12 Biodata Peserta Pencetus Ummah Musim 1 (PU2013) - Duniaku Dahwahku...!!!!

Astro Oasis yang sememangnya sinonim dengan pelbagai rancangan berbentuk keagaaman seperti 'Imam Muda' kini sekali lagi membawakan anda sebuah program realiti baru berjudul ‘Pencetus Ummah’ bermula pada 21 November ini.


Bertemakan ‘Duniaku Dahwahku’, program ini  memaparkan sedikit kelainan dimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dan platform yang wujud untuk membawakan mesej dakwah.

Mereka akan diberi penekanan dari segi pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam menyampaikan dakwah menerusi metadologi yang berbeza.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris, program ini telah mendapat sambutan hangat walaupun masih belum memulakan tayangannya.


“Biarpun masih belum memulakan siaran, program ini sudah mendapat maklum balas positif di kalangan masyarakat.

1. PU FAKHRUL
Nama Penuh: FAKHRUL ISLAM B. MD ZARIN
Umur : 24 tahun – Kandang, Melaka
Status : Bujang
Pendidikan : Ijazah UPSI (Pendidikan Islam)
Pekerjaan : Motivator
Profile : Mempunyai kebolehan meniru suara ustaz
Inspirasi : Ustaz Akil Hayy, Ustaz Haslin
Perwatakan : Berkeperibadian menarik & pandai menyanyi.

2. PU FIDZ
Nama Penuh: MOHD HAFIDZ B. MOHD ZAWAWI
Umur : 27 tahun - Machang, Kelantan
Status : Berkahwin
Pendidikan : Diploma Syariah KIAS
Pekerjaan : Imam di Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
Profile : semangat belajar dan bersaing tinggi
Perwatakan : suka menyendiri


3. PU HAFIZ
Nama Penuh: MUHAMMAD HAFIZ B. MOHD HANEEFA
Umur : 32 tahun - Klang , Selangor
Status : Berkahwin
Pendidikan : Master UIAM (Quran Sunnah)
Pekerjaan : Pensyarah qiraati dan Naib presiden Akademik di Kolej Hafiz, Klang.
Profile :Gemar bersukan, berenang dan seni pertahankan diri.
Inspirasi : Ibu & Ayah
Perwatakan : Mudah mesra dengan orang, suka timba pengalaman baru.

Adakah #PencetusUmmah Hafiz pilihan anda? Nantikan Mimbar Akhir #PencetusUmmah 9 Januari 2014 ini di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD

“Semua ini seolah-olah memberikan tanda positif bahawa program ini mampu untuk mencetuskan fenomenanya tersendiri. Kami akan memberikan yang terbaik kepada penonton terutamanya dari sudut kandungan dan pengisian program ini.” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta ‘Pencetus Ummah’ baru-baru ini.

Seramai 12 orang peserta yang terpilih iaitu Attan Thowi Yusof, Fakhrul Islam Md Zarin, Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, Mohd Hafidz Mohd Zawawi, Hishammuddin Iberahim, Izzat Fathi Hisham, Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, Mohd Sufian Mohd Isa, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, Salman Maslori, dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.

Selain itu, barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak serta pengacara bagi program ini, Ustaz Dr. Ridhuan  Tee Abdullah turut diperkenalkan.

Teruskan Selongkar..


4. PU HISSAM
Nama Penuh: HISHAMMUDDIN B. IBERAHIM
Umur : 35 tahun - Felda Batu 8, Changloon Kedah
Status : Berkahwin (3 anak)
Pendidikan : Ijazah (Syariah Fiqh-Usul) UM
Pekerjaan : Guru Pendidikan Islam
Profile : ‘Kitab Bergerak’
Celik filem (fav: Hindustan)
Perwatakan : Pendiam

5. PU IZZAT
Nama Penuh: IZZAT FATHI B. HISHAM
Umur :24 tahun – Pantai Remis, Perak
Status : Berkahwin (1 anak)
Pendidikan : Ijazah UKM (Sosiologi & Antropologi)
Pekerjaan : Motivator
Profile : Bersaing dengan sahabat baik sendiri dalam Pencetus Ummah (Fakhrul Islam)
Perwatakan : Peramah,mesra dengan persekitaran sekeliling & kelakar.


6. PU RAHMAT

Nama Penuh: RAHMAT IKHSAN B. MOHD SOFYAN
Umur : 20 tahun – Segambut, K.L
Status : Bujang (Peserta Paling Muda)
Pendidikan : Matriks Melaka
Pekerjaan : Pelajar
Profile : Pernah jual air di konsert, stadium.
Background agama tidak formal
Perwatakan :‘DarahMuda’, Lantang bersuara, peramah, mudah didekati, Berupaya menarik perhatian sesiapa yang memandang!

Kisah Nabi Musa A.S dan penerangan Surah Al-A’raf ayat 107, merupakan pembentangan #PencetusUmmahRahmat. Pengisian yang mantap dan menarik.

