7 Intipati Bajet 2017 Malaysia Dalam Bentuk InfoGrafik..!!!

Bajet 2017 dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 21 Oktober 2016 bermula jam 4 petang oleh Perdana Menteri juga merangkap menteri kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Penekanan utama kerajaan untuk Budget 2017 adalah terhadap tanggungjawab kerajaan dalam melengkapkan aku janji pilihan raya sebelum ini dengan berlandaskan komitmen rakyat didahulukan,




pencapaian diutamakan Belanjawan Malaysia 2017 disifatkan sebagai ‘bajet komitmen’ bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi, sekali gus menjana manfaat kepada pelbagai pihak sambil kerajaan juga terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat Kerajaan Malaysia juga komitmen akan terus mengotakan janjinya kepada rakyat secara adil dan menyeluruh, malah analisis menunjukkan ekonomi negara akan terus berkembang pada kadar menjangkau lima peratus pada 2017 

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan mengagihkan belanjawan secara bijaksana

Tema Bajet 2017 MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH 


Teruskan Selongkar...



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 

Menghargai Khidmat Bakti Dan Jasa Penjawat Awam 










Kini bayaran keahlian gym pun dapat pelepasan cukai #bajet2017

Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan untuk pembangunan sukan #Bajet2017


Ringkasan Lengkap Kandungan Intipati Penting Bajet 2017 

Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian 

Bajet 2016 RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan 

RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan 

Dengan adanya GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan Malaysia kini sebuah negara upper middle income, mengatasi banya negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia 

KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia telah meningkat dari USD23,100 pada 2012 kepada USD26,891 pada 2015

Pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama 2016 adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32%, tidak termasuk pelaburan domestik lebih RM60 bilion 

Pertemuan PM dengan komuniti perniagaan Jerman bulan lalu, ‘mereka nyatakan minat untuk kekal dengan pelaburan di sini, yakin dengan dasar-dasar kerajaan’ 

Syarikat Osram telah umum pelaburan 1bE, hampir RM5 bilion. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini adalah yang terbesar dan terkini di dunia 

Minggu hadapan, PM akan ke China pula. PM minta doa agar lawatan ini akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara 

Bajet2017 digubal dengan berpegang kepada 5 prinsip dan falsafah kerajaan

PM juga zahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara, seperti Allahyarham TS Hj Abdul Aziz Tapa, Allahyarham Tuan Guru Ustaz Datoí Dr Haron Din

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post