Breaking News
recent

10 Biodata Finalis (PU2014) Pencetus Ummah Musim Ke 2..!!!

Program realiti Pencetus Ummah ternyata telah berjaya mencipta fenomena televisyen di Malaysia. Kelainan pendekatan dakwah yang dibawakan berjaya mencuri perhatian dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

 Terbaru, program pencarian pendakwah kreatif ini kembali untuk musim kedua dengan memperkenalkan para peserta serta mengumumkan barisan tenaga pengajar yang terlibat. Aku juga masih ingat lagi Pencetus Ummah yang sebelum ini di mana beberapa kali hadir di Mimbar Pencetus Ummah dan menonton secara langsung di KUIS.

Sepuluh orang peserta Pencetus Ummah musim kedua yang terpilih adalah Mohamad Azraie Mohamad Yunus (PU AZRAEI), 24 tahun dari Kedah; Amir Shahrizal Md Sharif (PU AMIR), 37 tahun dari Kedah; Azihal Bangsawan (PU AZIHAL), 31 tahun dari Sabah; Mohd Lokman Ahmad (PU LOKMAN), 29 tahun dari Pahang; Mohd Yusof Bin Arbain (PU YUSOF), 34 tahun dari Pahang; Mohd Nasri Bin Abd Manap (PU NASRI), 40 tahun dari Kedah; Suhaimi Mohd Yunus (PU SUHAIMI), 34 tahun dari Perak; Johani Ibrahim (PU JOHANI), 30 tahun dari Johor; Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU FAIZ), 25 tahun dari Kelantan dan Azman Syah Bin Alias (PU AZMAN), 33 tahun dari Kuala Lumpur.



Pihak Astro Oasis turut memperkenalkan barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Haslin Bollywood,Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Fauziah Nawi.

Menerusi Mimbar Pencetus Ummah akan bersiaran SECARA LANGSUNG pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam bermula 13 November ini, para penonton bakal menyaksikan persembahan tazkirah, sesi soal jawab, komen para juri dan persembahan istimewa daripada artis undangan. Peserta yang mendapat markah tiga terendah perlu mendapat sokongan undian di laman web rasmi Pencetus Ummah dan akan diumumkan tersingkir pada episod yang akan datang sekiranya masih mendapat undian yang terendah. Selain itu, penonton juga dapat mengikuti rangkaian program Pencetus Ummah yang lain di Astro Oasis (Saluran 106) dan Maya HD (Saluran 135).

 Para peserta finalis Pencetus Ummah Musim ke 2 (2014)


1. PU Amir
Status & Umur : Berkahwin & 37 tahun
Pekerjaan : Guru Pemulihan Khas
Asal (tempat lahir): Alor Setar, Kedah

Latarbelakang :
Anak sulung daripada 8 orang adik beradik
Pendekatan mengajar dengan mengamalkan Selawat Syifa’ kepada pelajar – pelajar pemulihan khas (lembap2)
Bukan dari pendidikan agama secara formal
Rapat dengan anak muda kampung. Berprogram bersama

Teruskan Selongkar...

2. PU Azihal

Status & Umur : Berkahwin & 31 tahun
Pekerjaan: Penolong Eksekutif Hal Ehwal Islam
Asal (tempat lahir): Lahad Datu, Sabah

Latar belakang
Lebih suka independent. From Zero to Hero (Berusaha sendiri)
Nombor 4 dari 7 adik beradik
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab KUIS. Sambung Ph.D
Loghat Sabah & bercita – cita nak jadi pendakwah profesional.

3. PU Azman
Status & Umur : Berkahwin & 33 tahun
Pekerjaan : Pakar Motivasi Remaja
Asal (tempat lahir) : Kuala Lumpur

Latarbelakang :
Tinggal di Mesir selama 11 tahun.
Terkenal sebagai Pemidato sekolah
Hobi ialah melepak dengan pelajar bermasalah, membaca buku dan menonton televisyen.
Cita – cita nak kumpulkan mat rempit Malaysia dan bagi ceramah.