 7. PU RAZI
Nama Penuh: MOHD FAKHRURRAZZI B. MOHD HANAPI
Umur : 29 tahun – Kajang, Selangor
Status : Berkahwin
Pendidikan : Master UKM(Undang-Undang)
Pekerjaan : Peguam Syarie
Profile : memiliki lesen mengamal sebagai peguam syarie di beberapa negeri.
Inspirasi : Ibu
Perwatakan : Tegas & ‘Workaholic’

8. PU SALMAN
Nama Penuh: SALMAN B. MASLORI
Umur : 31 tahun – Setapak, Kuala Lumpur
Pendidikan : Ijazah Uni. Al-Azhar (Usuluddin & Tafsir)
Pekerjaan : Guru
Profile : Pemilik pondok pengajian moden di Taman Melawati
Perwatakan :Agak pendiam, kuat berahsia

9. PU SHAHRUL
Nama Penuh: SHAHRUL HAMID BIN M.P.H. SEENI MD
Umur : 38 tahun - Teluk Kumbar, Penang
Status : Berkahwin
Pendidikan : Master Hadith(Al Quran danSunnah) UKM
Profile : Mempunyai Maahad Tahfiz, Kedai Runcit
Pernah terlibat dalam kemalangan ngeri pada tahun 2009
Perwatakan : rapat dengan orang sekeliling

Tazkirah yang disampaikan beliau sungguh memukau!. Adakah #PencetusUmmah Shahul pilihan anda? Nantikan Mimbar Akhir #PencetusUmmah 9 Januari 2014 ini di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD. Layariwww.pencetusummah.com.my untuk mengundi. 

10. PU SUFIAN
Nama Penuh: MOHD SUFIAN B. MOHD ISA
Umur : 28 tahun – Kajang, Selangor
Status : Berkahwin
Pendidikan : Ijazah (pentadbiran perniagaan) KUIS
Pekerjaan : Pensyarah Pengurusan Perniagaan di Ins. Pro. Baitulmal
Profile : Pandai menyanyi, dan suka bermain alat muzik (Djembe)
Perwatakan :Seorang Peramah dan mudah didekati.

11. PU Thowi

Nama Penuh: ATTAN THOWI B. YUSOF
Umur : 31 tahun
Pendidikan : Ijazah KUIN (Bahasa Arab)
Pekerjaan : Guru / Pensyarah KUIN
Profile : Memiliki suara yang unik
Prinsip – Membujur lalu melintang patah
Perwatakan : ‘abang-abang’ , disenangi oleh peserta lain.

12. PU YEOP

Nama Penuh: MOHD ZAINUDIN B. MOHAMED ZAINI
Umur : 32 tahun - Simpang, Perak
Status :Berkahwin
Pendidikan : Diploma Tahfiz Quraan Wal Qiraati
Pekerjaan : Pen. Peg Hal Ehwal Islam/Jurunikah
Profile :Inspirasi : Isteri
Perwatakan : Lucu, mudah mesra, peramah

Juara ‘Pencetus Ummah’ akan menerima hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta, naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan mendapat wang saguhati sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Rakaman program ‘Inspirasi Pencetus Ummah’ akan bersiaran pada Khamis, 7 dan 14 November 2013 jam 9.00 malam.

Jadi kepada penonton jangan lupa saksikan Pencetus Ummah bermula Khamis, 21 November 2013, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Astro Maya HD (saluran 135).

Anda juga boleh mengikuti perkembangan para peserta menerusi Prolog Pencetus Ummah yang keudara bermula 15 hingga 20 November ,setiap Jumaat hingga Rabu, 9.00 malam, Serambi Pencetus Ummah akan bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, jam 9.00 malam dan Mimbar Pencetus Ummah yang akan bersiaran setiap Khamis, jam 9.00 malam bermula 21 November ini.


Duniaku Dakwahku. Siapakah diantara mereka bakal meraih gelaran Juara #PencetusUmmah? Teruskan mengundi mereka di www.pencetusummah.com.my
Saksikan Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2013 - Khamis 9 Januari 2014


& Keputusan pemenang Pencetus Ummah adalah

"Jika benar cinta kenapa kita jauh kepada pencipta.." Cinta : Kekasih Vs Maha Pengasih tajuk tazkirah #PencetusUmmah Rahmat dan pilihan daripada Dr. Robiah K. Hamzah

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/12-biodata-peserta-pencetus-ummah.html
Tahniah kepada PU Rahmat yang berjaya mendapat tempat keempat Mimbar Akhir #PencetusUmmah

"Kenapa doa aku tak maqbul" tajuk tazkirah #PencetusUmmah Yeop dan merupakan tajuk pilihan pendakwah daripada Ustaz Syed Norhisyam. Sebuah tazkirah yang menarik disampaikan oleh beliau.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/12-biodata-peserta-pencetus-ummah.html
Tahniah kepada PU Yeop yang berjaya mendapat tempat ketiga Mimbar Akhir #PencetusUmmah


PU Shahul dengan tazkirah pilihan pendakwah daripada Prof. Izzi Hj. Ali dengan tajuknya Ibu Bapa Hebat : Anak Keparat. #PencetusUmmah

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/12-biodata-peserta-pencetus-ummah.html
PU Shahul mendapat tempat kedua dalam Mimbar Akhir#PencetusUmmah. Tahniah.

#PencetusUmmah. Pendakwah : Untung dunia, untung akhirat tajuk tazkirah daripada PU Hafiz dan merupakan pilihan daripada Ustaz Haslin Baharim.

Duniaku Dakwahku.. Tahniah kepada #PencetusUmmahHafiz yang berjaya dinobatkan sebagai JUARA. Thniah kpda PU Hafiz, mmng tlh djangka kmenangannya.sngat brsdrhana pnyampaiannya.

Kalah atau mnang tak pnting dlm berdakwah,yg pntingnya syiar islam serta perjuangan mnegakkan ajaran islam pd landasan yg betul d perjuangkan...apapun tahniah buat smua PU.

Untuk Paparan Pencetus Ummah Musim Terdahulu, Klik





Kredit : Astro Gempak

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post