10 Jenis Pekerjaan Paling Stress 2017 Menurut Data CareerCast..!!!

Bekerja sudah menjadi salah satu perkara yang perlu dilakukan demi meneruskan kelangsungan hidup. Ada di antara kita yang bekerja separuh masa sewaktu masih belajar, dan ada juga yang membantu perniagaan keluarga, walau apa pun pekerjaan yang dilakukan, sudah pasti sedikit sebanyak kita akan terkesan dengan pekerjaan tersebut.

Tertekan, atau ‘stress’ disebabkan faktor kerja mungkin akan dihadapi oleh kita. Lebih-lebih lagi jika terlalu banyak tugasan, dan faktor tempat kerja yang membuatkan diri bertambah stress.



Namun begitu, sebelum kita menyatakan bahawa kerja yang kita lakukan adalah susah, dan membuatkan diri kita sangat tertekan, ketahuilah terdapat 10 perkerjaan yang ada di luar sana, dikatakan mempunyai tahap stress yang tinggi bagi tahun 2017.


Bagi tahun 2017, CareerCast telah menyenaraikan 10 pekerjaan paling stress, dan memberikan mata bermula dari 0 hingga 100, mengikut tahap tekanan satu-satu pekerjaan tersebut. Mari kita ikuti data ini, mana tahu, pekerjaan yang anda lakukan sekarang ini turut tersenarai di dalamnya.


10. Pembaca Berita (Televisyen)
Menyampaikan berita kepada penonton bukanlah satu tugasan yang mudah, lebih-lebih lagi jika ia adalah siaran langsung, dan perlu berada di hadapan kamera, tanpa harus ada kesilapan langsung. 

Mata stress: 47.93


Teruskan Selongkar..

9. Pemandu Teksi
Dengan adanya pengangkutan awam dan kepelbagaian pilihan yang lain, sudah pasti ia sedikit sebanyak akan membuatkan pemandu teksi stress, lebih-lebih lagi perlu duduk di dalam kereta sepanjang hari, dan berulang alik ke sana ke mari. 

Mata stress: 48.18


8. Eksekutif Perhubungan Awam
Masih dalam bidang media seperti pembaca berita, pegawai perhubungan awam juga mempunyai tugas yang berat, di mana perlu menjaga imej syarikat dengan baik.

Mata stress: 48.50


7. Eksekutif Korporat (Senior)
Segala keputusan, dan perlu memikul tanggungjawab yang besar merupakan salah satu tugas seorang eksekutif korporat, ia memerlukan pengalaman yang banyak, dan berdepan tugasan untuk memastikan sesebuah perniagaan sentiasa stabil.

Mata stress: 48.56


6. Wartawan Suratkhabar

Sememangnya menjadi wartawan amat mencabar, kerana perlu bekerja dengan ‘dateline’ yang memerlukan mereka untuk bekerja dengan pantas, sebelum tarikh ‘mati’ tersebut.

Mata stress: 49.90


5. Penyelaras Acara


Terdapat banyak prkara yang perlu dilakukan, dari sebelum acara, semasa acara, juga selepas acara dijalankan, ia pasti mengambil masa yang sangat lama, dan melibatkan banyak orang, disebabkan itulah kerjaya ini memang boleh memeningkan kepala.

Mata stress: 51.50


4. Pegawai Polis


Menjadi seorang anggita polis bukanlah tugas yang mudah, kerana perlu menjaga kehermonian negara, serta nyawa yang menjadi taruhan

Mata stress: 51.68

3. Juruterbang


Walau dapat pergi ke banyak negara, tapi dengan tanggungjawab yang besar, sudah pasti ia turut memberi tekanan kepada juruterbang, dan untuk menjadi juruterbang, pengetahuan yang luas perlu dimiliki sebelum melayakkan diri membawa sebuah pesawat.

Mata stress: 60.54

2. Bomba


Perbezaan mata yang sedikit sahaja dengan tentera, ini menunjukkan juga bahawa pekerjaan sebagai ahli bomba turut mengalami tekanan, kerana mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan tugas selesai.

Mata stress: 72.68

1. Tentera


Disebabkan pekerjaan ini mempunyai risiko yang amat tinggi, dan melibatkan nyawa, ia berada di kedudukan yang paling tinggi sekali.

Mata stress: 72.74

Walau apa pun kerja yang dilakukan, ia pasti mempunyai tahap 'stress' yang tersendiri, jadi bagi anda, hargailah peluang pekerjaan yang ada, dan cuba untuk menguruskan diri dengan baik, agar anda mampu mengawal tekanan, dan bekerja dengan lebih gembira.

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post