4. PU Azraie

Status & Umur : Bujang & 24 tahun
Pekerjaan: Pendakwah Jalanan
Asal (tempat lahir) : Baling, Kedah

Latarbelakang
Anak ke-3 dari 6 orang adik beradik
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Syariah, KUIN
Suka melepak dengan mat mat motor. Mempunyai gang motor dan mengambil konsep street dakwah untuk membentuk mereka.
Loghat Kedah pekat.

5. PU Faiz
Status & Umur : Berkahwin & 25 tahun
Pekerjaan : Penulis Buku
Asal (tempat lahir) : Kelantan

Latarbelakang :
Pendidikan : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pernah menuntut di Uni. Al Azhar As Syarif dalam bidang Usuluddin.
Pengantin baru. Berkahwin dengan isteri yang lebih berumur darinya.
Penulis buku agama & mempunyai follower yang ramai.
Loghat Kelantan kuat


6. PU Johani
Status & Umur : Berkahwin & 30 tahun
Pekerjaan : Warden Rumah Pemulihan
Asal (tempat lahir) : Batu Pahat, Johor

Latarbelakang :
Anak sulung dari 6 orang adik beradik.
Seorang warden di Pusat Pemulihan Al Raudhah.
Rajin berdakwah melalui tulisan dan mempunyai kelulusan dari kementerian dalam negeri serta dipantau oleh jabatan agama.

7. PU Lokman
Status & Umur: Berkahwin & 29 tahun
Pekerjaan: Imam Masjid
Asal (tempat lahir): Raub, Pahang

Latarbelakang :
Anak kelapan dari 11 adik beradik
Penceramah jemputan di Radio Pahang
Seorang usahawan, loghat Terengganu
Pendidikan : Diploma Dakwah, KIPSAS

8. PU Nasri
Status & Umur: Berkahwin & 40 tahun
Pekerjaan: Pembantu Tadbir / Pengerusi JKKK
Asal (tempat lahir): Pendang, Kedah

Latar belakang
Pengerusi JKKK sejak umur 23 tahun (17 tahun pegang jawatan)
Masuk Bintang RTM 1996 – No.3 nyanyi lagu Mahligai Syahdu
Cabaran adalah hendak menyatukan 1000 orang penduduk kg.
Banyak libatkan diri dengan aktiviti kampung. (imam dsb.)



9. PU Suhaimi
Status & Umur: Berkahwin & 34 tahun
Pekerjaan: Pembantu Pengusaha Restoran
Asal (tempat lahir) : Batu Gajah, Perak

Latarbelakang :
Guru Kafa 3 tahun di KL dan pernah jadi driver.
Berjaya dalam perniagaan restoran bersama Abang Sulungnya.
Nak buktikan dirinya berjaya kepada keluarga.
Seorang yang loghat Perak & tidak mudah putus asa.

10. PU Yusof
Status & Umur : Berkahwin & 34 tahun

Pekerjaan: Pakar Runding
Asal (tempat lahir): Karak, Pahang

Latarbelakang :
Anak felda. Abang kepada IM Nuri.
Seorang pakar runding motivasi & mempunyai konsultant sendiri. Aktif dalam NGO Mualaf.
Pernah bekerja sebagai imam dan editor.
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Al Qur’an & As Sunnah UIAM

Pencetus Ummah turut meneruskan pendekatan media baru dengan pelbagai aplikasi menarik untuk mendekati penonton dan peminat secara lebih dekat dengan dakwah yang disampaikan para peserta, dan Murabbi Pencetus Ummah. Aplikasi Salam Muslimmembolehkan para pengguna telefon bimbit mendapatkan info terkini rancangan dan panduan agama serta pembelajaran yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android dan iOS. Manakala segmen Tanyalah Pencetus Ummah diteruskan lagi untuk memberi peluang kepada penonton untuk mengemukakan sebarang kemusykilan oleh ahli panel dan pendakwah berkaliber menerusi platform digital seperti Facebook, Twitter dan juga laman sesawang rasmi kami www.pencetusummah.com.my.

