas-tugas dan tanggungjawab di hospital/klinik.
 
Mereka boleh melakukan apa-apa tugas kejururawatan kecuali tugas yang memerlukan PostBasik contohnya menyambut kelahiran bayi yang mana memerlukan mereka WAJIB mempunyai PostBasik MIDWIFERY.


 Teruskan Selongkar...



2. JURURAWAT LINE PURPLE
Jururawat Masyarakat


Juga dikenali sebagai JM.Kumpulan Jururawat yang SANGAT istimewa.Mempunyai kelebihan dalam menyambut kelahiran bayi.Digelar BIDAN PROFESIONAL. Mengetuai rumah bidan kerajaan/klinik desa dan bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada para ibu mengandung, perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak, perkhidmatan lawatan ke rumah dan perancang keluarga. Juga ditempatkan di wad-wad/klinik-klinik kesihatan kerajaan.
 
Tugasnya memeriksa vital sign pesakit, setiap 4 jam,kadang-kadang ada yang sampai perlukan setengah jam sekali, mereka menyuap makan kepada pesakit yang tak berdaya/tiada ahli keluarga menjaga, menolong menukar lampin pakai buang pesakit,menolong menukar kainan/cadar pesakit yang kotor, membuang urin pesakit.
 
Jururawat masyarakat sekarang sudah ramai ditempatkan di specialist area mereka iaitu di jabatan obstetric and gynaecology (O&G) samaada di wad atau Labour room.
 
Jururawat Masyarakat akan automatically menjadi jururawat terlatih (line biru) selepas mereka berjaya menamatkan pengajian (KPSL) Kenaikan pangkat secara lantikan selama 1 tahun pengajian.

Kini dikenali sebagai PSL (Peningkatan Secara Lantikan) 


3. JURURAWAT LINE KUNING
Jururawat Pergigian
 

Jururawat yang ditempatkan di Klinik Gigi kerajaan.Skop tugas adalah berkaitan dengan kesihatan dan penjagaan gigi.Memberi ceramah di sekolah-sekolah tentang cara memberus gigi dengan betul dan penjagaan gigi serta perawatan lain.Memeriksa, mendiagnos dan mengatur rawatan pesakit-pesakit .

Bagi yang mempunyai postbasik pergigian contohnya postbasik Ortodontik,mereka akan membantu pakar-pakar pergigian di klinik-klinik pakar.


Bagi line oren pula adalah pembantu pembedahan pergigian (DSA)-Membantu doktor-doktor pergigian dalam perawatan ke atas pesakit. 



4. BAJU PUTIH/LINE BIRU DI BAHU/SELUAR BIRU GELAP
Jururawat Lelaki 
 
Mereka adalah malenurse atau jururawat lelaki. Tugas dan skop kerja adalah sama dengan Jururawat line Biru.Ubah lah persepsi yang mengatakan bahawa Malenurse adalah seperti sotong-sotong kurita sedangkan mereka yang sebenarnya adalah gagah berani dan wira di hospital-hospital kerajaan.


5. BAJU PUTIH/SELUAR HITAM/KASUT HITAM/TIE
Penolong Pegawai Perubatan.
  
 
Mereka adalah Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistant)/Dressar
Biasanya anda akan kerap melihat mereka di jabatan kecemasan kerana di sana adalah kawasan jajahan mereka =) Front line yang menyambut ketibaan pesakit di jabatan kecemasan,menilai kategori sakit untuk penempatan zon (Red/green/yellow), menjawab ambulance call dan seterusnya ke lokasi kemalangan, memberi pertolongan cemas, mereka serba boleh. 


Kalau jururawat adalah tangan kanan doktor,mereka pula adalah kaki kanan.Mereka bertungkus lumus di jabatan kecemasan menyelamatkan pesakit sebelum diserahkan ke wad-wad untuk perawatan seterusnya.

*jangan lupa MA juga terdiri daripada kaum wanita ! 



6. BAJU PUTIH,SELUAR PUTIH/KASUT HITAM
Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)
 
Jika tiada golongan ppk ini,maka lumpuhlah kelancaran perawatan di hospital.
Ppk ditempatkan di jabatan kecemasan/wad-wad dan klinik. Mereka mempunyai skop tugas yang tersendiri.Jika di jabatan kecemasan, ppk akan membantu jururawat dan MA dalam menyempurnakan tatacara.Mereka akan membantu menguruskan pesakit untuk di hantar ke wad,menghantar sampel-sampel darah ke makmal dan banyak lagi tugas lain. 

Di wad pula , mereka bertanggungjawab ke atas skop tugas masing-masing di samping membantu para jururawat dalam menyempurnakan tugas2 kejururawatan.Mereka yang akan menghidangkan makanan para pesakit di wad-wad dan menghantar pesakit ke jabatan-jabatan lain seperti dental/xray/ophthalmology jika ada pesakit yang memerlukan perawatan di sana.


Kredit : Lara marina
#MisiLara
#educatepromoteprotect

7 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Hijau xde pun ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Jururawat di dlm dewan bedah pakai uniform apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm dewan bedah sume pkai baju ot.

      Delete
    2. Klau datang keje kami akan pakai uniform biasa tapi akan tukar bila masok ke dalam dewan bedah

      Delete
  3. ala, sayang xde gambar nurse line oren..kesian dsa kami dianaktirikan..😅

    ReplyDelete
  4. Baju hijau kerja nya apa?...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post