9 Biodata Peserta Pencetus Ummah Musim 4 (PU2016) Kembali Menggetarkan Jiwa..!!!

Senarai Peserta Pencetus Ummah 2016 Musim 4. Pencetus Ummah kembali lagi untuk musim keempat pada tahun 2016. Pencetus Ummah adalah sebuah program realiti Islamik yang mencari bakat penceramah ‘versatile’. 9 orang peserta lelaki Muslim dari seluruh pelusuk negara bakal berentap untuk dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah 2016.

Berikut adalah Senarai Peserta Pencetus Ummah 2016 Musim 4 yang dapat dikongsikan pada anda semua.


Musim ini Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin dilantik menjadi mudir kepada peserta Pencetus Ummah 2016 yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta dan akan dibimbing oleh Fauziah Nawi sebagai Guru Persembahan. Manakala PU Azaman dan Faizal Ismail (FBI) akan menggacarakan Mimbar Pencetus Ummah musim ini. 

Kesemua peserta akan dinilai secara individu oleh dua juri tetap professional iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) dan Fara Fauzana yang merangkumi 70% dan 30 % daripada undian SMS penonton.

1. PU Mizi
Nor Hamizi Jamaluddin, 41, Pahang
Aktif dalam sukan memanah dan silat


Teruskan Selongkar...



2. PU Raihan
Raihan Husni, 26, Negeri Sembilan
Kegemarannya berkebun


3. PU Riz
Muhammad Haris Mohd Ismail, 21, Selangor
Kegemarannya bermain futsal



 4. PU Rozi
Muhammad Rozi Harun, 28. Kelantan
Berkebolehan dalam berdikir barat & bermain takraw

5. PU Zul 
Zulkornain Md Rejab, 41, Kedah
Hobinya bermain sepak takraw


6. PU Akram
Akram Ikrami Taib Azamudden, 27, Kuala Lumpur
Kegemarannya bermain bola tampar.



7. PU Faris
Mohamad Faris Abu Bak, 20, Johor Bahru
Kegemarannya menunggang kuda 



8. PU Fendi
Mohd Affendi Mohamed Nor, 34, Kelantan
Berkebolehan dalam berbahasa Thailand & Arab



9. PU Latif
Abdul Latif Yahaya, 31, Kedah
Hobinya bermain badminton



Juara akan dinobatkan Pencetus Ummah 2016 dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100,000 berserta trofi. Pemenang tempat kedua pula bakal membawa pulang RM30,000 berserta sebuah trofi. Sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 20,000 dan RM10,000 dan sebuah trofi setiap seorang.




Pengacara Mimbar Pencetus Ummah 2016
PU Azman
Faizal Ismail (FBI)

Mudir
Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin
Guru Persembahan
Fauziah Nawi 


Juri Tetap
Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza)
Fara Fauzana


Format Pemarkahan
70 % Juri
30 % Undian SMS penonton


Penaja
Koki Pak Belalang - Penaja Utama
Serai Emas - Penaja Bersama
Hadiah
Juara : Wang Tunai RM100,000 dan trofi
Kedua : Wang Tunai RM30,000 dan trofi
Ketiga : Wang Tunai RM20,000 dan trofi
Keempat : Wang Tunai RM10,000 dan trofi
 
Mimbar Pencetus Ummah akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis 9.00 malam bermula 27 Oktober 2016 di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Untuk maklumat lanjut serta update terkini beserta persembahan video mengenai Pencetus Ummah 2016 ini, anda boleh layari laman Facebook Pencetus Ummah 

-------------------------------


GRAND FINALE
Pentas akhir PU4 dipancarkan secara langsung dari Dewan Konvensyen, Kolej Unversiti Islam Selangor (KUIS), Bangi, Khamis lalu di Astro Oasis dan Maya HD.

  

Untuk malam akhir tersebut, setiap peserta telah diminta menyampaikan dua tugasan iaitu secara solo dengan tema bebas dan berduet.

Untuk tazkirah berduet, setiap finalis ini akan digandingkan antara satu sama lain.

PU Mizi membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi daripada Astro.
Pemenang kedua PU4, Zul Zulkornain Md Rejab (PU Zul), ketiga, Akram Ikrami Taib Azamudden (PU Akram), 27, dan keempat, Raihan Husni (PU Raihan), 26. Masing-masing mendapat hadiah wang tunai RM30,000, RM20,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Tahniah Diucapkan kepada para pemenang!

Untuk Paparan Pencetus Ummah Musim Terdahulu, Klik






Kredit : AstroGempak

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post