Saksikan program yang masih menjadi fenomena dengan suntikan seru dengan hikmah bermula Rabu, 29 Oktober 2014 Nantikan pengumuman pengacara Pencetus Ummah musim kedua dan para juri di Mimbar Pencetus Ummah minggu pertama SECARA LANGSUNG pada Khamis, jam 9.00 malam, 13 November 2014 nanti di Astro Oasis (Saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (Saluran 135).

-----------------------------------------------------------

Program realiti dakwah Astro Mimbar Pencetus Ummah Musim Kedua telah menutup tirai pada Khamis 25 Disember 2014 bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 


Seruan siapa bakal bergema..? semuanya bakal terjawab

Seramai 4 peserta finalis Pencetus Ummah 2014 telah berentap untuk merebut gelaran juara antaranya adalah PU Lokman, PU Faiz, PU Azman dan PU Yusof. 

Setiap peserta dikehendaki menyampaikan 2 persembahan dan 1 duet. Berikut adalah keputusan penuh Pencetus Ummah 2014 akhir. 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html 
Isu Islamfobia tazkirah terbaik ‪#‎PUAzman‬ yang juga merupakan tazkirah pilihan penonton. Ada aura! - "Jangan tahan aku kat Airport" 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html
Takdo Alasan Tinggal Solat! "Kepada adik-adik mat rempat mari kita sembahyang dulu" Terbaik dan padat dengan isi menarik yang dikongsikan.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html
Juara Pencetus Ummah 2014 ~ Jatuh kepada #PUAzman Tahniah!!   Beliau juga turut memenangi anugerah pemenang peserta pilihan pendengar Sinar & peserta pilihan PruBSN Takaful
 
http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html 
Dakwah di laman Sosial "Jangan pula tweet benda yang tak baik nanti dapat dosa","Sebar dakwah Islam dengan kasih sayang". Tazkirah pilihan penonton untuk ‪#‎PUFaiz

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html 
#‎PUFaiz‬ ‪#‎PencetusUmmah‬ - Sesat Dalam Rindu tazkirah menarik dengan susunan ayat yang sangat kemas 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html
Naib Juara #PencetusUmmah menjadi milik  #PUFaiz. Tahniah diucapkan. 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html 
 ‪#‎PUYusof‬ - Bercinta selepas bernikah & bercinta vs. couple. "Cepat-cepatlah kahwin kalau dah gatal tu", "Permudahkan urusan perkahwinan anak-anak, jangan meletakkan hantaran yang membebankan anak-anak". 
http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html 
"Banyakkan bertaubat kepada Allah mudahan kita termasuk menjadi ahli syurga" - Tazkirah pertama dengan tajuk Syurga Yang Ku Dambakan. 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html 
Tahniah kepada #PUYusof yang berjaya mendapat kedudukan nombor 3 di #PencetusUmmah musim kedua. #Serudenganhikmah

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html 
Wang menyebabkan Manusia hilang pertimbangan! "Kekayaan harta boleh dicari, dengan Allah kita beriman. ‪#‎PULokman‬ ‪#‎PencetusUmmah‬

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html 
#‎PUAzman‬ ‪#‎PencetusUmmah‬ - Takdo Alasan Tinggal Solat! "Kepada adik-adik mat rempat mari kita sembahyang dulu" Terbaik dan padat dengan isi menarik yang dikongsikan.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/11/10-biodata-finalis-pu2014-pencetus.html
 Tahniah kepada #PULokman yang berjaya mendapat kedudukan nombor 4 di #PencetusUmmah musim kedua.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang... teruskan dakwah untuk semua
========================================================================================== ✔ Selongkar10 ~ Pelbagai Info Menarik Dalam Bentuk Angka =================================================================================
Selongkar10. Powered by Blogger.